Menu Utama

UMNO Dan PAS Redha DAP Perintah Malaysia?

umno-pas

Penulis melihat seboleh-bolehnya kini PAN dan DAP begitu teruja memainkan isu kononnya UMNO/BN dan PAS bakal bekerjasama antara satu sama lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti. Seronok sungguh mereka bercerita mencetus spekulasi.

Apatah lagi Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini menjelaskan tentang unsur kejutan yang mungkin bakal berlaku, maka semakin giatlah mereka bermain isu kerjasama itu setiap waktu.

Sedar atau tidak, saki baki peninggalan ‘Anwarinas’ dalam PAS turut mengalunkan lagu ‘UG’, begitu gembira mencetus sebilangan penyokong totok PAS supaya marah pada kepimpinan mereka. Kononnya, sudah dijangka kerjasama UMNO-PAS itu?

Seperti yang kita maklum, sama ada ahli PAS mahupun UMNO, masih ada yang tidak dapat menerima jika dua parti Melayu terbesar itu bersatu padu di dalam blok parti politik yang sama. Ia bagaikan satu perkara yang mustahil bagi mereka.

Mungkin mereka lupa tentang Muhajirin dan Ansar? Mungkin mereka lupa pada kuasa dan takdir Allah. Mungkin mereka tidak teringat pada firman Allah yang menyuruh umat Islam bersatu padu sebagai ummah yang satu.

Kejumudan pemikiran mereka tentang terma ‘kerjasama’ itu agak sempit sebenarnya. Mereka seolah-olah hanya terarah pada politik semata-mata. Di mata mereka melihat antara UMNO dan PAS menganut dua agama yang berbeza?

Ahli dan penyokong UMNO beragama Islam, begitu juga dengan PAS. Hakikatnya kedua-dua para penyokong parti itu beragama Islam hampir kesemuanya. Bukankah umat Islam itu bersaudara? Apakah konsep ukhuwwah di dalam Islam agaknya? Sila tanya ustaz…

Pada pandangan penulis, UMNO dan PAS sudah lama bekerjasama walaupun memiliki ideologi politik yang berbeza. PAS mungkin lebih ekstrim, manakala UMNO pula lebih kepada fundemental. Namun keduanya tetap bersaudara.

Penulis positif mengatakan berkemungkinan UMNO dan PAS mungkin tidak akan berada di dalam blok politik yang sama. Kedua parti akan meneruskan tradisi bertanding di kerusi biasa pada PRU ke-14 nanti dan mungkin menyaksikan pertandingan satu lawan satu, UMNO/BN lawan PAS.

Cuma satu saja yang penulis yakin akan berlaku. Jika terjadi sesuatu yang dijangka memudaratkan agama, bangsa dan negara dari kaca mata kepimpinan UMNO dan PAS, misalnya kemungkinan DAP menguasai Dewan Rakyat, para pemimpin dari kedua parti itu tidak akan membiarkan ia berlaku sewenang-wenangnya.

Jika itu berlaku, adalah tidak mustahil sekiranya PAS dan UMNO/BN bakal mewujudkan kerajaan campuran bersama bagi membentuk majoriti. Walaupun PPBM, PAN dan PKR bersama DAP, penulis yakin, para pemimpin Islam berbangsa Melayu tidak akan membiarkan DAP menguasai parlimen.

Benar DAP berhak dilantik menjadi Perdana Menteri jika mereka menang majoriti di Dewan Rakyat. Namun jika DAP gagal mempunyai majoriti itu, hanya PKR, PAN dan PPBM saja yang akan membantu parti Lim Kit Siang itu bagi menafikan Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.

Namun begitu, penulis yakin PAS dan UMNO tidak akan redha perkara itu berlaku. Samalah seperti para penyokong setia kedua parti itu. Walau dijamin Mahathir sekali pun, penulis yakin ramai yang tidak akan membenarkan ia berlaku.

Mungkin perkara seperti inilah yang dirisaukan pihak pembangkang, khususnya DAP yang bercita-cita mengikut jejak langkah ‘abang’ mereka di Singapura. Namun jika ditakdirkan DAP menguasai Kerajaan Pusat, maka penulis yakin malapetaka besar akan melanda negara kita…

Bagaimana hendak pastikan perkara itu berlaku? Tanya diri masing-masing. Penulis tidak mahu memaksa atau mendesak. Jika DAP menang, sama-samalah terima padahnya. Pulau Pinang sudah ‘merasa’, mungkin yang lain pun teringin nak rasa ‘penangan’nya?






3 Komen to UMNO Dan PAS Redha DAP Perintah Malaysia?

  1. sman says:

    Dalam keadaan sekarang ,harapan DAP utk berkuasa sudah lesap bila Sabah dan Serawak menolak parti dari Semenanjung dan Pas pula sudah muktamad menolak DAP ,termasuk kuncu DAP.Ambil masa 30 tahun lagi utk menjadikan kedudukan DAP kembali seperti sebelum PRU 13,dominan dikalangan Pembangkang.Semangat DAP sekarang sudah menurun ,mungkin hanya akan meberi fokus pada kerusi Adun PP dan Selangor saja bukan lagi utk berkuasa di Putrajaya.Tambah lagi dalam Pembangkang sekarang ada Mahahtir si keras kepala,yg tidak mungkin akan mmengikut telunjuk DAP jika sudah berkuasa,mana mungkin DAP mahu bertungkus lumus utk Mahahtir.DAP pun mungkin sudah sedar bahawa ,sedangkan Hj Hadi pun mereka tak boleh pegang kepala ,inikan pula Mahahtir+Anwar.Keadaan ini,dimana selera DAP yg sudah agak pudar menjadikan harapan utk PPBM utk menewaskan Umno/BN sangat tipis .Syukurlah kerana apa yg berlaku mutakhir ini semuanya kelihatan sebagai perancangan Allah,bukan perancangan maknusia.

    Walaubagaimana pun orang Melayu Islam jangan leka,kita kena berusaha utk menjatuhkan DAP dan kuncunya di PP dan Selangor juga.Jangan juga lupa utk membatu Kelantan ,kerana mereka juga saudara kita biar pun PAS yg berkuasa.

  2. manjoi says:

    Sebenarnya UMNO bukan terdesak pun. Tak bekerjasama dengan PAS pun tak pe. Tapi tingkah laku PAS yang diawasi oleh MALAYsia. Kalau buat perangai lagi, siaplah bila PRU nanti. Itulah hakikatnya……

  3. yon76er says:

    kita akan bersatu Insaa Allah..PRU14 nanti

Leave a Reply