Menu Utama

Bantuan persekolahan RM3.059 bilion tahun ini – Mahdzir

Kementerian Pendidikan menyediakan 19 bantuan untuk pelajar tahun ini dengan nilai peruntukkan RM3.059 bilion, berbanding RM2.064 bilion pada tahun lepas.

Bantuan itu dikelaskan kepada empat kategori, iaitu Bantuan Persekolahan Umum (B.63), Bantuan Persekolahan Khusus (B.63), Bantuan Persekolahan Khusus (B.12) dan Bantuan Persekolahan One-Off (B.11)

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata antara bantuan persekolahan berkenaan adalah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Program Susu 1Malaysia, Elaun Murid Berkeperluan Khas (EMK), biasiswa sukan, bantuan seragam beruniform dan Biasiswa Kecil Persekutuan.

Ia termasuk bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM), Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia dan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M).

“Bantuan persekolahan untuk murid tahun 2017 yang perlu diketahui oleh masyarakat. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan cabaran ibu bapa dalam perbelanjaan persekolahan anak-anak,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Berita Harian






Satu Komen to Bantuan persekolahan RM3.059 bilion tahun ini – Mahdzir

  1. Perlis News says:

    […] via Bantuan persekolahan RM3.059 bilion tahun ini – Mahdzir — MYKMU.NET […]

Leave a Reply