Menu Utama

PEMIMPIN PPBM KAYA RAYA , AHLI BAWAHAN MENGEMIS SUMBANGAN

Parti Malang Pribumi Bersatu boleh diandaikan sebagai sudah jatuh di timpa tangga.

Malah boleh juga diandaikan seperti pepatah Inggeris “from the frying pan to the fire” kerana keadaan mereka semakin bertambah teruk.

Kenapa bertambah teruk? Ketika ketua Armada merangkap juara debat mengisytiharkan keanggotaan ahli Armada yang mewakili setiap negeri persoalan juga timbul, adakah mereka hanya mewakili diri sendiri sahaja kerana keahlian PPBM tidak mendapat sokongan rakyat.

Bukan itu sahaja , struktur keahlian juga carca marba kerana ketika borang keahlian disebarkan , PPBM belum ada badan perhubungan negeri.

Namun masalah ini hanyalah teknikal yang mungkin boleh diperbetulkan kemudian. Entah entah sampai kesudah tidak diperbetulakan disahihkan pun.

Sama macam cerita tandatangan 1.4 juta dalam Deklarasi Rakyat yang mahu dibawa kepada Agong. Tandatangan itu terbukti palsu dan sampai ke hari ini, Mahathir dan geng parti bunga gagal buktikan mana semua nama nama 1.4 juta orang itu. Seperti juga senarai ahli PPBM ini, sampai ke akhirnya PPBM tidak akan mampu ceritakan berapa jumlah keahliannya yang sebenar.

Apa yang menjadi tandatanya adalah punca dan dana kewangan parti itu.

Dari sumber terdekat parti bunga menyatakan, ahli bawahan yang bersungguh sungguh mencari keahlian dan mahu memajukan parti tidak mendapat bantuan dari orang atasan.

Muhyiddin pula sibuk bercuti RM2 juta di luar negara, sejak 3 minggu lepas. Ketika ahli PPBM sibuk kutip derma, Presiden PPBM sibuk dengan “Boxing Day Shooping” di kota Eropah.

Ketika ahli ahli PPBM di bawah mengemis derma juga, anak cucu Mahathir dengan bangganya menayang dan menunjuk nunjuk jenama beg mahal di Instagram mereka.

Mungkin kesemua mereka ini iaitu Mahathir, Muhyiddin dan Mukhriz sudah terbiasa dengan duduk di atas ketika berada , di mana kerja bawahan dibuat oleh balaci dan macai, maka tabiat yang sama di bawa ke parti baru mereka.

Maka atas sebab ini tekial – kial lah balacai bawahan mengemis derma dan pengaruh.

Malah ada juga laporan yang mengatakan bahawa PPBM di peringkat negeri memohon kerjasama ahli dan rakan ahli untuk memberi sumbangan wang ringgit bermula dari RM50/100 dan seterusnya jika mampu.

Mereka menyebar sesama ahli merayu sumbangan ikhlas dalam Whatsapp. Inilah yang menyedihkan.

Mungkin juga kerana majoriti ahli muda yang masuk menyertai parti Pribumi ini semua nya “greenhorn” seperti Syed Saddiq , maka tentu sekali mereka tidak kenal siapa itu Mahathir, Muhyiddin Bestari dan Mukhriz.

Mereka tidak kenal dengan kekayaan luar biasa pemimpin mereka.

Mahathir dengan berpuluh billionnya dijaga oleh kroni, Muhyiddin yang kaya raya seawal mula Mahathir mengikatnya dengan memperli “MB paling kaya” ketika tahun 80an lagi dan Mukhriz dengan syarikatnya yang berpuluh puluh.

Ahli ahli PPBM masuk kedalam parti Pribumi atas salah maklumat dan pendirian yang telah berjaya dimainkan oleh pemimpin mereka.

Mereka masuk ke parti Pribumi berlandaskan kebencian dan bukan kebenaran.

Maka atas sebab itulah mereka menyokong dasar Gay, LBGT, liberalisme, pluralisme dan murtad yang dibawa oleh DAP dan geng geng Ambiga.

