Menu Utama

Kad Komuter Link Dijual Dengan Harga RM2 Mulai Esok Selama Sebulan – KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) melalui perkhidmatan KTM Komuter akan menjual kad Komuter Link bagi dewasa dengan harga RM2 berbanding harga asal RM10 mulai esok hingga 5 Feb.

Menurut kenyataan KTMB hari ini, ia bertujuan menggalakkan orang ramai terutama pengguna KTM Komuter menggunakan kad berkenaan sebagai pilihan utama untuk membayar tambang perjalanan.

“Pengguna kad Komuter Link dapat membuat penjimatan perbelanjaan kerana mereka boleh menikmati diskaun dengan harga tambang sehingga 20 peratus bagi setiap transaksi perjalanan,” kata Pengurus Besar Perkhidmatan KTM Komuter Azshidah Shah Shahari…..

Bernama






Leave a Reply