Menu Utama

Dakwaan tidak bersandar kajian teliti – Mahdzir

Kenyataan seorang profesor daripada Universiti Harvard di Amerika Syarikat, yang memperkecilkan sistem pendidikan negara tidak dilakukan berdasarkan kajian teliti di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata akibatnya kenyataan itu seolah-olah menjadi penghinaan kepada graduan yang dilahirkan universiti tempatan. Beliau berkata penilaian penuh perlu dilakukan sebelum rumusan sebegitu dikeluarkan.

“Saya ingat profesor ini tidak cerdik walaupun datang dari universiti terkemuka, sepatutnya beliau buat penilaian (mengenai kualiti pendidikan di sini), lepas itu baharulah buat kenyataan.

“Sebagai Menteri Pendidikan, saya tahu sistem pendidikan di negara kita mempunyai penilaian sama ada di peringkat tempatan dan antarabangsa, kalau graduan kita diberi pengiktirafan oleh pihak antarabangsa, jadi takkanlah ia tidak standard,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, beliau merasmikan Program Klinik Penyayang Percuma bersama Persatuan Gerak Medical Alor Setar yang disertai lebih 300 penduduk kawasan itu yang berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma.

Mahdzir mengulas kenyataan profesor dari Universiti Harvard, Lant Pritchett, yang menyamakan graduan dihasilkan universiti tempatan sama dengan junior yang berhenti sekolah menengah di negara Denmark, selepas mendakwa kajian dibuat berkenaan tahap literasi di kalangan pelajar Indonesia memperoleh keputusan seperti itu. Pritchett mendakwa kajiannya di Indonesia itu boleh disamakan dengan keadaan pelajar di Malaysia.

BH






2 Komen to Dakwaan tidak bersandar kajian teliti – Mahdzir

  1. Perlis News says:

    […] via Dakwaan tidak bersandar kajian teliti – Mahdzir — MYKMU.NET […]

  2. mono_rindo@yahoo.com says:

    Lant Pritchett bukannya cerdikpun buktinya kalau dia cerdik tidak mungkin dia sanggup membuat perbandingan kanak-kanak yang buta huruf dengan intelektual para cendikiawan…….mana nak sama macam langit denga bumi. Memang bodohlah profesor ini..kalau hendak membanding cubalah buat kajian antara cendikiawan tempatan dengan para ilmuwan eropah barulah dapat temuannya nanti.

    Memanglah tabiat orang eropah sentiasa memandang rendah pada bangsa-bangsa Asia apalagi rumpun Melayu..pada mereka bangsa eropah adalah segala-galanya SUPER….bangsa lain INFER belaka….!!!!

Leave a Reply