Pemimpin PPBM hadir sama dengan wakil PAN ketika berucap di muktamarnya, akibat jahil asal usul parti, maka mereka yang berbahas telah memetik metik ayat Quran dan hadis tanpa sedikit pun mengetahui parti mereka wujud atas dana luar negara Israel dan agenda “long term DAP”.

Sudah setahun, DAP masih belum jawab hal derma dana Israel RM1.2 billion. Mana penjelasan dari DAP?

Ahli ahli PPBM tidak sedar pengasasnya Mat sabu itu orang gaji DAP sama dengan Saifuddin yang baru angkat sumpah beberapa hari lalu. Kerana wang dan gaji lah mereka sanggup begitu.

Kini PPBM juga sudah setara dengan PAN , malah mungkin lebih teruk.

Jika PAN tiada dana bolehlah difahami. PAN tentu tiada dana melainkan di “sponsor” oleh DAP, tetapi kedudukan PAN tidak sama dengan PPBM.

PPBM memiliki pemimpin yang kaya raya luar biasa yang anak cucu mereka berketurunan tidak akan susah lagi.

Mahathir sendiri pernah berkata “usah hirau tentang saya dan anak cucu saya” kerana dia sudah kaya kan mereka berketurunan.

Maka yang harus berfikir adalah ahli bawahan PPBM.

Mereka harus tanya kenapa orang seperti Mahathir yang hanya dengan satu panggilan telefon sahaja ratusan juta boleh datang masih enggan “all out” untuk membantu cai cai bawahan PPBM.

Ahli bawahan PPBM juga seharus bertanya Muhyiddin yang kaya raya yang sekali gus pergi holiday boleh habiskan RM2 juta, masih kedekut dengan wangnya, malah boleh membiyai kekasih gelap sekian lama sebanyak RM20,000 tetapi tidak bersungguh sungguh membiyai partinya sendiri.

Perkara sama juga boleh ditanya kepada Mukhriz, kenapa tidak rajin tabur wang kepada parti dengan miliki syarikat berpuluh puluh dengan kekayaan yang melimpah yang di milikinya?

Kenapa ahli bawahan harus memberi sumbangan kepada parti sedang yang dia atas kaya raya?

Mungkin jawapan ini boleh mencerahkan persoalan di atas.

Pertama , Parti Pribumi bukan dalam rencana Mahathir , Muhyiddin dan Mukhirz.

Ia tercipta kerana “terpaksa” kerana terkejut disinggkir dari UMNO yang tidak disangka, tambahan lagi mereka menyangka Najib tidak akan meluluskan permohonan parti baru mereka.

Kedua, Parti Pribumi di anggap sebagai “no go” oleh Mahathir dan Muhyiddin pula sudah anggap tiada guna teruskan penat lelah dalam Parti Pribumi yang tiada kepentingan untuk dirinya.

Pendirian ahli bawahan yang lain pula bagaimana? Mudah sahaja mereka “no choice” mereka terpaksa teruskan juga , dan terdapat juga mereka yang sudah pencen dan tiada kerja lain , maka elok sahaja habiskan masa dengan parti baru.

Malah ramai juga mereka yang bersikap sebagai “pan handler” yang dibuang oleh parti dan NGO mereka lalu berpendapat baik sahaja menempelkan diri kepada parti tiada harapan seperti PPBM dari duduk diam tiada kerja.

Maka inilah kisah nasib malang PPBM. Sukar untuk mencari keahlian kerana rakyat sudah tahu ia hanya untuk memuaskan nafsu buas Mahathir untuk anaknya menyambung legasi dan hartanya.

Mahathir sendiri pun sujud di kaki DAP untuk selamatkan masa depan anaknya Mukhirz dan bukan masa depan parti Pribumi.

Itulah perjanjian sulit yang dibuat oleh Mahathir dengan DAP pada 3 Disember lalu. Mahathir dan Kit Siang tidak perlu jaga cucu mereka, kerana mereka sudah jaya.

