Menu Utama

January, 2017

 

Usul Atau Terus Hukum Gantung Annuar Musa Dari Jawatan Pengerusi Mara

RAKYAT keliru dengan situasi terbaru Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang seolah-olah wujud beberapa tangan ghaib. Buat masa ini, beberapa pihak dilihat cuba “lepas tangan” manakala beberapa pihak lain pula seolah-olah telah menjatuhkan hukum sehingga kita makin keliru antara perkataan usul dengan hukuman. Pagi tadi mesyuarat pegawai atasan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dikatakan membuat cadangan supaya pengerusi agensi kerajaan itu, Tan Sri Annuar Musa, digantung tugas. Namun berita yang tersebar mengatakan bahawa Annuar Musa digantung tugas berkuatkuasa serta merta. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula menegaskan bahawa beliau tidak terlibat dalam mesyuarat tersebut sedangkan MARABaca Lagi


Kenyataan rasmi DSIS Mengenai Penggantungan TSAM Sebagai Pengerusi Mara oleh BoD Mara

Mesyuarat Khas Majlis Mara yang dilangsungkan hari ini berikutan permohonan kesemua Ahli Majlis Mara & ditandatangani oleh semua Ahli Majlis Mara termasuk wakil kerajaan. Difahamkan mesyuarat bertujuan untuk melantik Jawarankuasa Audit Dalaman bagi menyiasat isu yang berkaitan dgn tajaan UNIKL dan Pelaburan Mara Berhad serta beberapa isu lain yg diviralkan dalam media sosial. Siasatan tersebut bagi mengembalikan keyakinan rakyat kepada Mara Saya dimaklumkan mesyuarat diwakili oleh semua ahli termasuk wakil MoF & EPU. Pengerusi Mara, TS Anuar Musa tidak dijemput hadir kerana kerana mesyuarat berkaitan dengan beliau. Malah, beliau tidakBaca Lagi


Pembangkang Tuduh Pilihanraya Tak Bebas Tapi 50 Parti Bakal Tanding PRU-14

Tahukah anda, pada pilihan raya umum (PRU) ke-14 ini, kira-kira 50 parti bakal bertanding? Mungkin ada yang tidak menyedari mengenainya kerana selama ini hanya Barisan Nasional (BN) dan parti gabungan pakatan pembangkang sahaja yang banyak diperkatakan di media massa dan media sosial. Tetapi itulah hakikatnya, 50 parti yang akan bertanding dan jumlah yang besar itu membuktikan bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, di mana parti-parti bebas untuk mengemukakan calon dan mengambil bahagian dalam PRU. Selain BN dengan UMNO dan 13 parti komponennya, antara parti lain adalah DAP, Parti Keadilan RakyatBaca Lagi


Annuar Musa berlapang dada

ANNUAR Musa menerusi laman Facebooknya menerima keputusan Ahli Mara yang menggantung jawatannya sebagai Pengerusi badan itu dengan berlapang dada biarpun tidak pernah dipanggil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit. – UTUSAN ONLINE KOTA BHARU 31 Jan. – Tan Sri Annuar Musa menerima keputusan Ahli Majlis Amanah Rakyat (Mara) yang menggantung jawatannya sebagai Pengerusi badan itu dengan berlapang dada biarpun tidak pernah dipanggil memberi penjelasan mengenai isu yang berbangkit. Serentak dengan itu, beliau yang kini berada di New Zealand membatalkan semua program rasminya sebagai Pengerusi Mara di negara tersebut dan akanBaca Lagi


Asal Sokong Pakatan, Lesap Duit Billion-Billion Pun Boleh ‘Kawtim’

  PAPARAN di atas diambil pada tahun 2012 – kira kira 5 tahun yang dulu.  Keadaannya sekarang sudah tentulah berbeza sebab yang nak ‘disiasat’ ni dah menyokong yang sebelah sana.  Maksudnya kalau mereka jadi kerajaan pun selepas PRU14, Mahathir tak perlu runsing untuk mati dalam penjara kerana kes RM 30 billion wang rakyat yang lesap ni – senang cakapnyalah. Sebab itu dibangkitkan isu ini sekarang untuk rakyat melihat bahawa jangan termakan sangat konon perjuangan Pakatan ini untuk kita semua.  Tidak sama sekali.  Perjuangan Pakatan hanyalah untuk kepentingan mereka dan merekaBaca Lagi


PKR, DAP punca Pakatan Rakyat pecah bukan PAS : Khairuddin

Oleh NUR ASLINDA NASIR 31 JAN : Perpecahan Pakatan Rakyat adalah berpunca daripada DAP dan PKR namun kedua-dua parti itu cuba meletakkan salah kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menutup kesalahan mereka. Menurut Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali tuduhan DAP mengatakan Presiden PAS tidak mengikut prinsip konsensus adalah sebenarnya Lim Kit Siang sendiri yang tidak memahami konsep konsensus dan konsep majoriti. Mengulas lanjut ia bermula sewaktu Hadi menentang usaha menjatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor melalui tuduhan tanpa bukti, bukan bermaknaBaca Lagi


MARA gantung tugas Annuar Musa

Majlis Amanah Rakyat (MARA) hari ini memutuskan menggantung tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi berkuat kuasa serta merta. Keputusan itu dicapai dalam satu mesyuarat tergempar di ibu pejabat MARA, di sini yang dipengerusikan Datuk Dr Yusof Yacob dan Prof Emeritus Datuk Dr Abu Azam Md Yassin. Jawatan beliau sebagai Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) juga digantung berkuat kuasa tarikh sama. Semua tugas Annuar di agensi berkenaan akan dipangku oleh Dr Yusof. Dr Yusof berkata, Annuar sudah dimaklumkan mengenai penggantungan tugasnya dan beliau akur dengan keputusan itu. Awani


Kempen Mesra Alam Ala Elizabeth Wong

Puas menepis segala kritikan, kadang-kadang kita terfikir apa yang menyebabkan Pengerusi Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Elizabeth Wong tetap dengan pendirian untuk menyokong caj 20 sen yang dikenakan kepada pengguna. Yang lebih menghairankan, cadangan yang cukup popular di kalangan rakyat, iaitu penggunaan beg kertas mesra alam sebagai alternatif dipandang sepi pula oleh orang yang bertanggungjawab kononnya menjaga alam sekitar. Apa muslihat di sebalik tindakan tersebut? Enggan memansuhkan terus penggunaan plastik, apakah ada pihak-pihak yang cuba dilindungi oleh Elizabeth? Sudahlah kutipan 20 sen itu masuk terus ke karungBaca Lagi


Kerugian Forex USD10 Bilion Di Zaman Mahathir, Wang Rugi Atau Dicuri?

Pelbagai andaian boleh dibuat terhadap kerugian besar yang dialami Bank Negara Malaysia pada tahun 1993 dalam manipulasi mata wang. Kehilangan secara misteri USD$10 billion( RM44 billion nilai sekarang) pada 1993 itu telah dianggap sebagai kehilangan terbesar dalam mana mana bank di dunia pada waktu itu. “Al fatihah kepada Tan Sri Jaffar Hussein, bekas Gabenor Bank Negara Malaysia yang letak jawatan pada hari April Fool 1994 kerana hendak tutup salah orang lain. Sikit jumlah orang macam ini” berikut adalah catatan twitter Datuk Nur Jazlan Mohamed, Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 30Baca Lagi


Ini baru tipu daya FITNAH kafir laknat belum lagi FITNAH DAJAL?

Oleh Kang Nasir Jika ulama dan ilmuan pun cenderung taat kpd Dajal bagaimana nasib mukmin yang tidak tahu apa2? Lama juga saya menanti kongsian dari sahabat-sahabat penganut agama PAS untuk mempertahankan kebenaran kenyataan oleh Tuan Guru Hj Hadi Awang. Malangnya tiada siapa pun yang mempertahankan kebenaran itu atau para penganut agama suci PAS masih taat setia kepada DEWA SUCI mereka selama ini yang pernah dijulang sebagai Khalifah Umar Abd. Aziz dan pernah dihebohkan akan memeluk agama islam jika kekal memimpin Penang? Apa yang Tuan Guru Hj Hadi Awang itu adalahBaca Lagi