Menu Utama

Pas tidak akan bekerjasama dengan Mahathir, dengan PPBM ok.

Mahathir

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata bahawa Pas sama sekali tidak akan menjalin kerjasama denga Dr Mahathir tetapi dalam masa yang sama berkata mungkin bekerjasama dengan PPBM. Logik apakah yang digunakan oleh Naib Presiden Pas ini? Bukankah PPBM itu milik Mahathir?

Tidakkah pelik nanti bila Dap berkata mereka akan bekerjasama dengan Pas tetapi bukan dengan Hadi Awang? Sekali pun kita berpolitik tapi biarlah berprinsip. PPBM adalah parti Mahathir dan sudah tentu akan mengikut kehendak Mahathir dalam apa jua keputusannya pun.

Elok Mohd Amar hentikan membuat kenyataan yang tidak masuk akal seperti ini.

Pas memberi peringatan sama sekali tidak akan menjalikan kerjasama dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana menyedari bekas Perdana Menteri itu tidak akan pernah berubah sikap.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, kerjasama politik sekiranya berlaku sekalipun hanya melibatkan Pas dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), bukan Dr. Mahathir meskipun beliau merupakan pengerusi parti itu.

Dalam masa sama, Mohd. Amar juga memberi peringatan bahawa pakatan pembangkang akan menghadapi kesukaran sekiranya terus bekerjasama dengan Dr. Mahathir.
“Kena beza itu, kerjasama kalau berlaku hanya antara Pas dan PPBM bukan dengan Mahathir sebab kita tahu dia tidak boleh bekerjasama.

Dan, kita juga sama sekali tidak akan mendengar apa-apa pandangan Dr. Mahathir.
“Dr. Mahathir ini, tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun. Kalau betul nak kerjasama, Dr. Mahathir mesti ubah sikapnya. Dr. Mahathir kena ingat dia bukan lagi Perdana Menteri atau Presiden UMNO,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Projek Perdagangan Karbon dalam hutan simpan kekal antara kerajaan negeri dengan Syarikat Climate Protector Sdn. Bhd. di salah sebuah hotel di sini hari ini.
Majlis menandatangani perjanjian tersebut diwakili Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob manakala Climate Protector diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Too Siah. – UTUSAN ONLINE.






4 Komen to Pas tidak akan bekerjasama dengan Mahathir, dengan PPBM ok.

  1. Pemerhati says:

    merapu cakap tak masuk akal lagi sedangkan baru hari itu dia merapu kata pan akan bekerjasama dengan UMNO untuk mengalahkan pas di Kelantan pada PRU14 nanti…selain madey, timbalan presiden pas juga merupakan 1 dari 10 rakyat Malaysia yang menghidap sakit mental mengikut kajian kementerian kesihatan dimana ianya dianggap membimbangkan

  2. Meriam Buluh says:

    Apa bezanya dengan kenyataan ketika DAP dalam Pakatan Rakyat dahulu,

    “DAP tidak memusuhi PAS tetapi memusuhi Hadi Awang Presiden PAS.”

    Memang ada yang sudah mereng otaknya..

  3. Pemerhati says:

    pembetulan,

    mohd amar bukan timbalan presiden tapi naib presiden PAS

    adalah gila tidak masuk akal PAS boleh dapat bekerjasama hanya dengan ppbm yang diwakili ahli2 lain(termasuk timbalan presiden yang merupakan anak mahathir) tapi tidak diwakili serta tidak mendapat persetujuan dari mahathir kerana ppbm merupakan parti milik keluarga mahathir ‘sendirian berhad’…jawatan pengerusi yang disandang oleh mahathir pula ialah jawatan seorang diktaktor yang bermakna kalau hitam kata mahathir maka presiden, timbalan presiden. naib2 presiden & ahli2 biasa ppbm semuanya harus berkata ianya hitam…kalau sudah suci kafir laknat lim kit siang sekarang ini boleh dipeluk cium maka semuanya harus peluk cium lim kit siang sepertimana mahathir peluk cium lim kit siang sambil jilat balik ludahnya sendiri

  4. anakbochek says:

    Yang memberi kenyataan samada terlalu “cerdik” atau terlalu “bangang”.

Leave a Reply

Threesome