Menu Utama

Mengharamkan Yang Halal

Berusia lebih dari 90 tahun tidak menandakan seseorang itu betul semua. Walau usia 1,000 tahun sekali pun, ia tidak membawa maksud seseorang itu tahu segalanya. Dan penulis pasti, ramai yang ingat tentang nasyid lama, ‘sepohon kayu daunnya rimbun’, bukan?

Namun mungkin sudah terbiasa selama 22 merasakan dirinya semua betul, faham dan ‘maha’ dalam segala-galanya, maka dia pun bercakap dan menulis semahunya, seolah-olah dialah yang paling tahu dan betul semua.

Terbaru, dia menulis lagi. Katanya, kalau baca bismillah sekali pun, daging yang haram masih haram dimakan. Dia fikir fatwanya tepat? Tapi tahukah dia bahawa sekiranya di dalam keadaan darurat bahawa Islam itu menghalalkan daging babi untuk dimakan untuk menjaga nyawa?

Seperti biasa, dia sekali lagi cuba menegakkan benang yang basah. Kononnya, hanya mereka yang mahu ‘membodek’ saja yang akan menghalalkan wang yang dicuri. Dia cuba juga menetapkan ‘fatwa’ konon duit Yayasan 1MDB yang menghantar jemaah menunaikan haji itu ‘haram’…

Pada pandangan penulis, apa yang cuba dilakukan dia hari ini adalah mengharamkan sesuatu yang halal. Ia seolah-olah cuba seluruh masyarakat menganggap ayam itu babi. Dia bagaikan cuba mengatakan teh tarik itu brandi.

Apakah yang bukti kukuh untuk dia mengharamkan duit itu sebagai haram? Dari sudut perundangan, tidak ada satu pun mahkamah yang menjatuhkan hukum duit itu sebagai duit yang tidak sah dan haram. Jika ada, pastinya sudah lama akaun tersebut dibekukan, bukan?

Dari sudut agama lebih payah untuk dibuktikan. Apa bukti yang dia ada untuk membuktikan tindakan mencuri duit? Dia nampak dengan mata kepalanya? Sahihkah pandangannya itu? Apakah sahih dan benar faktanya? Bagaimana dan dari mana kesahihan yang dia peroleh?

Jika hanya bersandarkan mata yang ‘tua’ yang sudah ‘kabur’, apatah lagi kalau ‘rabun’, ia masih diragui. Apatah lagi faktanya datang bukan saja dari seorang fasik, malah kafir ‘made in Britain’. Malah jika bukti-bukti yang diketengah itu direka-reka kuffar, bolehkah ulama menjatuhkan hukum?

Suka penulis mengingatkan dia bahawa hukum membaca bismillah itu adalah sunat, dapat pahala jika dibaca, tidak berdosa jika tidak diungkap. Maka jika seorang Islam itu tidak membaca bismillah, ayam yang disembelih mengikut syarat dan dimasak dengan sempurna itu tetap halal dimakan.

Pada hemat penulis, adalah tidak wajar mengharamkan yang halal. Islam mengecam mereka yang mengharamkan sesuatu yang halal. Malah Rasulullah SAW di dalam sebuah hadis qudsi yang diriwayatkan Imam Muslim pernah bersabda di dalam khutbah baginda;

“Ketahuilah, sesungguhnya Tuhanku memerintahkan padaku untuk mengajarkan kepadamu apa-apa yang kamu belum mengerti dari apa-apa yang Tuhanku telah mengajarkan kepadaku pada hariku ini. (Allah berfirman) : “Setiap harta yang Aku berikan kepada hamba adalah halal, dan Aku ciptakan hamba-hamba-Ku ini dengan sikap yang lurus, tetapi kemudian datanglah syetan kepada mereka. Syaitan ini kemudian membelokkan mereka dari agamanya, dan mengharamkan atas mereka sesuatu yang Aku halalkan kepada mereka, serta menyuruh (mempengaruhi) supaya mereka menyekutukan Aku dengan sesuatu yang Aku tidak menurunkan keterangan kepadanya”

Namun dia tetap dia. Penulis bukan seorang fuqaha’ dan bukan seorang ulama. Jika fatwa sahibussamahah Mufti-Mufti pun dia tolak dan mahu menangkan ‘fatwa’nya, apatah lagi hujah penulis yang hanya berpandukan secebis ilmu yang dikutip dari institusi pengajian tinggi, bukan?

Penulis harap dia bertaubat sebelum terlambat. Kita tidak minta, namun ketahuilah bahawa mati itu pasti. Sewajarnya dia kembali ke jalan yang benar dan terus hanyut tersasar dengan fahaman akal sendiri mencipta suatu hukum yang dia fikir kononnya ‘benar’…






4 Komen to Mengharamkan Yang Halal

  1. Perlis News says:

    […] via Mengharamkan Yang Halal — MYKMU.NET […]

  2. dkds says:

    Makin teruk dah madey kutty ini, ego dah melebihi Namrud dah. Ini nanti dia naik KLCC nak lastik Tuhan ….

  3. Baraq says:

    Mungkin dia tengah rancang nk buat mazhab baru, Mazhab Imam Al Kutty,,he, he..

  4. Badrole Amin says:

    madey sedang mencipta mazhab baharu dimana dia menjadi imamnya seperti imam puak syiah…boboi akan selalu berada bawah ketiak mahathir memakai jubah sambil menyebut-nyebut yahanana yahanana…anak tiri mahathir pula si mazhar fikir yahanana itu ialah banana yang harus dia sumbat selalu dalam dubur ‘isterinya seorang lelaki’

Leave a Reply