Menu Utama

Tok Mat Hassan Kata Pencemaran Bukan Dari Nilai, Azmin Kata Apa Pulak?

tok_mat_nafi_azmin

MENTERI Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohammad Bin Hassan semalam menafikan pencemaran yang didakwa menjadi punca kepada gangguan air di Selangor adalah berasal dari negeri itu seperti mana yang didakwa Azmin Ali.

Sudah tentu siasatan perlu dibuat bagi menyiasat dakwaan tersebut dan tidak hairanlah kalau beberapa hari diperlukan untuk kenyataan itu dikeluarkan.  Tok Mat (nama popularnya) bukanlah orang yang suka berhujah tanpa fakta sekalipun tuduhan dari rakan sejawatnya dari negeri sebelah itu, nampak tak berapa nak masuk akal dari mula.

Nak masuk akal macam mana, negeri yang konon jadi punca pencemaran pun tidak ada masalah itu, negeri lain kat sebelah pulak yang bermasalah.

Jadi sekarang macam mana Azmin?  Masih nak menyalahkan orang atau sudah bersedia untuk mengakui salah sendiri?

Apa pun, sehingga ada dakwaan balas dibuat bagi menyanggah kenyataan yang dibuat Tok Mat semalam, rakyat hendaklah menilai ini sebagai bukti bahawa Azmin ini tidak bertanggungjawab ke atas rakyatnya sendiri.  Rakyat dalam masalah, Azmin mengambil jalan mudah dengan menyalahkan orang lain.

Tak cukup salahkan Syabas, salahkan Sungai Semantan, sekarang dia nak salahkan kawasan perindustrian Nilai dalam Negeri Sembilan.  Mana maruah sebagai pemimpin?

Kalau pun betul, semua itu puncanya, Azmin patut cari jalan bagaimana untuk selesaikan, bukan mempolitikan keadaan tersebut atau menyalahkan pihak lain.  Bukti konon, tapi apa buktinya tak ditunjuk dan sekarang tuduhan dibuat pulak disanggah pemimpin dari negeri yang terlibat.

Apa pun, tahniah kepada Tok Mat kerana memberi pencerahan.  Rakyat Selangor dan rakyat Negeri Sembilan yang menjadi mangsa tuduhan, memang menanti-nantikan jawapan ini.






3 Komen to Tok Mat Hassan Kata Pencemaran Bukan Dari Nilai, Azmin Kata Apa Pulak?

  1. manjoi says:

    Azmin sekarang ni tengah bermasaalah. Bak kata orang, tengah ‘jiwa kacau’. Air tak de, jadi dia kena marah dengan ‘anak dara’ tu sebab tak boleh nak masak nasi lemak! Setakat bagi lesen berniaga aje, tapi ‘air’ tak bagi….

  2. […] via Tok Mat Hassan Kata Pencemaran Bukan Dari Nilai, Azmin Kata Apa Pulak? — MYKMU.NET […]

  3. Hantu gigi rapat says:

    Ayaq dia sendiri pun dah tak dak,nak bg tak blh la…tu yg dok meracau tak ketahuan hala tu…

Leave a Reply