Menu Utama

Lim Kit Siang, samanlah saya bukan media

Samanlah saya – Tunku Abdul Aziz

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mempersoalkan tin­dakan Lim Kit Siang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia dan akhbar terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd. (NSTP) yang melaporkan isu pakatan sulit antara Penasihat DAP itu dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, tindakan berke­naan jelas menunjukkan Ahli Par­limen Gelang Patah itu tidak berani tampil ke hadapan malah sudah kehabisan modal kerana tidak mengemukakan saman terhadapnya yang mendedahkan isu tersebut.

“Apa guna nak saman Utusan dan NSTP, kalau nak saman, samanlah saya sebab saya yang kata (mendedahkan isu pakatan sulit). Ini menembak pihak yang menyam­paikan mesej, buat apa? Jelas sekali Kit Siang sudah bangkrap idea dan bermotif politik, saman sana sini, membuat ancaman kepada pihak lain pula, inilah style (cara) DAP sebenar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam sidang akhbar semalam, Kit Siang mengarahkan peguam­nya mengambil tindakan undang-undang ke atas media arus perdana itu tanpa berbuat demi­kian kepada Tunku Abdul Aziz walaupun laporan yang disiarkan di akhbar-akhbar tersebut adalah memetik Tunku Abdul Aziz sebagai sumber.

Tunku Abdul Aziz berkata, tindakan Kit Siang itu seolah-olah mengiyakan segala dakwaan terhadapnya kerana sehingga kini beliau masih gagal membuat akuan bersumpah bagi menafikan beliau ingin menjadi Timbalan Perdana Menteri.

“Samanlah saya selepas mem­buat akuan bersumpah itu ka­lau dakwaan saya ini tidak betul,” katanya yang berjanji untuk membantu Utusan dan NSTP sekiranya kes saman fitnah yang bakal dikemukakan peguam Kit Siang itu dibawa ke mahkamah.

Sebelum ini, Tunku Abdul Aziz mendakwa wujud pakatan sulit antara kedua-dua pemimpin pembangkang itu berhubung sia­pa yang bakal menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri jika pakatan pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dakwa Tunku Abdul Aziz, tan­pa pengetahuan parti sekutu lain terutama PKR, kedua-dua pe­mimpin itu membuat perjanjian rahsia melantik Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri manakala Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Utusan






Satu Komen to Lim Kit Siang, samanlah saya bukan media

  1. Perlis News says:

    […] via Lim Kit Siang, samanlah saya bukan media — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome