Menu Utama

Monday, January 9th, 2017

 

Mengharamkan Yang Halal

Berusia lebih dari 90 tahun tidak menandakan seseorang itu betul semua. Walau usia 1,000 tahun sekali pun, ia tidak membawa maksud seseorang itu tahu segalanya. Dan penulis pasti, ramai yang ingat tentang nasyid lama, ‘sepohon kayu daunnya rimbun’, bukan? Namun mungkin sudah terbiasa selama 22 merasakan dirinya semua betul, faham dan ‘maha’ dalam segala-galanya, maka dia pun bercakap dan menulis semahunya, seolah-olah dialah yang paling tahu dan betul semua. Terbaru, dia menulis lagi. Katanya, kalau baca bismillah sekali pun, daging yang haram masih haram dimakan. Dia fikir fatwanya tepat? TapiBaca Lagi


Pas tidak akan bekerjasama dengan Mahathir, dengan PPBM ok.

Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah dilaporkan berkata bahawa Pas sama sekali tidak akan menjalin kerjasama denga Dr Mahathir tetapi dalam masa yang sama berkata mungkin bekerjasama dengan PPBM. Logik apakah yang digunakan oleh Naib Presiden Pas ini? Bukankah PPBM itu milik Mahathir? Tidakkah pelik nanti bila Dap berkata mereka akan bekerjasama dengan Pas tetapi bukan dengan Hadi Awang? Sekali pun kita berpolitik tapi biarlah berprinsip. PPBM adalah parti Mahathir dan sudah tentu akan mengikut kehendak Mahathir dalam apa jua keputusannya pun. Elok Mohd Amar hentikan membuat kenyataan yangBaca Lagi


Selangkah Kehadapan: Strategi DAP Ke Atas PKR

Bila bercerita tentang DAP, ia adalah mahkluk pelbagai alam, yang mampu menjelma pelbagai rupa, serta mengasimilasikan dirinya untuk berubah-berubah mengikut situasi semasa. Setiap jelmaannya, bersebab, bukan tidak sengaja, apatah lagi ikhlas. Oleh yang demikian, mahkluk ini sering mencari jalan untuk mengungguli, dan menguasai yang lain. Resmi kiasu, begitulah. Tindakan melantik Saifuddin Nasution sebagai Penasihat Strategik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang juga dilihat bermotif politik. Abaikanlah jika ada yang berhujah kononnya ia untuk membantu kerajaan negeri Pulau Pinang. Apa tidaknya, sedang penggal sudah hendak tamat, tiba-tiba muncul pula jawatan baru. KenapaBaca Lagi


Mahathir Nak Cuba Kata Najib Tak Patriotik Pulak Ke?

Najib sayangkan negara ini lebih dari yang kita semua sangka pun sehingga begitu banyak masa dihabis untuk membangunkan negara dan membawa pelaburan untuk kesenangan rakyat sepanjang 2016 tapi hanya 10 hari sahaja diambil bercuti dengan keluarga. Nak kata beliau tak patriotik macam mana?


PEMIMPIN PPBM KAYA RAYA , AHLI BAWAHAN MENGEMIS SUMBANGAN

Parti Malang Pribumi Bersatu boleh diandaikan sebagai sudah jatuh di timpa tangga. Malah boleh juga diandaikan seperti pepatah Inggeris “from the frying pan to the fire” kerana keadaan mereka semakin bertambah teruk. Kenapa bertambah teruk? Ketika ketua Armada merangkap juara debat mengisytiharkan keanggotaan ahli Armada yang mewakili setiap negeri persoalan juga timbul, adakah mereka hanya mewakili diri sendiri sahaja kerana keahlian PPBM tidak mendapat sokongan rakyat. Bukan itu sahaja , struktur keahlian juga carca marba kerana ketika borang keahlian disebarkan , PPBM belum ada badan perhubungan negeri. Namun masalah iniBaca Lagi


Fokuskan Tahun 2017 Sebagai Tahun Penyampaian – Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perkhidmatan awam memfokuskan 2017 sebagai tahun penyampaian untuk kesejahteraan dan kebajikan rakyat. Beliau berkata ini bermakna warga perkhidmatan awam mesti melaksanakan projek, program, perkhidmatan dan langkah-langkah yang telah ditentukan untuk rakyat dan negara. “Ini mesti kita jadikan sebagai bidang keutamaan kita. Fokus kita tahun ini – delivery, delivery and delivery (penyampaian, penyampaian dan penyampaian). “Kalau kita ingatkan perkara itu, maka masing-masing akan memainkan peranan. Yang jaga projek, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), keselamatan, banjir main peranan,” katanya dalam perhimpunan bulanan Jabatan Perdana MenteriBaca Lagi


Mufti kesal sikap 
Dr. Mahathir

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak sepatutnya memburuk-burukkan golongan ulama termasuk mufti dengan melemparkan tu­duhan tidak berasas terhadap mereka. Mufti Pahang, Da­tuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman menegaskan, beliau ti­dak mempunyai sebarang kepentingan politik apabila menyampaikan pandangan se­cara umum yang dibuat berdasarkan fakta untuk diketahui rakyat. Beliau berkata, mufti adalah golongan ulama yang merupakan pewaris nabi dan apa yang disampaikan adalah disebut oleh Rasulullah SAW. “Apa yang saya sampaikan sebelum ini adalah untuk pengetahuan masyarakat umum dan tidak menyerang peribadi sesiapa termasuk Dr. Mahathir. Saya hanya sampaikan apaBaca Lagi