Menu Utama

Tan Sri Shahrir Abdul Samad Pengerusi FELDA Baharu

KUALA LUMPUR – Anggota Parlimen Johor Bahru Tan Sri Shahrir Abdul Samad dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang baharu menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata, pelantikan Shahrir yang mempunyai pengalaman luas dalam pentadbiran kerajaan dan pernah menjadi menteri di tiga kementerian, adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi kepimpinan Felda.

“Saya yakin beliau dapat meneruskan segala usaha yang sedang dibuat bagi mensejahterakan lagi warga Felda”, katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Najib, Shahrir pernah menyandang jawatan pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang bertanggungjawab mengaudit ketelusan badan-badan kerajaan.

Perdana menteri dalam kenyataan itu turut mengucapkan terima kasih kepada Mohd Isa terhadap sumbangannya kepada Felda sejak memegang jawatan itu pada 2011.

Najib berkata di bawah kepimpinan Mohd Isa, Felda telah menjayakan banyak aktiviti kemasyarakatan serta program-program bagi meningkatkan kualiti hidup peneroka dan keluarga.

Beliau berkata Mohd Isa yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai pengerusi Felda akan terus memegang jawatan sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).

“Di bawah penyusunan ini, adanya pembahagian tanggungjawab iaitu terhadap kebajikan dan sosio-ekonomi peneroka dan perniagaan Felda,” kata perdana menteri. – BERNAMA






2 Komen to Tan Sri Shahrir Abdul Samad Pengerusi FELDA Baharu

  1. Memang Baik says:

    Shahrir Samad pasti akan menjadi pengganti terbaik untuk membawak perbadanan itu ketahap dimana ianya pernah berada. Felda merupakan legasi keluarga PM kerana Felda adalah peninggalan ayahanda beliau. NaJIB bertanggong jawab penuh terhadap Felda dan tanggong jawab itu perlu dijaga betul dengan membari amanah kepada peneraju yang betul dan tepat. Tan Sri Shahril merupakan pilihan tepat.

    Tahniah untuk Tan Sri yang penulis kenal secara peribadi.

  2. Perlis News says:

    […] via Tan Sri Shahrir Abdul Samad Pengerusi FELDA Baharu — MYKMU.NET […]

Leave a Reply