Menu Utama

Haji Mabrur: Kenapa Tiada Seorang Pun Ulama Sokong ‘Fatwa’ Mahathir, Tidak Pelikkah?

AGAK pelik bila tafsiran mengenai hukum hakam agama yang begitu besar dibuat oleh seorang yang nampak ‘besar’ juga, tidak mendapat sokongan ulama ulama besar Islam yang lain. Seperti dakwaan Yayasan 1MDB menaja beribu-ribu orang dari negara ini menunaikan ibadah haji setiap tahun yang kononnya tidak mabrur oleh Mahathir ini, siapa ulama yang dah sokong ‘fatwa’ itu sekarang?

Kalau dikatakan Mufti itu cakapnya tidak boleh dipakai kerana kerajaan bayar gaji, bagaimana dengan cendekiawan Islam lain yang jumlahnya beribu-ribu di Malaysia dan dunia, takkan seorang daripada mereka ini pun tidak tampil menyokong ‘fatwa’ Mahathir?

Kalau Mahathir kata haji tidak sah, itu mungkinlah sebab kerja haji ini ada rukun dan wajib haji yang wajib diikuti atau ibadah itu menjadi tidak sah, perlu membayar dam dan sebagainya – itupun Mahathir kena tahu dengan pasti siapa yang terlibat tu, bukan boleh ikut sedap tuduh sana sini.

Sekarang ini persoalan haji mabrur.  Waima Mahathir sendiri pun tidak boleh mengesahkan ibadah hajinya sendiri mabrur atau tidak, lagi nak cakap pasal kemabruran ibadah haji orang lain macam mana?  Tak tahulah kalau selepas ini Mahathir berani mengisytiharkan bahawa ibadah hajinya sebelum ini sah mabrur!!

Tunggu jugak bila nak buat pengisytiharan tu, nak jugak tanya kriteria apa dia guna dan sandaran hukum yang mana dia ikut?  Orang buat haji ni, laksanakan semua rukun dan wajib haji terlebih dahulu, kemudian berdoa semoga ibadahnya diterima Allah swt sebagai haji yang mabrur.  Prosesnya macam itu dan tidak ada yang lain dari itu.

Maka tidak hairanlah kenapa sehingga setakat artikel ini ditulis, tidak seorang ulama Islam (yang kategori muktabar apatah lagi), muncul untuk mempertahankan fatwa Mahathir.  Yang ada, hanyalah penyokongnya sendiri yang mana tak boleh dipakai langsung cakap puak-puak ini satu sen pun kerana tidak ada fakta dan sandaran agama sama sekali melainkan atas faktor ketaksuban mereka semata-mata.

Sebaliknya yang menyanggah itu pulak lagi ramai, lepas sorang, sorang menyanggah ‘fatwa’ Mahathir.  Tak terfikirkah kenapa jadi begini?

Penulis melihat, perkara ini dibangkitkan kerana Mahathir mahu skip bab pembuktian 1MDB ini mencuri duit rakyat.  Nak tuduh curi duit ini kena ada saksi dan bukti, bila dan dimana kecurian itu berlaku dan sebagainya.  Mahathir hanya ada teori, dia tidak ada bukti tapi mahu main persepsi bahawa sememangnya sudah sah 1MDB ini mencuri wang rakyat dan kerana itu, semua yang dihantar 1MDB pergi menunaikan ibadah haji ini, tidak mabrur.

Mahathir tak mahu rakyat bertanya tentang pembuktian ini atau dia tidak boleh jawab.  Sebab itu dibangkitkan benda-benda yang dia sendiri pun tahu  tak bukan kuasa dia untuk menilai.  Rakyat hanya perlu tahu bab ini sahaja, cukup dah untuk nampak agendanya.






5 Komen to Haji Mabrur: Kenapa Tiada Seorang Pun Ulama Sokong ‘Fatwa’ Mahathir, Tidak Pelikkah?

  1. Perlis News says:

    […] via Haji Mabrur: Kenapa Tiada Seorang Pun Ulama Sokong ‘Fatwa’ Mahathir, Tidak Pelikkah? — MYKMU.N… […]

  2. Memang Baik says:

    Hendak berpolitik, berpolitiklah kerana politik memang perlu untuk negara, bangsa malah agama. Arwah Nik Aziz sendiri pernah katakan semasa hayatnya bahawa politik berasal dari zaman nabi lagi. Rasul juga berpolitik. Itu pendapat Arwah NA. Bagaimana cara baginda berpolitik tidak pulak pernah kita diberi pencerahan.

    M hidupnya dengan politik. Dari muda sampai ketua M main politik. Mula2 M main politik. Lepas itu M kerja politik. Sekarang lepas pencen M main politik semula kerana M tak ada jawatan untuk kerja politik.

    Apa yang kita nampak M main politik bahaya. Politik yang meruntuhkan, menjahanamkan dan tidak memberi sedikit pun kemajuan serta menafaat barang setengah sen untuk sesiapa. M membuat kita berdosa bersama dia yang berdosa. Mengutuk, mengeji adlah kerja berdosa. Dosa kita tangguh sendiri walau kerana M lah kita berdosa. Ini kerana dosa tidah boleh dipindah milik.

    Wallahualam.

  3. esamanja says:

    Bagus juga dia viralkan isu ini biar semua org tahu 1MDB menaja orang pergi haji, lepas ni viralkan 1MDB juga menyumbang kepada pembinaan masjid masjid. Mesjid Kg Baru aje dapat RM20J. (Betulkan jika silap).

  4. Pemerhati says:

    betul tu, 1MDB menyumbang RM20 juta untuk pembinaan semula Masjid Jamek Kg Baru

  5. mono_rindo@yahoo.com says:

    Apa yang hendak disebok-sebokkan perihalan Haji Mabrul atau Haji Tak Mabrul……apa yang penting laksanakan semua hal kebaikan di dunia sudah pasti kita akan dapat ganjaran yang setimpal seperti membantu kepada yang memerlukan,tidak lakukan zina,riba,mengambil bahan yang memabukkan dll. Penunaian Haji & Puasa adalah satu latihan kejiwaan ke arah ketaqwaan. Kedua-dua amalan ini tidak membawa kita ke syurga…..tetapi amalan kebaikan yang akan diaudit pada hari penghakiman di padang mahsyar kelak. Oleh sebab itulah Allah perentahkan UmmatNYA supaya melakuan KEBAIKAN & jauhi KEBURUKAN.

Leave a Reply

Threesome