Menu Utama

Tindakan Macai Mahathir Keluar PPBM Penghinaan Kepada Muhyiddin

khairuddin-keluar-parti-ppbm

Bukan hanya sekali Khairuddin Abu Hassan, macai paling setia kepada Tun Dr Mahathir Mohamad melakukan tindakan yang menghina dan mempertikai kewibawaan dan kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menerajui Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ia sudah berkali-kali dilakukannya secara terbuka dan tindakan Khairuddin semalam yang secara rasmi mengisytiharkan keluar dari parti pimpinan Muhyiddin membuktikan banyak perkara yang tidak kena sedang berlaku dalam parti berkenaan.

Ada krisis keyakinan. Ada pertikaian sedang mencabar kepimpinan Muhyiddin. PPBM yang mahu dikenali sebagai ‘Bersatu’ sedang berpuak-puak dan Muhyiddin tak berupaya menyatukan mereka kerana Muhyiddin bukan orangnya yang mereka mahu iktiraf sebagai ketua.

Pada Ogos lalu, Khairuddin buat pertama kali tanpa memikirkan sensitiviti Muhyiddin mengumumkan tidak akan menyertai parti itu pada hari di mana bekas Timbalan Perdana Menteri dari Pagoh itu mahu menghantar pendaftaran parti.

Sedangkan sebelum itu Khairuddin sendiri menjadi orang pertama menguar-uarkan parti baru akan ditubuhkan untuk menentang UMNO dan BN namun disebabkan Muhyiddin yang jadi Presidennya maka Khairuddin juga yang jadi orang pertama umum tidak menyertainya.

Tidak berhenti di situ, keesokan harinya Khairuddin sekali lagi mencalar imej Muhyiddin apabila berkata hanya akan menyertai PPBM sekiranya parti itu diketuai Dr Mahathir sebagai Presiden.

Dua hari berturut-turut Khairuddin mencalar kewibawaan pimpinan Muhyiddin, jika Khairuddin itu totok UMNO kita tak pelik tapi yang jelas nyata dulu sampai sekarang Khairuddin adalah macai setia kepada Dr Mahathir.

Tak cukup dengan tindakan tersebut, Khairuddin tambah lagi ragam menunjukkan protes pada kepimpinan Muhyiddin apabila tersebar khabar dia lebih rela menyertai DAP atau PKR dari bersama PPBM yang diketuai Muhyiddin.

Kini dalam keadaan ramai pemerhati politik terpinga-pinga tidak ketahuan sejak bila pula Khairuddin menjadi ahli parti PPBM kerana tiada pengumuman dan tiada sidang media mengenainya, tiba-tiba semalam dia umum keluar dari PPBM.

Ketika nak masuk PPBM dia tak umum apa-apa mungkin rasa malu kerana sebelumnya dah bertekad tidak akan sertai parti tersebut, tapi bila dia nak keluar parti tiba-tiba sahaja diumum seluas-luasnya kepada media seperti sengaja nak menjatuhkan air muka Presiden PPBM.

Demikian sekali hinanya batang tubuh bernama Muhyiddin di mata Khairuddin. Tak mustahil selagi bukan Dr Mahathir atau keturunannya yang menjadi Presiden parti selagi itu akan ada sahaja usaha mempertikai dan merendahkan kepimpinan Muhyiddin.

Semasa dalam UMNO, Khairuddin mengikut telunjuk Dr Mahathir dengan memprotes kepimpinan DS Najib tapi bila suku sakat penyokong Muhyiddin ‘bersatu’ dengan Dr Mahathir menubuhkan parti sendiri, Khairuddin kembali sibuk memprotes kepimpinan Muhyiddin pula.

Sudah tentu Khairuddin tidak keseorangan, macai setia totok pekat seperti Khairuddin tidak berani bertindak sebarangan tanpa restu tuannya. Dr Mahathir boleh berdalih dia tidak tahu menahu, tapi umum tahu hakikat hubungan mereka.

Baru nak masuk bulan kedua PPBM ditubuhkan tapi macai pekat Dr Mahathir dah berkali-kali umum hilang keyakinan pada kepimpinan Muhyiddin, ini gayanya jangan kata berangan nak jadi Perdana Menteri, nak jadi Presiden parti selama sekurang-kurangnya dua tahun pun malap dah harapan. – MyKMU.Net






6 Komen to Tindakan Macai Mahathir Keluar PPBM Penghinaan Kepada Muhyiddin

  1. […] via Tindakan Macai Mahathir Keluar PPBM Penghinaan Kepada Muhyiddin — MYKMU.NET […]

  2. anoi says:

    Aaa… May..mang ea, Dah sah la Mahathir nak buang Muhyideen, apola hai Muhdeen2 elok duduk umah ontok2 layan cucu, sdgkan Anwar dlm sangkar sdg seronoh berangan angan nak jadi PM – dalam hati Mahathir tak mongopok doh, tak kan boboi tu molopong jo.

  3. che ted says:

    Kelakar betul mat botox ni tiba2 keluar parti walaupun haritu ngaku tak join. Agaknya apalah jawatan mangkuk ni ye? Ajk poco-poco kot. Apapun tahniah krn baru sedar diri tu penumpang. Ini parti muyidin yg punya ok bukan keturunan tun mamak kerala yg punya. Tun mamak kerala sendiri tak berkenan dgn muyidin dia pernah kata dia sgup sokong2 siapapun jd Pi Em maknanya muyidin bukan lg calon utama.

  4. dina says:

    ni balasan dia sebab masa dalam umno pun dia hina presiden…
    lantaklah…..padan muka dia kut.

  5. bangKano says:

    Haprak versus Hampeh……Mahathir adalah manusia haprak sedangkan Mahyuddin manusia serba hampeh. Kedua-duanya bagaikan sampah dan virus pada kelansungan legasi melayu. Haprak keturunan mamak dari Kalinga India sedangkan Mahyuddin…..?? Melayu ke jawa ke,banjar ke aku tak tau… tapi berasal dari rumpun cicit-cicit Kepulauan Nusantara Melayu. Mamak vs Melayu.

    Kedua-duanya punya satu impian besar mau jadi Perdana Menteri Malaysia atau meneruskan legasi kehebatannya selama 22 tahun dipindahkan kepada anaknya yang dah kantoi dalam politik. Mereka sanggup berbuat apa saja di luar etika sebagai insan yang mulia. Bak kata Machievelli……!!!!!….?

  6. Baraq says:

    Khairuddin nk jadi org penting dlm PPBM,dia tk mahu Muhyiddin control, Muhyiddin tahi hidung masin, duit susah nk gugur, Khairudin bnyk nk guna duit, maklum bini celebrity, life style mesti nk canggih, mamat tu apa yg dia tahu, nk buat duit atas angin je..

Leave a Reply

Threesome