Menu Utama

Ramalan Financial Times: Realiti Atau Sekadar Nak Alih Tumpuan?

RAMALAN akhbar kewangan berpengaruh, Financial Times bahawa kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak akan menang dalam PRU14 yang akan datang, pada hemat penulis, adalah satu ramalan yang dibuat berdasarkan pandangan dan kajian yang sangat tepat melihat kepada situasi politik negara sekarang ini.

Kalau bawak isu ni berdebat dengan penyokong pembangkang, sudah tentu dia jadikan jumlah komen maki hamun kerajaan dalam media sosial sebagai ukuran tapi bagi penulis yang dah berkecimpung dalam perang di media sosial sejak 1998 ni, sukalah nak sahkan bahawa memang sejak dulu tak pernah yang kita ni ‘menang’ dalam perang maki hamun di media sosial pun.

Tapi bila tiba masa pilihanraya, menang juga.  Itu hakikatnya.

Balik pada isu tadi, ramalan itu penulis katakan benar kerana melihat kepada situasi ketidak sepakatan dalam pembangkang sekarang, yang mana bukanlah rahsia besar mana pun, semua orang nampak.  Itu belum bercakap tentang parti Mahathir yang bukan sahaja bergolak tak sampai 3 bulan ditubuhkan secara rasmi, malah tidak ada siapa yang boleh ditolak ke tengah melainkan Mahathir itu sendiri.

Kena ingat, pilihanraya ni tentang nak pilih kerajaan, bukan nak seronok-seronok.  Tak siapa sanggup beratur panjang-panjang di luar dewan mengundi tu sebab saja-saja nak buat kerja bodoh (melainkan dia memang bodoh).  Di akhirnya majoriti rakyat akan melihat pihak mana yang buat kerja dan pihak mana yang tidak.

Macam sekaranglah, kempen bung bang bung bang sana sini pasal kenaikan kos sara hidup dan kebajikan rakyat, tapi beg plastik pun caj 20 sen SATU!!  Bukan seminggu sekali pulak tu, tapi hari-hari.  Ini kebajikan apa jadah?  Yang harga minyak tentulah tak boleh nak buat apa sebab ditentu pasaran dunia, yang beg plastik ni ikut kerajaan memerintah macam mana dan kerajaan Pakatan pilih untuk bebankan rakyat.

Sedangkan kerajaan Najib, memilih untuk meringkan beban rakyat terutama yang berpendapatan sederhana dan rendah dengan memperkenalkan BR1M, bagi perkhidmatan bas sekolah percuma di bandar dan sebagainya. Jadi agak-agak pilih siapa? Takkan itupun susah nak fikir.

Itu baru satu bab, belum bab-bab yang lain lagi.

Di hujungnya ia akan jadi macam yang Mahathir pernah cakaplah, BN menang bukan sebab dia tapi BN menang sebab pembangkang berpecah – tak sedar dalam masa yang sama parti dia sendiri tubuh pun tak tentu arah. Jadi inilah senarionya dalam PRU14 nanti.

Tak payah Financial Times ni cakap pun kita tahu.






Satu Komen to Ramalan Financial Times: Realiti Atau Sekadar Nak Alih Tumpuan?

  1. […] via Ramalan Financial Times: Realiti Atau Sekadar Nak Alih Tumpuan? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply