Menu Utama

Tetap Cari Jalan Perburukkan PERMATA Di Mata Rakyat?

permata4

Penulis difahamkan bahawa hari ini beberapa pemimpin DAP telah berkunjung ke PERMATA bagi mendapatkan gambaran dan maklumat lebih jelas mengenai program asuhan dan didikan awal yang diilhamkan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pada perkiraan penulis, subjek yang menjadi fokus mereka berhubung kunjungan itu bukanlah terhadap program PERMATA itu sendiri, namun lebih kepada menjadikan Rosmah sebagai subjek utama dalam usaha mencari ‘lubang’ untuk dihentam.

Mungkin itu budaya politik di kalangan para pemimpin pembangkang di zaman ini. Mereka begitu gemar mencari kesalahan dan kelemahan, kemudiannya menyerang pihak kerajaan dengan persepsi tidak tepat bagi menimbulkan kebencian rakyat kepada Barisan Nasional (BN).

Menyaksikan sidang media bagi kunjungan wakil-wakil DAP itu hari ini, mereka akui bahawa PERMATA merupakan sebuah inisiatif kerajaan yang sangat bagus dan berkesan bagi kanak-kanak yang berpotensi serta terpilih mengikuti program didikan awal itu.

Meskipun mereka mempersoal pihak pengurusan tentang laporan kewangan PERMATA, namun jawapan wakil pengurusan tidak mengecewakan apabila menegaskan bahawa permintaan tersebut akan dipenuhi dalam tempoh terdekat.

Cuma apa yang penulis hairankan ialah tentang persoalan yang ditimbulkan oleh seorang wakil media pembangkang tentang kenapa perlunya PERMATA diwujudkan dan menerima keistimewaan tertentu berbanding program pendidikan awal kanak-kanak yang lain.

permata_corporate_video

Penulis juga antara rakyat Malaysia yang membayar cukai. Penulis juga akui terdapat banyak tadika, tabika, pusat asuhan dan seumpamanya yang diwujudkan kerajaan sebelum ini. Dengan wujudnya PERMATA, maka sudah tentu ia memerlukan peruntukan lebih buat program tersebut.

Namun begitu, apakah wartawan itu terlalu ‘buta’ untuk menilai tentang keistimewaan PERMATA? Dia menyertai kunjungan DAP ke program itu atau tidak? Sebelum ke ‘assignment’ PERMATA itu, dia buat ‘homework’ menyelidik sedikit sebanyak tentang PERMATA atau tidak? Sepatutnya, sebelum ke program tersebut, kliklah di sini dulu…

Tahukah dia bahawa PERMATA sudah berkali-kali mendapat anugerah dan pelbagai pengiktirafan antarabangsa dalam usaha didikan awal kanak-kanak? Jika tidak bagus, tidak berkesan, tiada yang istimewa atau ‘biasa-biasa’ saja, apakah PERMATA akan diberi pengiktirafan tersebut?

Pernah dia dengar Pasti dapat pengiktirafan antarabangsa? Bagaimana dengan pusat-pusat pendidikan awal kanak-kanak di negara kita yang lain? Ada yang berprestasi tinggi dan sehebat PERMATA pencapaiannya didikan awal kanak-kanaknya?

Bagaimana dengan kanak-kanak yang dihasilkan tadika lain, apakah setanding dengan anak-anak PERMATA? Mungkin ada. Namun secara holistiknya penulis yakin bahawa tidak ada satu pun yang setanding tumpuan dan fokus yang diberikan berbanding program PERMATA.

Jika mahu diungkit tentang insiden UNESCO tarik balik satu aungerah untuk PERMATA baru-baru ini, sudah dijelaskan bahawa ia hanya disebabkan kecurigaan pada peruntukan yang diberikan kepada program itu, bukan terhadap kualiti, kandungan atau program itu sendiri.

Jadi, apakah wartawan pembangkang itu cuba mengatakan PERMATA tidak perlu wujud kerana sudah terdapat banyak pusat pendidikan awal di negara kita?

Jika begitu, apa perlunya wujud sekolah vernakular di negara kita? Apakah tidak cukup dengan menyediakan matapelajaran Bahasa Cina dan Tamil di Sekolah Kebangsaan? Analoginya hampir sama dengan justifikasi penubuhan PERMATA.

Jika sekolah vernakular perlu wujud di negara ini bagi kepentingan kaum Cina dan India, maka samalah PERMATA juga wajar diwujudkan bagi menggilap potensi kanak-kanak istimewa ke tahap pendidikan awal yang lebih cemerlang, di mana salahnya?

Jika benarpun mewakili media propaganda DAP, maka cubalah belajar berlaku adil dan profesional. Tidak perlulah prejudis terhadap PERMATA memandangkan ia bukan bersifat politik, perkauman mahupun dwi-standard.

Jika DAP mahu tubuhkan program seumpama PERMATA pun boleh. Minta saja Ketua Menteri Pulau Pinang wujudkan program pendidikan awal kanak-kanak di Pulau Pinang. Sekurang-kurangnya ia lebih baik dari tukar status tanah, bina terowong mega atau beli banglo mewah di bawah harga pasaran…






5 Komen to Tetap Cari Jalan Perburukkan PERMATA Di Mata Rakyat?

  1. Hantu Gigi Jarang says:

    Cuba angkat tangan kalau ada anak sendiri yang dididik di Permata!

  2. Inderasakti says:

    Yang banyak mohon program permata paling banyak kaum chayanun gak
    Ekeleh mana isu cincin rosmah hang ungkit tu..kena main dgn sotong
    Rapiji ke?

  3. […] via Tetap Cari Jalan Perburukkan PERMATA Di Mata Rakyat? — MYKMU.NET […]

  4. manjoi says:

    Permata buang masa aje layan golongan macam ni. Depa ni umpama kura2 dalam perahu, pura2 tak tahu. Orang Malaysia selalu gelar golongan ni, KELING!

  5. anoi says:

    Kata2 mu adalah doa tu hantu gaung, mudah2an kesinambungan mu nanti memerlukan permata hatiku.

Leave a Reply

Threesome