Yang perlu jaga anak dan cucu adalah ahli ahli PPBM, sebab parti PPBM tidak akan lama. Berkerjasama dengan DAP tidak akan untungkan bangsa Melayu di masa depan.

Bila tanah dan bangsa sudah tergadai dengan perjanjian sulit Mahathir dan Kit Siang, segalanya sudah terlambat untuk selamatkan anak cucu kita di masa depan. Yang selamat sekarang dan kaya sekarang adalah anak cucu Mahathir dan Kit Siang, bukan cucu orang orang biasa dalam PPBM.

Jangan biarkan kroni dan elitis menguasai negara ini.

Tulisan :
Beruang Biru
BB221, Isnin
9 Januari 2017






2 Komen to PEMIMPIN PPBM KAYA RAYA , AHLI BAWAHAN MENGEMIS SUMBANGAN

  1. Perlis News says:

    […] via PEMIMPIN PPBM KAYA RAYA , AHLI BAWAHAN MENGEMIS SUMBANGAN — MYKMU.NET […]

  2. Pemerhati says:

    selain si khairuddin, orang yang pernah mencadangkan tanam padi atas bangunan/bumbung pun tidak teringin masuk menjadi ahli parti cap bunga kerana dia difahami tidak mahu mengotori & melanggar prinsip menjadi ahli yang terpaksa(jika sanggup masuk menjadi ahli) berpresidenkan seseorang yang bukan sahaja terpalit dengan skandal berzina dengan isteri orang malah pernah terpalit dengan rasuah politik wang untuk memenangi pemilihan jawatan naib presiden UMNO pada tahun 90’an dahulu

    pengerusi parti cap bunga pernah berkata presiden parti cap bunga merupakan menteri yang kaya semasa dia menjadi MB Johor dahulu…adapun kaya yang dimaksudkan itu ialah kaya dari hasil rasuah mengikut kefahaman pembangkang…jika bertanya pada anwar semasa parti cap bunga belum tertubuh lagi & mahathir belum lagi ‘pergi menghadap(bersalaman untuk mendapatkan kerjasama menumbangkan Najib, UMNO & BN) pada anwar di mahkamah’, sudah tentu anwar akan menjawab kata ianya dari hasil rasuah tapi kalau bertanya pada anwar sekarang ini besar kemungkinan anwar akan menjawab kata kaya dari hasil muhyiddin menabung sejak dari kecil atau belum akhil baligh lagi untuk terangsang sehingga mengentot nika gee

    dakwaan presiden parti cap bunga bahawa si ainina telah diberi sejumlah peruntukan wang untuk tugas menarik golongan muda masuk menjadi ahli parti cap bunga tapi dia gagal melaksanakan tugas tersebut sebenarnya merupakan satu dakwaan yang mengaibkan/memalukan si ainina kerana ada ahli parti cap bunga yang aku kenali berkata dia sudah hilang kepercayaan terhadap ainina kerana menganggap dakwaan presiden parti cap bunga itu sebagai mengiyakan ainina ialah seorang yang tidak beramanah, telah mencuri & telah menipu

    ainina harus tahu dia sudah hilang kredibiliti diri apabila presiden parti cap bunga membuat dakwaan seperti itu, hilang kredibiliti diri bermaksud prospek ainina untuk melangkah jauh dalam parti cap bunga sudah menjadi kelam…sekiranya tidak benar & jika ainina memilih untuk terus kekal dalam parti cap bunga makanya ainina terpaksa berdiam diri tidak boleh bersuara menafikan dakwaan presiden parti cap bunga…jika ainina bersuara membuat penafian dia akan dituduh membuat pemberontakan lagi & boleh dipecat/dibuang dari parti cap bunga

    kepada ainina, janganlah anda merasa malu untuk kekal dalam parti cap bunga…ainina tidak perlu merasa malu kerana majoriti ahli parti cap bunga memang tidak mempunyai prinsip apatah lagi merasa malu kerana mereka tidak kisah pun penzina, perasuah, pencuri wang rakyat, penternak kroni & sebagainya menjadi presiden, pengerusi atau ahli biasa parti cap bunga

Leave a Reply