Menu Utama

Otak Macai: Komen BR1M Macam Semua Kaya, Minyak Naik Macam Semua Papa

MINYAK naik harga hari ini. Nampak macam banyak 20 sen satu liter tapi purata kenaikan bagi sekali isi 23 liter dalam RM 5 – rokok pun dah RM 17 sekotak. Itu sekali isi, dan majoritinya besar orang kita tak isi hari-hari – toksah gebanglah.

2 tahun yang minyak murah ni (kali terakhir minyak pada RM 2.10/liter pada Oktober 2014), tak siapa mengaku kaya pun. Masa itu pun tak siapa yang miskin, kenapa sekarang pulak ada yang akan miskin kerananya, penulis tak faham. Tak sebut lagi pada ketika itu BR1M belum lagi RM 1200 dan gaji minimum belum RM 1000 macam sekarang.

Seperti mana biasa bila berlaku kenaikan, semua macai yang otaknya dah rosak teruk, menyalak di laman-laman sosial seolah-olah ini kali pertama harga minyak pada kadar itu. Ini biasalah. Memetik kata seorang rakan, dia macam rancangan Astro jugaklah, berulang.

Cuba kalau turun tu kang, pandai pulak diam. Ini biasa.

Yang penulis nak sentuh dalam artikel pertama tahun 2017 ni ialah, reaksi minyak naik ini berbeza betul bila macai yang sama bercakap pasal BR1M.

Kalau komen pasal BR1M tu kang, semua pandang lekeh. Konon RM 1,200 ni kecik sangat, satu hari nilainya nak beli ikan pecah perut pun tak lepas – siapa pulak bayar BR1M hari hari, dan sebagainya. Pendek kata macam cerita orang kayalah.

Alih bila minyak naik 20 sen, semua cakap macam orang papa. Sana jatuh miskin, sini kebulur mati tak makan dan sebagainya. Betul ke? Kalau ya mana buktinya?  Tapi yang penting, bagaimana bila kerajaan bagi RM 1,200 pandang lekeh, pasaran minyak naik 20 sen/liter, pandang melarat?

Nampak sangat cakap politik, bukan sebab terkesan benar minyak ini naik pun. Hakikatnya, bila minyak naik, hanya minyak saja yang naik, tak lebih dari itu. Propaganda konon minyak naik, harga barang naik ni dah terbukti cerita bohong. Banyak kali dah minyak turun sejak 2008, barang macam itu juga sebab ia jelas takde kena mengena.

Jadi rakyat janganlah termakan sangat, ini semua (gebang gebung pasal minyak naik) hanya cakap politik saja, tak lebih dan tak kurang.






3 Komen to Otak Macai: Komen BR1M Macam Semua Kaya, Minyak Naik Macam Semua Papa

  1. […] via Otak Macai: Komen BR1M Macam Semua Kaya, Minyak Naik Macam Semua Papa — MYKMU.NET […]

  2. sireh ke gagang says:

    Aku setuju bab minyak turun & naik tu. bulan oktober tahun lepas , tak silap aku minyak turun rm1.80 seliter . takde sorang pun memujinya kat fb aku tengok. bila minyak naik , maka mcm semut dorg kecam , hentam kerajaan. Dasar banjingan semua ini aku fikir. hidup tak pernah nk bersyukur dan tak reti ucap terima kasih . memilih2 isu tertentu yg sedap dijaja dalam fb , tetapi menafikan fakta yg tak menyebelahi mereka. Itu mentaliti org2 malaysia skrg. macai atau tak macai , sama sahaja. bercakap guna kepala lutut . bodoh belaka. bila kita bagi fakta , dia tak boleh jawab , dia spin isu 2.6b . itulah mentaliti org2 malaysia skrg. suka buat U-TURN isu basi.

  3. mono_rindo@yahoo.com says:

    Orang Malaysia kini telah didokrinkan oleh individu/golongan tertentu punya agenda tersendiri untuk membangkitkan perasaan kebencian terhadap pemimpin & kerajaan memerentah kini……individu ini adalah seorang yang sudah kecewa dalam karier politisnya…tidak mendapat apa yang iimpikan selama ini semasa berada dalam kabinet maupun parti. Bila hasratnya terkandas mulalah dia melalak keseluruh negara dakwa pemimpin &n kerajaan sekarang kejam,tidak adil & tak mesra hak asasi manusia kononnya. Semasa dia berada dalam kerajaan habis punah dana & khazanah negara dipugarnya untuk diri & keluarga serta kroni.

Leave a Reply