Menu Utama

Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

Rakyat Sarawak dikejutkan dengan berita sedih hari ini, apabila kehilangan pemimpin paling disayangi, Tan Sri Adenan Satem.

Ketua Menteri Sarawak kelima itu dilaporkan menghembus nafas terakhir pada pukul 1.20 petang di Institut Jantung Negara (IJN), Hospital Umum Sarawak di Kota Samarahan dekat sini.
Walau bagaimanapun, tiada pengesahan rasmi mengenai kematiannya dikeluarkan oleh wakil dari Pejabat Ketua Menteri setakat ini.

Namun, seorang pegawai dari Unit Protokol di pejabat berkenaan mengesahkan berita kehilangan pemimpin berusia 72 tahun tersebut dan kenyataan rasmi mengenainya akan dimaklumkan nanti.

Sementara itu, Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri, Ambrose Cheng memberitahu, pengumuman tentang pemergian Adenan akan dibuat oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg dalam sidang akhbar di Wisma Bapa Malaysia, di sini pada pukul 3.30 petang ini.

Adenan yang bakal menyambut hari kelahirannya yang ke-73 pada 27 Januari ini meninggalkan isteri, Puan Sri Jamilah Anu dan lima anak.

Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Tan Sri Adenan Satem berikutan pemergian Ketua Menteri Sarawak tersebut.

Perdana Menteri juga akan bertolak ke Sarawak untuk menziarahi jenazah Allahyarham.
“Jasa Allahyarham kepada negeri dan rakyat Sarawak amat besar dan Malaysia telah kehilangan seorang pemimpin berwibawa.

“Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah,” katanya dalam catatan melalui laman Facebook beliau hari ini.

Utusan






Satu Komen to Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia

  1. Perlis News says:

    […] via Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome