Menu Utama

Memastikan Felda tidak dimanipulasi pembangkang

JUMLAH kerusi pilihan raya terletak di tanah rancangan Felda di seluruh negara agak dominan. Iaitu kira-kira 54 kerusi Parlimen dan 92 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Jadi, tidak hairanlah pakatan harapan diketuai DAP bersungguh-sungguh untuk mendapatkan kerusi-kerusi ini demi merealisasikan impian ke Putrajaya.

Walaupun usaha-usaha dibuat kerajaan untuk memperbaiki pengurusan Felda supaya lebih cekap dan efisien namun masih tidak mencukupi, malah terus di­serang pula.

Ada yang terhasut sehingga menyaman Felda dan akhirnya kalah. Bahkan, dalam kes tertentu peneroka terbabit pula yang diarahkan membayar ganti rugi kepada pemimpin pembangkang.

Dalam situasi waktu ini berkaitan saham FGV dan hutang yang ditanggung peneroka yang membeli saham mungkin memeningkan, usaha berterusan perlu digerakkan untuk mengelak peneroka dimanipulasi pembangkang.

Dengan perkiraan menang mudah sebanyak 112 kerusi, pembangkang dikatakan hanya perlu mencari baki 58 kerusi Parlimen sahaja.

Felda sememangnya prihatin dengan kebajikan pe­neroka dan mahukan golongan itu hidup dalam keadaan harmoni dan selesa.

Pinjaman yang diberikan kepada peneroka bukanlah untuk membebankan. Sebaliknya untuk membantu mereka meneruskan kehidupan seharian tanpa dihimpit masalah kewangan.

Menurut sumber dalaman Felda, sistem pemberian pinjaman itu tidak akan menjejaskan kewangan Felda malah dapat meningkatkan lagi kedudukan agensi itu sebagai pembela nasib pe­neroka.

Sumber itu memberitahu, sejak 2014, Felda mampu mengutip RM250 juta setahun daripada hutang-hutang peneroka.

“RM250 juta itu lebih kurang lima peratus daripada baki keseluruhan hutang peneroka yang berjumlah RM5 bilion.

“Kita anggarkan dalam tempoh 20 tahun iaitu tempoh ketika kebun menge­luarkan hasil, baki hutang itu dapat dilangsaikan.

“Jadi, kita lihat tiada masalah untuk mendapatkan semula hutang-hutang daripada peneroka,” katanya kepada Mingguan Malaysia baru-baru ini.

Felda di bawah pengurusan baharu diketuai Tan Sri Shahrir Samad diyakini mampu memastikan warga Felda terus dekat dengan kerajaan.

Utusan






2 Komen to Memastikan Felda tidak dimanipulasi pembangkang

  1. Memang Baik says:

    Ulamak kata ada dua jenis manusia yang sentiasa lapar , tak pernah kenyang malah tidak akan pernah rasa kenyang.

    Manusia pertama yang tak akan rasa kenyang ialah manusia yang mengejar harta dunia, kuasa dunia dan nama didunia. Contoh paling mudah ialah M dan M.

    Sementara golongan kedua yang sentiasa lapar dan tidak akan pernah rasa kenyang ialah golongan yang makin banyak makannya makin lapar mereka rasa.. Namun golongan ini golongan yang diredhai Allah dan disayangi dan tidak dimurkai. Golongan ini besar nafsunya. besar jugak temboloknya kerana makin banyak ‘makan’ semakin lapar jadinya.

    Mereka ialah penuntut ilmu. Makin belajar makin banyak yang perlu belajar.

  2. Perlis News says:

    […] via Memastikan Felda tidak dimanipulasi pembangkang — MYKMU.NET […]

Leave a Reply