Menu Utama

EXCO Menipu Acara Mercun Beratus Ribu Tiada Dalam Agenda Sambutan

Kenyataan Exco Selangor Ean Yong Hian Wah bahawa MPK tidak pernah meluluskan pertunjukan bunga api dalam program Fiesta Gegar Klang 2016, yang mencederakan 14 orang penonton, adalah satu pembohongan untuk selamatkan kerajaan negeri sahaja.

Ean dipetik Malaysiakini.com sebagai berkata, “MPK tidak pernah meluluskan pertunjukan bunga api dalam program Fiesta Gegar Klang 2016 dan ia bukan salah satu komponen atau pertunjukan dalam program rasmi.”

Pertamannya, kenyataan awal Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohamad Yasid Bidin pada 1 Januari lalu menyatakan, “Kita tidak memohon permit kerana dalam jawatankuasa penganjuran Fiesta Gegar Klang ini, pihak polis terlibat sekali, sepatutnya perkara seperti ini (soal permit) perlu dimaklumkan awal oleh pihak mereka, malah ketika berlangsung pertunjukan sambutan Tahun Baharu itu, mereka (polis) mele­takkan anggota untuk berkawal. Mereka boleh melarang pihak penganjur meneruskan acara tersebut jika tidak ada permit.”

Jadi macam mana Ean Yong Hian boleh mendakwa ia tiada dalam agenda MPK? Kenyataan YDP MPK jelas menunjukkan beliau tahu acara tersebut akan dijalankan dan menyalahkan pihak polis kerana tidak menasihati mereka supaya memohon permit.

Kedua, mustahil program letupan bunga api yang mencecah ratusan ribu ringgit itu tiada dalam agenda pengajur. Siapa akan bayar kos bunga api jika ia bukan acara yang dibiayai oleh penganjur dan MPK?

Exco Selangor sepatutnya memikul tanggungjawab mengakui kecuaian beliau dan MPK dalam mengadakan sambutan tahun baru tanpa mengikut prosedur undang-undang yang betul sehingga mengakibatkan kecederaan penonton.-MYKMU.NET






Satu Komen to EXCO Menipu Acara Mercun Beratus Ribu Tiada Dalam Agenda Sambutan

  1. […] via EXCO Menipu Acara Mercun Beratus Ribu Tiada Dalam Agenda Sambutan — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome