Menu Utama

DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER?

*Kenyataan Media Datuk Huan Cheng Guan*

*_(Untuk Siaran Segera)_*
_6hb Januari 2017_

*DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER?*

Kenyataan berbaur perkauman oleh bekas pemimpin DAP Hew Kuan Yau memperlekehkan sumbangan kemanusiaan daripada kaum Cina, samada barangan sumbangan tersebut memerlukan sijil halal ataupun tidak, sudah memperlihatkan separas mana IQ otaknya.

Adakah persoalan dibangkitkan Kuan Yau ini sengaja untuk menyakitkan hati mangsa-mangsa banjir di Pantai Timur terutama di negeri Kelantan? Apa yang beliau cuba buktikan sehingga terlalu dangkal fikirannya?

Umum mengetahui, kebiasaannya barangan atau makanan yang hendak disumbangkan kepada mangsa banjir adalah dalam kategori umum iaitu boleh serta sesuai digunakan dan dimakan oleh sesiapa saja tanpa mengira fahaman agama atau lebih mudah difahami, ianya mesti halal.

Secara peribadi saya mengecam kenyataan tidak berilmu daripada Kuan Yau. Tak perlu keluarkan kenyataan yang boleh dianggap menghina sebegini. Sekurang-kurangnya hormat keadaan mangsa yang amat memerlukan sokongan rakyat Malaysia untuk meneruskan hari-hari mendatang. Seperkara yang perlu diingat bahawa mangsa-mangsa banjir bukan saja terdiri daripada bangsa Melayu tetapi pelbagai latar belakang kaum dan keturunan.

Kuan Yau perlu simpan sedikit sifat kebodohannya daripada kenyataan – kenyataan seperti hari ini. Apa yang perlu diketahui oleh beliau adalah – rakyat negeri tersebut, Kerajaan Persekutuan, NGO-NGO dan banyak pihak lagi masih boleh membantu mangsa-mangsa banjir di sana tanpa bantuan daripada DAP.

*DATUK HUAN CHENG GUAN*
_Naib Presiden_
_Parti Cinta Malaysia_

*Via FB: Huan Penang Lang. Click link to view post.*
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210599801143054&id=1587733405






Satu Komen to DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER?

  1. Perlis News says:

    […] via DAP MAHU BAGI BABI KEPADA MANGSA BANJIR KER? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome