Menu Utama

Pribumi Berpecah: Takkan Nak Mengaku Tapi Banyak Bukti Ia Berlaku

APA agaknya jawapan yang diharap bila orang tanya kepada Muhyiddin mahupun Mahathir akan dakwaan parti serpihan UMNO, Pribumi cap bunga ini,  belum sampai usia 3 bulan tapi sudah berpecah kepada 2 kem?  Kucing tumbuh tanduk pun mimpi sajalah nak dengar “Ya, 2 kem itu memang wujud” keluar dari mulut salah seorang mereka.

Gila ka nak mengaku?

Nak-nak manusia nama Mahathir ini.  Dia diketahui dunia hanya mengaku kalau ada untung politik saja, takda untung politik kalu, mati hidup balik pun dia tak akan mengaku, tak kisah sebesar mana kebenarannya sekalipun.

Penafian ini samalah seperti bila Mukhriz pada bulan Oktober yang lepas bercakap perkara yang sama – tak mengaku jugak.  Lepas tu kita semua nampaklah, sorang-sorang keluar parti dan berlaku kemelut  yang diakibatkan oleh konflik dalaman.

Hakikatnya, cerita berpecah ini bukan keluar dari mulut mana-mana pemimpin UMNO pun tapi dari mulut orang-orang parti itu sendiri – yang keluar mahupun yang terlibat dalam kemelut dalaman.  Seperti dalam isu berkaitan jawatan Ketua Srikandi tak berapa hari itupun, dah dengar dah punca kepada kemelut tersebut ialah kerana perbezaan kepimpinan – yang boleh juga ditafsir sebagai bukti perpecahan.

Ayat (lebih kurang maksud) “perkara ini tak akan berlaku kalau Mahathir jadi Presiden”, bukan mana-mana orang UMNO yang sebut pun,  orang bunga raya tu jugak.  Begitu juga dengan alasan mereka yang “ada nama” keluar dari parti tersebut, pun menunjukkan berlakunya perpecahan yang begitu ketara.

Justeru, cara 2 orang ini memperlekehkan dakwaan wujud 2 kem itu sebenarnya, mengesahkan lagi bahawa kem-kem yang dikatakan itu memang wujud – bukti pun dah ada, dilihat dari pelbagai kemelut yang berlaku dalam parti tersebut kebelakangan ini.

Cuma, tak mengaku kerana bimbang akan menambah kepada masalah sedia ada dan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap parti yang ditubuh atas dasar dendam dan kepentingan peribadi.

Rakyat perlu faham bahagian itu saja.






3 Komen to Pribumi Berpecah: Takkan Nak Mengaku Tapi Banyak Bukti Ia Berlaku

  1. dkds says:

    yang contos ainina pun orang depa juga boboi memang mahu memastikan oranf dia di barisan atas kepimpinan, Midin ni bodow. dalam UMNO pun dia leka tak bina sokongan grassroot itu sebab dia kena tendang dari UMNO tak memberi kesan apa pun.

  2. Memang Baik says:

    Midin dari awal perlantikan dirinya ke TPM dilihat sebagai seorang yang contented. Seorang yang bersyukur dan redha serta tidak akan melawan ketua kerana komen yang dibuatnya seolah2 dia sudah mencapai tahap tertinggi buat dirinya dalam politik tanahair. Berbeza dengan rakan bekas sejawat yang semuanya kecundang kerana gopoh dan gelojoh serta tidak sabarnya mereka untuk naik.

    Namun manusia memang boleh berubah mengikut keadaan dan masa jadi Midin tidak terkecuali. Kerana terlalu yakin kekuatan luar yang mempengaruhi dirinya hingga terlalu berani ambik risiko suicide. Kita ingatkan Midin dalam missi do or die nya telah terlalu bersedia hadapi risiko kalah atau menang. Rupanya tidak bergitu. kerana Midin dilihat terlalu terperanjat dan tidak percaya bahawa dia boleh disingkir kerana tindakannya . Dia sedih dan menangis ketika disingkir. Apakah tandanya kesedihan itu ? Tandanya ialah sesaorang itu tidak bersedia menerima risiko atas tindakan sendiri.

    Bunga raya memang diambang perpecahan kerana bunga raya memiliki lebih dari seekor singa. Satu gunung tidak boleh ada lebih dari seekor singa.

  3. Perlis News says:

    […] via Pribumi Berpecah: Takkan Nak Mengaku Tapi Banyak Bukti Ia Berlaku — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome