Menu Utama

Jangan ambil mudah dosa-dosa mengumpat mengadu domba dan fitnah.

Oleh Kang Nasir

Kami alu-alukan pertukaran Isa Samad digantikan dengan Shahril Samad dengan harapan tiada lagi syaitan-syaitan yang berlumba-lumba mencipta fitnah mengajak ibu bapa kami supaya kufur. Oleh itu, berhentilah dari mengajak ibu bapa kami dan anak-anak Gen-2 felda agar ikut kamu kufur dengan menghasut mengadu domba mengumpat mencaci memfitnah mencela sehingga segala dosa-dosa itu dikongsikan menjadikanya dosa yang berantai.

Dalam situasai yang dihadapi ketika ini.
Anggap saja perumpamaan bapak korang ada 10 lot tanah dan korang diamanahkan untuk mengurus takbir setiap lot dengan bahagian masing-masing. Salah sorang telah berjaya sebahagian kalian dengki lalu jatuh keuntunganya lalu selebihnya tidak membawa pulangan modal malah sebat duit bapak. Salah bapak atau salah yang mengurus penjawat yang diamanahkan dan dipertanggung jawabkan? Begitulah dengan kemelut perniagaan yang sering dihadapi sejak dari dulu seperti perwaja, sekarang Felda dan 1MDB. Semua mata rakyat dan peneroka tertumpu pada PM Najib angkara terpedaya dengan hasutan dan fitnah2, sehingga ramai yg berlumba2 mencaci mencela memfitnah menghina kononya beliau (PM) pencuri perompak penyamun zalim dll. Andai saja semua dakwaan itu FITNAH berapa ramai yang akan mohon maaf kepada beliau. Kerana Allah tidak akan ampunkan dosa kalian yang mengumpat memfitnah mencela PM selagi beliau PM Najib dan rosmah tak memaafkan. Sedangkan dalam waktu sama Allah ampunkan dosa-dosa mereka (PM) setelah mereka iaitu PM Najib & Rosmah bertaubat. Jadi, Sendiri mau ingat.

Jangan pandang remeh dosa sesama manusia khususnya mengumpat..
Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud:
“Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat”.
(Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Dalam Hadis yang lain, Rasulullah saw mengingatkan kesan dari dosa-dosa kesalahan kita terhadap orang lain. Iaitu MUFLIS diakhirat.

Rasulullah saw. bersabda, “Orang yang bangkrut dari umatku adalah orang yang pada hari Kiamat datang membawa amalan shalatnya, puasanya, dan zakatnya. Pada saat yang sama, ia juga membawa dosa mencaci si fulan, membunuh si fulan, memakan harta si fulan. Pahala kebaikan-kebaikannya lalu diambil untuk diberikan kepada si fulan, si fulan, dan si fulan. Apabila kebaikannya habis sebelum dosanya tertebus, akan diambilkan dari kesalahan orang-orang yang terzalimi itu untuk ditimpakan kepadanya lalu ia dimasukkan ke dalam neraka.”
(HR Muslim).



« (Previous News)



Satu Komen to Jangan ambil mudah dosa-dosa mengumpat mengadu domba dan fitnah.

  1. Perlis News says:

    […] via Jangan ambil mudah dosa-dosa mengumpat mengadu domba dan fitnah. — MYKMU.NET […]

Leave a Reply