Menu Utama

Tautan Dr. Mahathir, Anwar paling pelik

BERTAUTNYA kembali Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan seterunya yang dulu orang harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara kisah politik paling panas dan mengejutkan tahun ini.

Salah satu amalan tidak disenangi ramai kalangan pemimpin UMNO pada awal Dr. Mahathir, 91, naik sebagai Perdana Menteri pada awal 1980-an ialah apabila beliau membawa bersama Anwar ke dalam parti itu.

Anwar kemudian dan sete­rusnya ‘meloncat naik ke rumah tanpa melalui tangga dan pintu’. Kenaikannya dalam parti dan kerajaan begitu pantas sehingga ramai beranggapan dia dikehendaki pucuk pimpinan Dr. Mahathir secara terang-terangan.

Sejarah sedia ada menunjuk­kan bahawa UMNO jarang bergolak lantaran dasar, tetapi kerap goyang kerana pemim­pinnya. Anwar contohnya yang secara langsung tanpa tradisi, dilonjakkan sehingga naik ke mercu kedudukan tanpa melalui proses asuhan yang lazim­nya dilalui oleh pemimpin yang telah teruji.

Mereka yang dianggap tidak bertangga naik, berjenjang turun tidak mungkin kekal.

Dalam kes Anwar, 68, ini sudah terbukti apabila pada 1997, beliau memutuskan untuk ‘menibai’ ketua yang menatangnya bagaikan minyak penuh.

Perangai dan nafsu terpendamnya terserlah kepada pen­ge­­tahuan umum sehingga Dr. Mahathir terpaksa mengambil tindakan menyahkan beliau pada 2 September 1998 sebagai bakal pemimpin kerajaan dan parti.

Tetapi ‘politik tetap politik’.

Akhirnya pada 5 September lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, selepas permusuhan selama 18 tahun tiga hari, bekas Perdana Menteri itu mela­kukan pertemuan dengan Anwar yang ‘ditibai’ teruk dalam siri empat pilihan raya umum lalu.

Utusan






10 Komen to Tautan Dr. Mahathir, Anwar paling pelik

  1. ubi says:

    statement “Sejarah sedia ada menunjuk­kan bahawa UMNO jarang bergolak lantaran dasar, tetapi kerap goyang kerana pemim­pinnya” ibarat meludab ke langit.
    aku igt x sedar diri lg pucuk pimpinan.

    sedar la….kesian menyokong umno.dh la mn nk ltk muka bl pimpinan btolak sbb rebut jwtn.sbb apa rebut jwtn? sebab jwtn tu blh penuh kan poket masing2.

    sampai bl pimpinan umno nk jd tamak haloba?

    kerajaan spttnya lebih focus Bantu rakyat hadapi musim tax n harga brg naik bukanya sibuk nk berebut jwtn.

    contoh: gst,pastu tarik subsidi.aku bkn nk ckp tax x perlu,aku avatar cukai n x dpt pun brim.pun blh terasa dgn gst ni.pbohong sungguh kalo ckp harga x naik sbb gst.imagine nk service kete…kalo dulu xyah ada extra 6%.kalo org yg bt kt Proton service mesti fhm ni.harga brg x turun,harga upah x turun tup2 kene byr gst lg.kalo naik kete dr ms beli,loan,service…sume kene tax.ibarat dr bgn tido smpi msk bilik.

    sape berani kat org kg2 x terasa psl gst?g msk jmp tgk.jgn duk melalak kt sini je pandai.sembang deraih poket penuh xpe la bang!!!!

  2. manjoi says:

    Biarkanlah Nuar & Madey tu. Depa berdua ni memang secocok, dua2 ‘kaki belit’. Nasib depa sekarang ni macam lagu Black Dog Bone:
    Harapan setinggi gunung…
    Tinggal menjadi debu…
    Dua bait dari lagu ni memang Nuar & Madey dok nyanyi hari2…. Kesian….

  3. manjoi says:

    Semua orang kena GST, Najib pun kena GST. Adil! Harga barang naik? Kalau ada unsur pencatutan, jadilah consumer yang bijak bila berbelanja! Kedai berlambak! Bukan satu dua! Apa ke jadahnya subsidi yang tak bersasar! Orang kaya & orang negara sebelah pun merasa sekali untung?! Hasil GST & subsidi masuk poket orang yang memerlukan. Bukan masuk poket Najib! Kalau nak cari yang salah, tengok LGE! Dia kelepet ‘subsidi’ banglo berapa juta…. Madey dulu tak payah cerita le, 7 keturunan ‘makan tak habis’…..

  4. […] via Tautan Dr. Mahathir, Anwar paling pelik — MYKMU.NET […]

  5. Mazlan says:

    …gst 6% pun kecoh, sst dulu 16% tak melalak pun…

  6. Mazlan says:

    …melalak sebab susah sikit nak tipu bayar cukai kot…bukan pasal ‘gst’..

  7. Meriam Buluh says:

    Kalaulah kita yang bayar GST dapat ikhlaskan diri dan anggap ia sumbangan kepada negara untuk kesenangan yang bakal dirasai orang lain juga, Insyaallah dapat pahala rasanya.

  8. Meriam Buluh says:

    Kenapa ramai yang kecoh dengan GST 6% sedangkan SST 10-15% tak dengar pulak ada yang bising-bising?

    GST diperkenalkan untuk gantikan SST. Sebelum GST, cukai memang dah ada juga tapi lebih tinggi.

    Yang naikkan harga barang sesuka hati ni pemborong dan peniaga yang tamak haloba tapi kenapa kerajaan yang asyik dipersalahkan? Nak kerajaan kawal semua ke? Patut ke buat macam tu?

    Sebenarnya yang banyak melalak dan meroyan tak tentu pasal dengan GST ni adalah peniaga-peniaga tertentu yang dah susah nak mengelat daripada bayar cukai. Yang tak berkenaan, tak perlu la melalak dan meroyan sekali dengan mereka. Buang masa!

  9. Anoi says:

    Anwar sanggup ditibai lagi sebab dijanjikan Mahathir menjadi pm berwngan angan diri masih dlm penjara. Memang pelik lama dah sebilangan besar rakyat pun rasa begitu terutama masa Mahadhir diterima mengadap Anwar di mahkamah.

  10. Inderasakti says:

    Menang pun ia mmg pelik sebab mana mungkin ada kerjasama sedangkan yang terseksa lebih dari 18 tahun dulu siapa yang lakukan? Sedangkan anak2 anwar sendiri mahu keluarga madey dan gerombolannya meminta maaf itu pun seperti tak dilayan anak nya lelaki nya sendiri eksan yg berada new york langsung tidak percaya keluarga madey yang ibarat habis madu sepah dibuang. Rupanya ini lah game azmin ali dan rafizi ramli untuk memanipulasi penyokong2

Leave a Reply