Menu Utama

Abang Johari Bakal Ketua Menteri Sarawak?

DALAM kesedihan rakyat Sarawak berkabung atas pemergian Allahyarham Tan Sri Adenan Satem menemui Penciptanya pada jam 1.20 tengah hari semalam di Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak beberapa analisis serta spekulasi berhubung pengganti beliau mula berlegar-legar di media sosial.

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Abang Johari Openg (Abang Jo) disebut-sebut sebagai calon yang paling layak sebagai Ketua Menteri memandangkan “team” beliau telah mendapat kemenangan besar semasa pemilihan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang lalu.

“Team” Naib Yang Dipertua Kanan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pula ramai yang kecundang dalam pemilihan tersebut. Keberangkalian Awang Tengah untuk menjadi Ketua Menteri Sarawak dikatakan amat tipis.

Ini merupakan alasan yang kukuh untuk Abang Jo dilantik sebagai Ketua Menteri selain daripada kedudukannya sebagai Timbalan Presiden parti. Tambahan pula beliau juga merupakan Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Semasa pentadbiran allahyarham Adenan, Abang Johari ialah orang kanannya. Malah Adenan tanpa berselindung telah menunjukan bahawa beliau suka sekiranya Abang Johari menjadi penganti beliau. Sebelum ini juga Abang Jo telah lama diramal sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum Adenan dipilih ke jawatan itu secara mengejut pada Februari 2014.

Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud  sebagai yang di-pertua negeri dilihat mempunyai kata pemutus berkenaan siapa yang bakal dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak kelak. Datuk Awang Tengah Ali Hassan yang merupakan anak didik Taib Mahmud  mungkin berada dalam senarai. Awang Tengah dikatakan telah ditawarkan jawatan itu pada 2014 tetapi menolaknya, sehingga membuatkan Taib memilih Adenan.

Ramai penganalisis politik berpendapat bahawa pelantikan seorang naib presiden kanan PBB sebagai ketua menteri boleh memecahbelahkan parti memandangkan Abang Johari dikatakan menjadi pilihan ramai pihak.

Nampaknya isu ini akanmenjadi topik hangat dikalangan rakyat Sarawak dan juga penganalisis tanahair. Namun kita percaya bahawa siapa sahaja yang akan dipilih sebagai Ketua Menteri Sarawak kelak akan mendukung visi dan misi negara untuk menjaga kesejahteraan dan kemakmuran rakyat.






Satu Komen to Abang Johari Bakal Ketua Menteri Sarawak?

  1. Perlis News says:

    […] via Abang Johari Bakal Ketua Menteri Sarawak? — MYKMU.NET […]

Leave a Reply

Threesome