Menu Utama

Selangkah Kehadapan: Strategi DAP Ke Atas PKR

Bila bercerita tentang DAP, ia adalah mahkluk pelbagai alam, yang mampu menjelma pelbagai rupa, serta mengasimilasikan dirinya untuk berubah-berubah mengikut situasi semasa. Setiap jelmaannya, bersebab, bukan tidak sengaja, apatah lagi ikhlas.

Oleh yang demikian, mahkluk ini sering mencari jalan untuk mengungguli, dan menguasai yang lain. Resmi kiasu, begitulah.

Tindakan melantik Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang juga dilihat bermotif politik. Abaikanlah jika ada yang berhujah kononnya ia untuk membantu kerajaan negeri Pulau Pinang. Apa tidaknya, sedang penggal sudah hendak tamat, tiba-tiba muncul pula jawatan baru.

Kenapa PKR? Kerana PAN sudah tentu berada di dalam genggaman mereka seratus peratus. Tinggallah PKR untuk dijinakkan, agar nanti hal ehwal dan keputusan politik akan kalau pun tidak menguntungkan DAP, jangan sampai merugikan.

Sudah tentu soal kerusi untuk bertanding PRU14 nanti menjadi matlamat. Jangan salah faham, kerana DAP tidak memerlukan kerusi untuk “dicuri” dari PKR. Tetapi, DAP perlu memastikan “ayam laganya” mendapat peluang. Sedang Pribumi juga mengintai peluang, DAP perlu “mengikat” PKR agar “ayam laganya” tidak lemas dan mati di dalam sangkar.

Andai kata ayam laganya kelemasan dan mati, DAP masih ada lagi satu peluang; cari si musang berbulu ayam untuk bertanding di atas tiket PKR. Dan sudah tentu kerja-kerja politik seperti ini lebih mudah dan lancar sekiranya dijalankan oleh orang yang berjawatan kanan seperti Setiausaha Agung PKR.

Dari zaman “tahaluf siyasi” hinggalah kini, DAP dilihat sangat dominan, dan bijak untuk menguasai. Tergelak besar Lim Guan Eng, seperti di dalam gambar di atas.






Satu Komen to Selangkah Kehadapan: Strategi DAP Ke Atas PKR

  1. Perlis News says:

    […] via Selangkah Kehadapan: Strategi DAP Ke Atas PKR — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome