Menu Utama

PAU2016: Mengapa BIRU Di Perhimpunan Agung UMNO?

Berpeluang untuk hadir ke PWTC hari ini, penulis mendapati wujud persoalan mengapa tema untuk tahun ini, terutamanya pada hari perasmian (hari ini) mengenakan baju biru, sekaligus mendatang janggal kepada mereka. Merah dan putih, itulah tema yang sangat sinonim dengan perhimpunan agung UMNO saban tahun, maka tidak hairanlah jika transformasi BIRU telah mendatang persoalan.

Orang Melayu, santunnya melewati sempadan, apatah lagi dalam soal memuliakan tetamu. Jika dilihat pagi tadi, tetamu-tetamu yang hadir merupakan dari kalangan pimpinan parti komponen Barisan Nasional. Mungkin sahaja tema BIRU itu tidak sekadar mengejutkan perwakilan, malah juga tetamu-tetamu yang hadir. Namun kejutan itulah yang menciptakan rasa kebersamaan, sekaligus membuatkan rasa selesa tetamu bertamu di majlis.

Jika diamati, rasa kasih Presiden UMNO kepada Barisan Nasional tidak berbelah bahagi, sungguhpun menerima desakan yang kuat di kalangan orang Melayu sendiri dalam beberapa isu seperti sekolah vernakular, dan pembahagian peruntukan. Beserta hakikat sokongan yang diterima oleh parti komponen terutamanya MIC dan MCA yang merudum pada PRU13, Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional tidak pernah mengenepikan semangat permuafakatan yang selama ini menjadi tunjang kepada kejayaan Barisan Nasional.

Sikap membalas dendam atau pilih kasih kepada hanya satu-satu kaum di dalam pentadbirannya tidak wujud, dengan meletakkan dirinya sebagai perdana menteri kepada rakyat Malaysia, bukan sekadar seorang presiden UMNO semata.

Hari ini, di perhimpunan agung UMNO 2016, UMNO sekali lagi menyambut dengan mesra rakan-rakan komponen, sebagai isyarat bahawa kehadiran mereka sangat dialu-alukan. Adat berkawan, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.






5 Komen to PAU2016: Mengapa BIRU Di Perhimpunan Agung UMNO?

  1. esamanja says:

    Warna kebangsaan negeri Johor ialah biru, UMNO lahir di Istana Besar Johor Bahru. Apa salahnya perhimpunan kali ini bertemakan biru.

  2. Guess says:

    Biru warna ketenangan, keamanan, kelembutan, kesederhanaan dan seumpamanya, biru sinonim dgn org berusia matang dan berpengalaman.
    Tgk lautan dan gunung ganang dari jauh membiru rasa aman, indah, damai dan tenteram.

  3. azmi says:

    Pasal UMNO dah malu pakai baju merah…warna merah telah diambil oleh Jamal Jamban…

  4. Memang Baik says:

    Baju biru itu lah yang mendominasi tahta kepimpinan negara kini hingga seterusnya ditahun tahun tahun tahuuuuuun mendatang . Datang berbagai saiz ombak menggila, ribut serta puting beliung warna itu tetap utuh di situ, tempat mereka selayak nya disitu.

    Mereka jenis species tulin bukan muncul ikut musim . Yang lain muncul mengikut musim dan cuaca. Habis musim lenyap lah mereka. Musim kini musim fitnah. Toleh kiri dengar fitnah, toleh kanan dengar fitnah, dongak atas, tunduk kebawah ternampak fitnah.

    Cipta fitnah bukan murah. Besar belanja. M berbelanja 2B dalam pengolehan fitnah sejak 2014. Bukan duit sendiri tapi hasil biayaan sekutu, kroni dan konco. Maklum lah yang dikejar Nya 100B. Bekerja keras dia demi duit Nya . Digantung dilehernya tag berbunyi berjuang untuk rakyat. Manusia mana dalam usianya berjuang untuk rakyat? tak tau penat ke, tak tahu letih ke kerja untuk orang lain ? Letih tidak terasa jika utk kan tong sendiri….

Leave a Reply

Threesome