Menu Utama

Alahai Cian Boboi Ayah

Alalalaaaa… cian boboi ayah. Pok amai-amai, belalang kupu-kupu, tepuk boboi pandai malam-malam upah susu, susu lemak manis, santan kelapa muda, boboi jangan nangis, nanti ayah bantu juga

Tersenyum segan bila terdengar Pak Brahim (bukan nama sebenar) mendendangkan lagu rakyat di kedai kopi pagi tadi. Rupanya beliau membaca tajuk hadapan Sinar Harian berhubung “rengekan” Mukhriz, yang mendakwa parti pribumi diserang bertubi-tubi di media sosial.

Tiada yang menghairankan dengan tindakan Pak Brahim itu, kerana cakap-cakap politik sendiri tidak pernah menafikan betapa beruntungnya Mukhriz dalam mengharungi badai politik negara kerana ber “bin” kan Mahathir, baik semasa di dalam UMNO, atau masakini.

Ungkapan “Pak saya kirim salam” juga bukan sesuatu yang janggal terkeluar dari mulut Mukhriz. Maka, apa yang hendak dihairankan jika cakap-cakap politik mentafsir apa yang orang biasa mampu tafsirkan.

Selama ini, ahli UMNO dan penyokong kerajaan memberi penghormatan yang tinggi berikutan status “bin” nya. Apabila keduanya berpaling tadah, maka begitulah hukum politik.

Hakikatnya, UMNO dan Barisan Nasional juga diserang bertubi-tubi dari setiap sudut sejak dahulu lagi. Malah, sebelum wujudnya parti bapa Mukhriz pun, UMNO diserang oleh ahli-ahli parti itu yang ketika itu bersembunyi disebalik nama PERKASA.

Sedap bila membalun, bila kena mengadu pula dengan media. Menyedihkan, kerana selama ini rupanya Mukhriz tidak faham politik, mungkin gara-gara selalu menyorok di bawah ketiak bapanya.

Inilah politik, apatah lagi jika tergolong di dalam mereka-mereka yang “jilat ludah sendiri”. Lihatlah sekeliling Mukhriz, satu demi satu kenyataan yang dikeluarkan semuanya bersifat “jilat ludah”, tanpa mampu berdiri dengan idea baru.

Mukhriz harus juga melihat bagaimana “cybertrooper” parti bapanya menyerang UMNO. Sampaikan Perhimpunan Agung UMNO yang tiada kena mengena dengan parti pribumi juga dijadikan modal untuk membalun. Entahkan meroyan, atau gila talak barangkali mereka itu.

Mungkin juga Mukhriz malu untuk membaca status-status “cybertrooper” nya. Almaklum, siapa yang tidak malu kalau RM50 pun cuba dijadikan isu yang akhirnya dikecam netizen. Harap Boboi bersabar dengan daya intelek mereka.

Ingat siapa dahulu menyerang UMNO, maka tindakbalas yang diterima adalah perkara biasa di dalam politik.






5 Komen to Alahai Cian Boboi Ayah

  1. dkds says:

    Yang tinggal bersama boboi dan papaku adalah pentaksub, terjun kolam tahi pun mereka akan kata terjun dalam tasik.

  2. Memang Baik says:

    Sapertimana ibunya Asmah Mohd Ali merayu pada orang ramai supaya berhenti mencerca suaminya. Dia hanya perasan orang mencerca suaminya tapi kurang peka siapa pulak yang dicerca suaminya saban hari. Suaminya mencerca saban hari baik melalui lisan diceramah mahu pun melalui tulisan lapoknya.

    Kita telah nasihatkan dia supaya nasihatkan suaminya untuk jadi Pak Lah, jadi Musa Hitam. Atau jadi Goh Chok Tong atau George Bush. Tapi itu semua nasihat yang tak menarik langsong kerana suaminya terlalu banyak kerja belum siap. Suaminya banyak hal mahu selesaikan maka suaminya perlu terus bekerja keras walau kerja suaminya bukan satu kerja yang diredhai Allah. SElamatkan Malaysia oleh suaminya bukan kerja diredhai Allah, percayalah.

  3. […] via Alahai Cian Boboi Ayah — MYKMU.NET […]

  4. Memang Baik says:

    Bukan tujuan menghina, tapi sesakali kita tengok Boboi hati kita jadi naik belas dan kasihan. Boboi jenis anak manja kelihatan rambut pun belum tumbuh betul, mungkin gigi juga baru tumbuh depan, atas dan bawah, sedangkan geraham mungkin baru nak tumbuh.

    Boboi anak manja sebarang kerja semua diatur oleh daddynya yang sentiasa kasi untuk terus masyuuuuuuuuuuk. Boboi diatur bertanding jawatan berkali2, boboi kalah. Boboi diletak dalam PRU, walau boboi memang hasil kempen daddy yang sering kasi, tapi undi yang dapat tak banyak mana.

    Kabarnya akhir2 ini boboi jadi bertambah resah, gelisah dan hilang mood untuk fokus. Keadaan yang tak menentu dengan ahli party mahu berhenti, yang sudah berhenti. Dengan president pergi bercuti ke Eropah berminggu2, Boboi naik kabur pemandangannya. Boboi merenget pada daddy…. daddy janji nak naikkan boboi jadi premier… tak ada pun…. Begitulah agaknya bunyi rengetan boboi pada daddynya yang sering kasi.

    Daddy nya cakap ” kena sabar sikit. Memang susah nak dapat. Daddy tengah tekan Najib hari2 tapi Najib bertambah jadi dynassor bukan tukar jadi cacing. Kena faham daddy kena cari peluru baru. Peluru lama beg tangan, condo mewah anaknya, IMDB semua sudah basi. Nak dikitar semula kerap sangat bahan basi orang naik benci. Ini pun rakyat sudah muak dan menyampah tengok muka daddy pun mereka tak mahu. Boboi kena sabaq lah sikit No.

    Itu rengetan boboi dan pujukan daddy yang sudah terlalu lanjut usia. Selalunya dalam umur begitu orang badanya tidak terbatal wuduk mudah2. Orang duduk atas sejadah dalam banyak masa. Tapi daddynya cergas, maklumlah duit yang banyak perlu diclaim. Kalu tak begitu, susah nanti, orang lain yang kaya raya, mana boleh tahan.

  5. TORATORA says:

    BERSATU diserang dimedia sosial? hahahahahah..Parti bunga satu2nya parti politik dalam Malaysia yang diserang didalam media sosial hahahahah..hati tisu sungguh

Leave a Reply