Menu Utama

Hikmah Buat UMNO: Yang Buruk Hodoh Semuanya Ke Parti Pribumi

Pemimpin datang dan pergi, yang tinggal hanyalah parti dengan teras perjuangan serta dasar-dasar yang dipercayai terbaik untuk negara.

Namun, sebelum pemergian satu-satu pemimpin, apa yang pernah dilakukan sepanjang pemerintahannya adalah legasi, kalau pun tiada, budaya parti. Bagaimana acuan, begitulah bentuk dan teksturnya.

Kenyataan seorang ahli pimpinan tertinggi parti bunga yang mendakwa sesetengah elemen (negatif) dalam UMNO telah menyelusup masuk ke parti itu jelas membuktikan bahawa pengaruh negatif sangat kuat mencengkam parti setahun jagung itu.

Bagaimana itu boleh terjadi ketika parti itu masih lagi berstatus bayi yang belum mampu menukar kain lampin sendiri?

Samada beliau sedang berhalusinasi atau sengaja membuta tuli, jika benar mahu mencari jawapan hakiki, pandanglah kanan dan kiri. Lihat keberadaannya bersama dengan siapa di saf kepimpinannya.

Golongan kecewa kalah bertanding, pengampu, pentaksub dan pengamal kronisma tahap dewa serta pesakit sindrom gila kuasa semuanya telah berundur dari UMNO dan menyertai parti bunga. Apa yang hendak dihairankan jika parti itu kini terbeban dengan elemen negatif yang didakwa kononnya berasal dari UMNO?

Apatah lagi, jika parti itu dikepalai oleh mantan presiden UMNO berpuluh tahun lamanya, yang bertanggungjawab memberi kepimpinan melalui teladan. Sepanjang berpuluh tahun “teladan” itulah terhasilnya  elemen negatif,  ibarat inti kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussein Onn suatu ketika dahulu berhubung cara berpolitik di dalam UMNO yang sudah berubah sama sekali dibawah “teladan” Mahathir Mohamad.

Kini, dalam usia baru mencecah 3 bulan, parti bunga telah dilanda pelbagai masalah, dari cerita skandal yang memalukan, sehinggalah kisah perebutan tahkta kepimpinan. Itulah bukti apa akan terjadi sekiranya pencetus elemen-elemen negatif berada di kalangan mereka.

Pergilah jauh-jauh, pergi dengan membawa sekali elemen negatif seperti yang didakwa.  Semarak dan mekarlah elemen tersebut bersama parti bunga, agar tunas-tunas baru di dalam UMNO bebas dari dibelenggu  pemikiran feudal dan politik gestapo.

UMNO, yang kini dipimpin oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, sedang melakukan transformasi politik. Cara berfikir, mengurus dan mentadbir yang berbeza, mana mungkin dapat diterima oleh jiwa yang sebati dengan elemen negatif.

 






2 Komen to Hikmah Buat UMNO: Yang Buruk Hodoh Semuanya Ke Parti Pribumi

  1. […] via Hikmah Buat UMNO: Yang Buruk Hodoh Semuanya Ke Parti Pribumi — MYKMU.NET […]

  2. Baraq says:

    Datuk Seri Najib telah sediakan tong sampah bernama PPBM, mana2 sisa atau sampah2 sarap dlm umno, boleh lah ramai2 gotong royong, mengutip dan jgn lupa buang tu semua dlm tong jenama PPBM.

Leave a Reply

Threesome