Menu Utama

UMNO Memang ‘Parti Keramat’, Yg Keluar Parti Pun Menyumbangkan Rahmat

lakimkeluarpkr

MASA kecik-kecik dulu orang selalu sebut UMNO ini parti keramat orang Melayu.  Mula penulis tak faham apa benda yang keramat pasal UMNO sebab pemahaman waktu itu, ini bukan parti penuh orang alim dan wali-wali yang biasa dikaitkan dengan keramat, tapi perkembangan mutakhir ini membuka hati penulis akan apa yang dimaksudkan dengan keramat itu.

Ketika Mukhriz dan Muhyiddin dipecat, Mahathir dan Shafie Apdal pulak keluar parti, ramai yang menjangkakan disitulah bermulanya pengakhiran UMNO.  Habislah kata mereka, lepas PRU14 nanti akan ada kerajaan baru.

Tapi sementara UMNO nampaknya tak begitu terjejas dengan pemecatan dan keluar parti tersebut, PKR dan DAP pulak yang terang-terang berpecah, terutama di Sabah.  Muktahir ini, PKR saja hilang 70% kepimpinan tingginya di negeri itu termasuk sejumlah ADUN dan Ahli Parlimen, sementara DAP sekurang-kurangnya hilang satu wakil rakyat dan beberapa pemimpin tempatan.

Dengan Pengerusi Negeri sendiri pun jalan (ironinya bekas ahli UMNO juga).  Masa dia ni keluar UMNO masuk PKR dekat-dekat  PRU2013 dulu, bukan main lagi sambutan, segala gelaran yang hebat-hebat diberikan kepadanya, sekarang pandai pulak nak kecewa?

Apa pun, situasi ini sudah pasti menguntungkan UMNO/BN.  Sekalipun berlakunya di Sabah tapi ia sudah pasti memberi kemenangan moral yang tidak terhingga nilainya kepada penyokong UMNO  di seluruh negara dan kesempatan ini boleh digunakan untuk mengukuhkan kedudukan – biar pembangkang pulak sibuk mengatur semula pertahanan mereka dan kita masih boleh terus menyerang.

Semua ini tak akan berlaku kalau Shafie masih dalam UMNO, percayalah.  Maksudnya Shafie keluar UMNO ni taklah menjejaskan seperti yang disangka orang, menguntungkan lagi ada.  Ini baru Shafie, belum yang lain lagi.  Malah sekarang pun dah ada beberapa muka yang selama ini memang tak boleh dipercaya, keluar UMNO – djangka untuk masuk parti Mahathir, pun sama, tak akan berlaku kalau Mahathir tak keluar dan buat parti baru.

 

 

Tak ‘keramat’ ke tu?






4 Komen to UMNO Memang ‘Parti Keramat’, Yg Keluar Parti Pun Menyumbangkan Rahmat

  1. manjoi says:

    Depan, belakang, atas, bawah, kiri, kanan! Bertongkat lutut, bertongkat siku, bertongkat kuku, bertongkat dagu! Hanya yang berpegang pada SIROTOL MUSTAQIM macam UMNO saja yang dikurniakan RAHMAT & KERAMAT oleh Allah. ALHAMDULILLAH!

  2. Hantu Gigi Jarang says:

    Keramat tu kalau iapun…dulu. Sekarang, parti wakil rakyat cari duit..

  3. sman says:

    Walaupun saya tidak bersetuju mengatakan Umno parti keramat,namun saya boleh menerima bahawa Umno adalah parti terbaik di negara ini utk memelihara kepentingan orang Melayu dan ugama Islam.Manakala BN pula adalah gabungan parti-parti yg terbaik utk mentadbir negara ini,utk mencapai keamanan ,kesejahteraan dan kemajuan berbanding gabungan parti-parti lain.

  4. anoi says:

    Ko baru tahu hantu gaung dah di bilang dari dulu o’ang ateh ja buek duwit tak kira siapa terutama pembangang/kang, hang ja molopong menganga jadi la hantu gaung tak bertanah di sebokkan aktiviti menakutkan o;ang ja. Oden ni o’ang yang gelihati and meluat lengok o;ang serupa hangpa.

Leave a Reply