Menu Utama

Mahathir Nak Cuba Kata Najib Tak Patriotik Pulak Ke?

MINGGU lepas, 2 berita palsu ditularkan penyokong Pakatan pembangkang yang diketuai DAP dan Pribumi cap bunga raya ini di media sosial.

Pertama tentang kononnya Pengkalan Tentera Sg Besi nak ditutup kerana tanahnya dijual dan kedua tindakan mencabut bendera di Beting Patinggi Ali di Laut China Selatan yang kononnya dilakukan pasukan maritim negara.

Dua-dua isu kononnya kedaulatan negara ‘dijual’.  Serius bunyinya kan?  Macam beli dan jual gula-gula di kedai saja mudahnya ‘menjual kedaulatan’ negara ni di buat mereka.

Tapi otak penyokong pembangkang memang macam itu, dia tak faham apa pun tapi orang sebut, dia nak sebut juga.  Macam konon dakwaan anak cucu akan bayar hutanglah negaralah, padahal hutang dia sendiri pun tak reti nak bayar, nak bayar hutang negara pulak kononnya.

Nak nangis pun ada.

Yang cerita Pengkalan Sg Besi tu kelakar.  Konon sana Kapten hantar mesej, sini Mejar hantar mesej tapi cara cerita bawah tu digarap, sama saja pulak, yang beza hanya nama tukang tulis mesej.  Macam itu punya jelas tak kena pun ada kaki forward ni yang anggap betul dan majoriti besar dari mereka adalah penyokong pakatan pembangkang yang diketuai DAP.

Apa pun, penulis taknak cerita pasal betul atau tidak kerana sudah dijelaskan oleh pihak yang berkenaan, lagipun macamlah puak-puak ini nak dengar kepada penjelasan!!  Macam biasa, dia nak percaya apa yang dia nak percaya saja.

Yang menarik perhatian penulis sekarang ialah, cara kedua-dua cerita bohong di atas dipilih untuk ditularkan, menunjukkan bahawa pendekatan Mahathir sekarang nampaknya cuba nak menunjukkan kepada rakyat kononnya Datuk Sri Najib ini adalah seorang yang tidak patriotik dengan ‘menjual’ pengkalan tentera di Sg Besi dan menggugurkan tuntutan di Beting Patinggi Ali.

Cerita Najib curi duit tak laku pasal air liur saja yang berterbangan, buktinya takde, hanya cerita.  Main persepsi seolah Najib tak patriotik pulak dah.

Najib tak patriotik?  Siapa gila saja yang percayakan itu.  Jangan kata nak serah kedaulatan kepada orang asing, serah kepada kroni pun tidak Najib lakukan – walaupun kroni itu bukan orang asing.  Cuba tanya Sg Klang tu dah dipajak berpuluh-puluh tahun kepada siapa oleh Mahathir?

Pindah pengkalan tentera dalam negara sendiri ke tempat lain yang lebih moden dan canggih kerana tapak lama nak dibangunkan, menjual kedaulatan macam mana?  Yang zaman Mahathir dulu tutup pengkalan TLDM di Woodland dan pindah ke Lumut, tak pulak panggil jual kedaulatan?  Padahal tanah pengkalan TLDM di Woodland itu adalah milik negara walaupun duduk di Singapura?

Tak cerita pasal tanah KTMB di Tanjung Pagar lagi, cerita pasal tu kang, takut ada mengaku warga Kerala bukan warga Malaysia sebab tu senang senang serah tanah milik negara pada pihak asing.

Oklah, kalau ada alasan-alasan tertentu kenapa ia perlu dilakukan pada waktu itu tapi samalah macam sekarang pun, ada sebab tertentu jugak disamping hakikat sebenarnya bukan sampai hilang terus hak pada tanah itu atau sebab Najib tidak patriotik.

Hilang kedaulatan jauh lagi lah.

Najib sayangkan negara ini lebih dari yang kita semua sangka pun sehingga begitu banyak masa dihabis untuk membangunkan negara dan membawa pelaburan untuk kesenangan rakyat sepanjang 2016 tapi hanya 10 hari sahaja diambil bercuti dengan keluarga.  Nak kata beliau tak patriotik macam mana?

Itupun bercuti dalam planet bumi, bukan ke planet lain yang kecohnya macam nak runtuh langit.






Satu Komen to Mahathir Nak Cuba Kata Najib Tak Patriotik Pulak Ke?

  1. Perlis News says:

    […] via Mahathir Nak Cuba Kata Najib Tak Patriotik Pulak Ke? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply