Menu Utama

Kenyataan rasmi DSIS Mengenai Penggantungan TSAM Sebagai Pengerusi Mara oleh BoD Mara

Mesyuarat Khas Majlis Mara yang dilangsungkan hari ini berikutan permohonan kesemua Ahli Majlis Mara & ditandatangani oleh semua Ahli Majlis Mara termasuk wakil kerajaan.

Difahamkan mesyuarat bertujuan untuk melantik Jawarankuasa Audit Dalaman bagi menyiasat isu yang berkaitan dgn tajaan UNIKL dan Pelaburan Mara Berhad serta beberapa isu lain yg diviralkan dalam
media sosial.

Siasatan tersebut bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Mara

Saya dimaklumkan mesyuarat diwakili oleh semua ahli termasuk wakil MoF & EPU.

Pengerusi Mara, TS Anuar Musa tidak dijemput hadir kerana kerana mesyuarat berkaitan dengan beliau.

Malah, beliau tidak dipanggil memberi penjelasan kerana mesyuarat berpendapat adalah wajar beliau memberi penjelasan kepasa JK Audit nanti.

Tindakan penggantungan sementara dibuat berdasarkan beliau sedang disiasat oleh JK Audit dan sebagai Pengerusi, bimbang akan mempengaruhi siasatan.

Penggantungan beliau adalah sementara menunggu siasatan Jk Audit Dalaman selesai.

Saya dimaklumkan oleh Penasihat Undang-undang Mara bahawa Majlis Mara berkuasa penuh dalam keputusan menggantung, sementara menunggu siasatan juruaudit dalaman diselesaikan.

Ini kerana ia tidak melibatkan pelantikan dan pemberhentian yang memerlukan kuasa Menteri dengan persetujuan Perdana Menteri.

Ianya merupakan prosedur biasa di dalam satu-satu siasatan, untuk yang disiasat digantung tugas sementara.

Saya menghormati keputusan Majlis Mesyuarat Mara yang ingin menyelesaikan isu yg membabitkan Mara dan anak syarikat mereka secara tuntas.

Cuma saya minta supaya siasatan dalaman ini dapat diselesaikan dgn segera.

DS Ismail Sabri






Satu Komen to Kenyataan rasmi DSIS Mengenai Penggantungan TSAM Sebagai Pengerusi Mara oleh BoD Mara

  1. Perlis News says:

    […] via Kenyataan rasmi DSIS Mengenai Penggantungan TSAM Sebagai Pengerusi Mara oleh BoD Mara — MYKMU.NET […]

Leave a Reply