Menu Utama

Dato Bahri menafikan bersara awal kerana kecewa

SIARAN MEDIA
MENGENAI PERSARAAN DATO’ BAHRI

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ingin mengesahkan bahawa Dato’ Bahri Mohammad Zin telah memohon kepada kerajaan untuk persaraan pilihan atas kehendaknya sendiri enam bulan yang lalu.

Permohonan yang dibuat itu selari dengan peraturan Jabatan Perkhidmatan Awam yang mana seseorang pegawai kerajaan yang ingin bersara awal perlu membuat permohonan sekurang-kurang enam bulan sebelum tarikh persaraan.

Berhubung kenyataan di sebuah portal media hari ini bahawa Dato’ Bahri memilih bersara awal kerana kecewa kes siasatan SRC International (SRC) tidak boleh dibawa ke mahkamah, SPRM telah menghubungi beliau dan Dato’ Bahri menafikan mengeluarkan kenyataan sedemikian kepada portal tersebut.

Beliau yang memegang jawatan Pengarah Bahagian Operasi Khas sejak 16 Jun
2014 telah bersara berkuat kuasa 30 Disember 2016.

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA
PUTRAJAYA
3 JANUARI 2017






2 Komen to Dato Bahri menafikan bersara awal kerana kecewa

  1. […] via Dato Bahri menafikan bersara awal kerana kecewa — MYKMU.NET […]

  2. Baraq says:

    Dato Bahri ada kes salah guna kuasa, perebutan harta pihak isteri keduannya , iaitu kakak ipar dia ada harta peninggalan arwah suami dia..Bahri menghantar org dari SPRM, tuk menyita dokumen2 berkaitan syarikat suami kakak ipar dia, kakak ipar dia buat laporan polis. Bahri buat ugutan pada polis, jgn ambil tidakan pada dia, kalau tk, habis di siasat semua polis di balai tu. Dia berlagak suci, konon sedih dan kecewa kes siasatan SRC berkaitan 1MDB, tidak dapat di bawa ke mahkamah. Ini org pemakan dedak mahathir juga. Sekarang kau dah bersara dan kuasa dah tkda, harap pihak polis boleh buka kertas siasatan bersabit polis report yg di buat oleh kakak ipar nya.

Leave a Reply