Menu Utama

Minta maaf tak memadai – Mahadzir Khalid

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa mengambil tindakan tegas ke atas portal media, Free Malaysia Today (FMT) kerana mengeluarkan laporan yang tidak bertanggungjawab dengan menyalah tafsir kenyataan dua profesor Universiti Harvard.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata tindakan tegas perlu bagi memastikan kekeliruan yang ditimbulkan hingga mencetus perasaan kurang senang dan kecewa dalam kalangan warga pendidikan negara, tidak berlaku lagi.

Katanya, laporan yang disiarkan FMT menjejaskan kredibiliti sistem pendidikan negara, termasuk warga pendidik yang bertungkus-lumus mendidik anak bangsa. “Saya sangat kecewa dengan tindakan FMT. Ia tidak boleh keluarkan kenyataan yang sangat berat sebelah. Ini tidak adil kepada pensyarah, guru dan pendidik di negara ini. “Kekeliruan dan rasa tidak senang berlaku kepada masyarakat. Ini tidak boleh dipandang ringan, ia tidak semudah itu dengan hanya meminta maaf.

“SKMM perlu ambil tindakan tegas dengan mengikut sistem perundangan yang ada,” katanya selepas menghadiri Santai Sarapan bersama Menteri Pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Terap, di sini, hari ini. Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan FMT yang membetulkan artikelnya dengan penjelasan pensyarah terbabit, Lant Pritchett, yang berkata kenyataannya disalah tafsir. Portal terbabit sebelum ini melaporkan dua profesor, termasuk Pritcheet mempertikaikan kemampuan sistem pendidikan negara terutamanya institusi pendidikan tinggi.

BH



« (Previous News)



2 Komen to Minta maaf tak memadai – Mahadzir Khalid

  1. Perlis News says:

    […] via Minta maaf tak memadai – Mahadzir Khalid — MYKMU.NET […]

Leave a Reply