Menu Utama

Bunga Sekuntum Lagi Pun Tak Lama Harum

Jika diikuti apa yang berlaku dalam umur setahun jagung, mahu tidak mahu kita perlu akui bahawa parti pribumi telah mencipta pelbagai “kejayaan” sekelip mata, antaranya dipalit skandal dan perang saudara.

Tidak memeranjatkan ketika berhadapan dengan masalah yang berpunca dari mereka sendiri, mereka memilih untuk menyalahkan UMNO. Itu perkara biasa di dalam politik, dan rasanya Presiden UMNO tidak memilih untuk berjumpa mengadu kepada media demi “meratapi” apa yang dilakukan oleh parti serpihan UMNO ke atas bekas induknya.

Apa pun yang berlaku ke atas mereka, semuanya adalah salah UMNO, walhal UMNO tidak sedikit pun terbabit dengan program, apatah lagi mencampuri urusan dan pentadbiran parti.

Mengapa “kejayaan” sekelip mata ini boleh berlaku?

Mungkin itu adalah satu bukti, betapa selama ini UMNO yang dicanangkan oleh mereka sebagai kononnya bermasalah sehingga mereka memilih untuk keluar dan menyertai parti baru itu, namun masalah masih terus menghurungi mereka.

Kala usia belum lagi mencecah waima mummiyiz, parti Mahathir itu telah dilanda pelbagai masalah dek kerana individu-individu yang berada di dalam parti itu sendiri. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika parti itu kini semakin parah, dan terbahagi kepada beberapa kem politik.

Muhyiddin semakin longlai, hanya berdiri kaku ibarat tunggul. Mantan timbalan perdana menteri itu kini seperti hilang arah, dan seolah-olah hanya menanti apa kata Mahathir untuk the next step.  Sedang Muhyiddin mendambakan “kasih sayang” Mahathir, Muhkriz pula mungkin hanya duduk menanti. Ke mana tumpahnya nasi, kalau tidak ke pinggan. Khairuddin, Ainina, adik beradik Osman, semua punya cerita tersendiri. Ezam apatah lagi.

Rahmat untuk UMNO, apabila individu-individu yang meninggalkan parti keramat orang Melayu itu tergolongan di kalangan individu-individu bermasalah, yang ditunggangi nafsu. Resmi bunga sekuntum, harumnya tidak lama.

Ke mana sahaja mereka pergi, masalah akan sentiasa bersamanya. Mereka dan masalah berpisah tiada.

Bersama selamanya.






Leave a Reply

Threesome