Menu Utama

TS Adenan Meninggal: Pemimpin Pakatan Dukacita, Penyokongnya ‘Beraya’

 

INI bukan kali pertama bila kematian di kalangan pemimpin BN berlaku, disambut dengan ‘perayaan’ oleh penyokong Pakatan, nak-nak di kalangan penyokong cina DAP melalui akaun media sosial masing-masing.  Dah banyak kali.

Penulis masih ingat ketika kemalangan helikopter yang membabitkan kematian 2 pemimpin BN dalam kempen pilihanraya negeri Sarawak tahun lepas, situasi yang sama pun berlaku juga.  Sekarang Allahyarham Tan Sri Adenan yang meninggal tengahari tadi pula menjadi mangsa terbaru mereka.

Nak nafikan pun tak boleh sebab jelas akaun itu memang milik penyokong Pakatan, dibaca keseluruhan.  Bukan tiba-tiba muncul yang nak dikatakan rekaan!!

Belum mak bapak dia yang mati, sedap-sedaplah kau merayakan kematian orang lain ya.  Inilah masalah dengan generasi yang diasuh menggunakan politik kebencian.  Benda baik benci, benda tak baik apatah lagi, sampai hal berkatan kematian pun dijadikan bahan maki dan jenaka.

Dalam masa yang sama, pemimpin mereka masing-masing berlagak suci dengan mengucapkan takziah dan sebagainya, termasuk seorang yang menyampaikan Al-Fatihah dalam ucapan takziahnya, sekalipun dia bukan beragama Islam.

Rakyat harus menjadikan ini sebagai sebab untuk menolak Pakatan.  Mereka mengasuh penyokong dengan penuh kebencian sehingga di satu tahap tak tahu macam mana nak beza apa yang patut dibenci dan tidak.  Semua dimata mereka sama saja.  Sempadan moral dan agama jelas dah tak ada.

Anak-anak kita yang aktif di media sosial kalau membaca komen-komen yang sebegini, boleh rosak akhlaknya sebab jelas Pakatan dah tak tahu bagaimana nak mendisplinkan penyokong mereka.  Yang bung bang bung bang pasal 1MDB tu tak memberi sebarang kesan tapi kurang ajar penyokong Pakatan dalam media sosial ini boleh merosakkan otak.

Inikah bentuk generasi muda negara ini yang kita hendak?

kredit gambar: Akaun Facebook Lim Sian See






Satu Komen to TS Adenan Meninggal: Pemimpin Pakatan Dukacita, Penyokongnya ‘Beraya’

  1. Perlis News says:

    […] via TS Adenan Meninggal: Pemimpin Pakatan Dukacita, Penyokongnya ‘Beraya’ — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome