Menu Utama

Pas minta Mahathir berhenti bercakap

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hanya akan berhenti ‘bercakap’ apabila semua pihak mendengar atau mengikut segala kemahuannya.

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, itu adalah sikap Dr. Mahathir sejak dahulu dan bekas Presiden UMNO itu akan melakukan apa sahaja tindakan termasuk menye­rang Pas, yang tidak mengikut kehendaknya.

Sehubungan itu, Mohd. Amar mengingatkan bekas Perdana Menteri itu supaya berdiam diri dan berehat daripada arena politik kerana dengan tindakan ter­sebut akan membuatkan rakyat lebih menghormatinya sebagai seorang negarawan.

“Sikap Mahathir ini mudah sahaja, dia akan berhenti bercakap apabila semua orang ikut dia. Kalau tidak ikut, dia akan melakukan apa sahaja.

“Dia tidak ada kerja sekarang, sebab itu melakukan pelbagai tindakan. Lagipun kebanyakan perkara yang dilakukan oleh Dr. Mahathir sekarang adalah yang pernah dilarangnya semasa menjadi Perdana Menteri. Sebagai contoh, dahulu dia melarang rakyat menyertai perhimpunan, tetapi sekarang dia lakukan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Amar yang juga Timbalan Menteri Besar turut memberi amaran kepada Dr. Mahathir supaya berhenti menyerang Pas sekiranya mahu menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

“Saya ingatkan, kalau betul-betul Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hendak menjalinkan kerjasama dengan Pas untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya, Mahathir kena jaga mulut. Dr. Mahathir kena ingat, beliau bukan lagi Perdana Menteri, jadi kena tahu hadnya,” tegas Mohd. Amar lagi.

Utusan



(Next News) »



6 Komen to Pas minta Mahathir berhenti bercakap

  1. Memang Baik says:

    Yang jelas nya negara tidak memerlukan seorang mantan dan pentadbiran sebagaimana Bush tidak diperlukan oleh Obama dalam pentadbiran nya. Bush sedar dan telah pun praktik apa yang dia sedar. Obama teruskan akan yang diamanahkan rakyat padanya. Untuk pencapaian yang lebih baik atau buruk itu soal yang sudah tak ada kena mengena dengan seorang mantan.

    Pak Lah tahu, Musa pun tahu. Mereka ada tugas mereka sendiri dan selain dari apa yang ditugaskan pada mereka, tidak lagi menjadi tanggong jawab mereka.

    Perkara akan jadi sukar jika suami yang mencerai isterinya dan masih terus menerus kebilik isterinya walau selepas isterinya bersuami lain.

  2. yon76er says:

    Kalau Janda tu namanya UMNO…mesti gila Talak nya….

  3. Inderasakti says:

    Rupanya pas pun masih tak faham politik hipokrasi rupanya.
    Madey mmg jenis begitu sedangkan lebih dari dulu lebih kenai madey
    Sedangkan kepimpinan umno tak melatah sangat dengan sikap madey ni

  4. Inderasakti says:

    Rupanya pas pun masih tak faham politik hipokrasi rupanya.
    Madey mmg jenis begitu sedangkan pas lebih dari dulu lebih kenai madey
    Sedangkan kepimpinan umno tak melatah sangat dengan sikap madey ni

  5. […] via Pas minta Mahathir berhenti bercakap — MYKMU.NET […]

  6. manjoi says:

    Madey sebenarnya cuba meraih keuntungan politik melalui publisiti murahan. Kita sepatutnya jangan mengendahkan lansung orang tua itu. LEGASI. Nak layan buat apa?

Leave a Reply