Menu Utama

Wednesday, December 7th, 2016

 

Surat Dari Istana Negara Pun Mahu Salahkan PM?

Kita sedar bahawa antara taktik propaganda puak pembangkang untuk mencetus kebencian rakyat kepada pucuk pimpinan kerajaan adalah dengan mencipta persepsi seolah-olah semua yang berlaku di dalam negara ini adalah atas arahan Kerajaan Barisan Nasional. Malah jika mereka dapat kaitkan semua isu dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, maka lebih kuatlah mereka ligatkan propaganda tersebut meskipun ia tiada kena mengena sedikit pun Perdana Menteri dan isteri beliau. Jika boleh, nyamuk gigit pun mereka mahu kaitkan dengan Perdana Menteri. Hatta kadang-kala mereka bergaduh dengan isteri pun mahuBaca Lagi


‘Bunga Raya’ Jadi ‘Layu’ Tanpa PAS

Sebelum ini, puak parti ‘Bunga Raya’ bermati-matian cuba mempamerkan kononnya parti mereka sedang menjalin kerjasama dengan PAS. Layaknya mereka seolah-olah, ‘Bunga Raya’ tidak mampu hidup dan akan ‘layu’ tanpa PAS. Bagi menunjukkan ‘akrab’ mereka dengan PAS, mereka seboleh-bolehnya cuba menyebarkan hubungan baik pemimpin ‘Bunga Raya’ dengan Ahli Parlimen PAS, Dato’ Mahfuz Omar. Padahal, bukan setakat orang UMNO, orang PAS sendiri pun tahu Mahfuz dipihak mana sebenarnya… Namun baru-baru ini, ‘Bunga Raya’ bagai menerima tamparan hebat apabila PAS menegaskan bahawa parti mereka tidak pernah menjalin sebarang hubungan dengan PPBM selama partiBaca Lagi


Perjanjian Malaysia-China Bakal Meningkatkan Nilai RM

Oleh Dominic Chia Sebagaimana kita sedia maklum, harga minyak mula merudum sejak pertengahan tahun 2014. Ekoran kejatuhan harga minyak ini, nilai Ringgit turut menurun. Kejatuhan harga minyak yang serius, iaitu di sekitar AS$50- AS$60 setong pada Ogos 2015 telah menyebabkan nilai RM jatuh melebihi RM4.00 berbanding satu AS$. Sejak kejatuhan tersebut, nilai RM belum pernah meningkat ke tahap kurang daripada RM4.00 bagi setiap AS$. Malah, nilainya jatuh lagi ke RM4.52 berbanding AS$ ekoran kemenangan Donald Trump dalam Pemilihan Presiden 2016 pada 9 Nov yang lalu. Kemenangan Trump menyebabkan para pelaburBaca Lagi


Mahfuz Enggan Lagi Wala’ Pada Presiden PAS?

Seperti yang kita maklum, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar sememangnya ‘orang lama’ di dalam PAS yang sebelum ini terkenal dengan sikap wala’ terhadap pucuk pimpinan parti, khususnya Presiden PAS. Namun sejak lahirnya PAN, nada Mahfuz dilihat kian berubah. Dari seorang yang dikatakan wala’ pada Presiden PAS, dia dilihat sering mengeluarkan kenyataan yang bertentangan arus dengan pucuk pimpinan parti, termasuk Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Terbaru, Mahfuz bercakap soal wala’ kepada pemimpin di mana dia menyifatkan prinsip kesetiaan membuta tuli kepada pucuk pimpinan parti itu sebagai sesuatu yang akanBaca Lagi


Marina Mahathir Anggap Istana Low Class?

Marina Tun Mahathir hari ini secara tersirat menyifatkan Istana Negara sebagai “low class” apabila membatalkan jemputan ke atas bapanya, Tun Mahathir Mohamad ke Majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong yang baharu. Marina ketika memuat naik surat Istana kepada bapa dan ibunya membatalkan jemputan tersebut meletakkan komen dalam bentuk hashtag “howlowcanugo”. Tindakan membuat komen sedemikian ke atas surat Istana adalah satu penghinaan kepada Institusi Raja. Sementara itu, seorang penulis, Ab Jalil Backer dalam akaun Facebooknya menganggap ia hak DYMM YDP Agong tidak perlu dipertikaikan. “Marina Mahathir mungkin tidak faham bahawa PenyimpanBaca Lagi


Mahathir Bertindak Bersendirian Hadir Persidangan DAP

Mahathir hanya bertindak bersendirian? Dan kehadiran beliau di persidangan tahunan DAP baru-baru ini adalah keputusan yang beliau buat sendiri. Samada itu keputusan mewakili parti atau mewakili diri sendiri tidak dapat dijelaskan oleh PPBM. Timbul persoalan kenapa Mahathir menghadiri persidangan DAP 2016 tersebut. Walaupun beliau adalah Pengerusi parti dan itu haknya tanpa perlu disoal tetapi rata-rata ahli parti inginkan penjelasan, kenapa hadir sedangkan seminggu yang lalu Mahathir dan DAP sendiri masing-masing mengeluarkan kenyataan bahawa tiada jemputan dan tidak dijemput? Ironinya, PPBM, parti milik Mahathir juga masih belum diterima untuk masuk sebagai anggotaBaca Lagi


Dulu Anwar Tuduh Bangla Diberi IC, Kini Mahathir Tuduh Warga China Pula Dapat IC

Pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang lalu pihak pembangkang menjaja cerita 40,000 orang Bangla mengundi untuk BN. Video Bangla ditangkap kononnya ada kad pengenalan untuk mengundi diviralkan semasa hari pengundian PRU13. Sebelum itu pembangkang juga telah membuat video memfitnah pihak polis memberi kad pengenalan kepada Bangla. Anwar Ibrahim membuat tuduhan itu dalam siri ceramahnya. Video tentang fitnah Anwar itu dimuat naik dalam Facebook “We Are NOT Malaysian Zombies” pada 20 November 2013. Dalam video itu Anwar sebut “pagi tadi sebelum saya datang (ceramah) ada rombongan dari Bangladesh …yangBaca Lagi


RUU355: Yang Hairan, Ada Orang Islam Sendiri Yang Tidak Bersetuju!

Bukan satu rahsia, apabila RUU355 mendapat kritikan balas yang hebat dari rakan-rakan komponen Barisan Nasional. Malah, ugutan untuk meletakkan jawatan oleh beberapa pemimpin menunjukkan betapa perkara ini serius untuk ditangani. Sejumlah besar dari mereka yang tidak faham tentang RUU355, percaya bahawa ianya adalah berkenaan dengan perlaksanan hukum hudud, walhal RUU355 adalah usul untuk memperkasakan bidang kuasa Mahkamah Syariah. Ketika ini, kebanyakkan hukuman sedia ada sudah lapuk dan tidak langsung menggerunkan pesalah. Hakikatnya, hukuman sedia ada gagal berfungsi sebagai pengajaran. Jadi, sudah sampai masanya bidang kuasa Mahkamah Syariah diperkasakan supaya lebih luasBaca Lagi


Mahathir Jilat Balik Kahaknya -Part 2


Komitmen politik Dr. M 
penuh hipokrasi

Kehadiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Persidangan Kebangsaan DAP di Shah Alam, dekat sini kelmarin merupakan komitmen politik beliau yang penuh dengan hipokrasi. Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, Dr. Mahathir sebenarnya hadir ke persidangan tersebut kerana beliau bimbang apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hambar dan tidak diterima baik oleh masyarakat. “Kesanggupan Dr. Mahathir bersekongkol dengan pembangkang sehingga memuji ucapan Lim Guan Eng yang kononnya mematuhi Perlembagaan, dilihat sekadar ingin meraih sokongan ahli DAP. “Dalam hal ini, Penasihat DAP, Lim Kit SiangBaca Lagi