Menu Utama

PBT Pun Tak Tahu Undang-Undang, Azmin Patut Letak Jawatan

 

TIDAK ada siapa yang sempurna, itu biasa, tapi dalam bab menjaga nyawa rakyat, kalau tak 100% sekalipun, kena berani bertanggungjawab bila silap, bukan tuding sana salah, sini salah – itu paling kurang boleh dilakukan.

Ini halnya dalam insiden bunga api di Klang malam tahun baru lepas.

Selepas beberapa hari sejak kejadian, memalukan sungguh bila PBT terlibat boleh tak tahu acara pertunjukkan bunga api macam itu perlukan permit dari pihak polis.  PBT pun tak tahu undang-undang, macam mana kes?  Walhal PBT paling banyak menguatkuasakan undang-undang dalam kawasan tadbir mereka tapi dalam hal ni mereka pun tak tahu undang-undang?

Jika ada kekeliruan pasal bidang-bidang tertentu seperti yang dijadikan sebab melepas diri sekarang, apa pulak alasannya memilih syarikat tidak berdaftar mengendalikan acara yang berisiko seperti itu?

Dalam hal ini penulis tidak sangat menyalahkan PBT yang berkenaan, sebaliknya kerajaan negeri itulah yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kerana meletak nyawa rakyat dalam risiko.  Come on la, kena saman sebab lesen mati pun boleh salahkan Perdana Menteri, takkan PBT meletak nyawa rakyat dalam risiko tidak boleh salahkan Menteri Besar negeri berkenaan?

Lagipun, kejadian kemalangan sehingga mengorbankan nyawa semasa acara pertunjukan bunga api, bukan cerita baru di seluruh dunia.  Ini cara yang berkenaan buat-buat terkejut, menjengkelkan betul.

Kalau di negara luar ni, siapa bertanggungjawab dah boleh didakwa kerana cubaan membunuh.  Di Malaysia ni saja Menteri Besar bertanggungjawab boleh rilek selepas PBT dibawah pentadbirannya meletak nyawa rakyat dalam bahaya. Tak jadi apa-apa tak apalah, kalau jadi apa-apa, semuanya yang salah, hujung-hujung Perdana Menteri jugak yang kena.



« (Previous News)



4 Komen to PBT Pun Tak Tahu Undang-Undang, Azmin Patut Letak Jawatan

  1. dkds says:

    Masa naikkan parking dan sewa lesen perniagaan pandai pula ambil tahu undang-undang, bila dah jadi peristiwa berdarah sebegini mulalah mereka nak membelit…gelihati bila mereka salahkan POLIS kerana tidak menghalang.

    Inilah contoh perangai bangsat kerajaan assmin gila

  2. sman says:

    MPK ni salah sebuah PT yg tak profesional langsung dalam pengurusannya.Kami pernah berusursan dgn MPK,cukup menyakitkan hati.Mereka mengurus bukan ikut peraturan dan undang-undang yg ada tapi lebih mengikut undang-undang ciptaan pegawai mereka sendiri.

  3. […] via PBT Pun Tak Tahu Undang-Undang, Azmin Patut Letak Jawatan — MYKMU.NET […]

  4. Badrole Amin says:

    nanti siasatan berakhir dengan tidak menyebut apa2 pun tentang pembekal bunga api yang bermaksud MPK akan melepaskan ‘kroni’ pegawai mereka yang membekalkan bunga api dari sebarang liabiliti(kebertanggungjawaban) walaupun kroni(syarikat) yang membekalkan bunga api itu tidak menyedia & mengarah pekerjanya yang mahir membuat pemeriksaan rapi, teliti & betul pada pelancar bunga api dll hal yang berkaitan sebelum dilancarkan…entah berlesen atau tidak pembekal bunga api itu kita mungkin tidak akan dapat tahu juga

Leave a Reply