Menu Utama

Tak Payah Cakap Banyak, Dia Lebih Banyak Tuduhan Dulu…

mmeverik

‘Malaysian Maverick’ menyerang lagi. Kali ini bukan hanya Dato’ Seri Najib menjadi mangsa, malah wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) pun turut menjadi mangsa serangannya. Dia kata wakil-wakil rakyat BN hipokrit kerana menyokong Najib?

Lalu dia ‘nyanyikan’ semula ‘lagu’ yang sebelum ini didendangkan ‘penyanyi asal’, Sarawak Report yang berjudul 1MDB. Mungkin mahu mencipta kelainan sedikit bagi mengelak dituduh ‘menciplak’ hasil karya ‘seni menipu’ orang, dia tambah nama seorang bekas menteri.

Pada pandangan penulis, Mahathir bagaikan sudah kehabisan modal. Peluru yang sudah ‘kosong’ terpaksa dia gunakan juga. Walaupun hanya menggunakan ‘kelongsong yang kosong’, dia cuba juga melakukan serangan selagi terdaya…

Dia bercakap mengenai ‘kesalahan-kesalahan’ Najib? Di mana kesahihan dakwaan kononnya Najib melakukan kesalahan? Sehingga kini, belum ada satu pun mahkamah di dalam dunia ini yang mengesahkan Najib membuat kesalahan.

Di negara ini, sistem perundangan kita mengamalkan konsep ‘innocent until proven guilty’. Jadi, menuduh Najib sebagai bersalah dan wajid dijatuhkan adalah satu hasutan yang tidak wajar dilakukan. Atau Mahathir kini sudah bertukar profesyen menjadi ‘hakim mahkamah’?

Sejak Mahathir menyerang Najib, apa yang terbit dari mulutnya hanyalah semata-mata tuduhan dengan ‘bukti-bukti’ yang sangat rapuh. Sekiranya dibawa masuk ke mahkamah pun, rasanya hakim pun akan ketawa dalam kamar hakim sebelum menolak kes tersebut.

Bercakap mengenai ‘tuduhan’, penulis yakin bahawa Mahathir lebih banyak berdepan dengan tuduhan sepanjang 22 tahun dia menjadi Perdana Menteri dulu. Bukan satu atau dua tuduhan, malah mungkin beratus-ratus tuduhan terhadapnya.

Bukan saja mendiang Barry Wain yang menuduhnya sebagai ‘Maverick’ yang bertanggungjawab dengan skandal bernilai RM50 bilion, malah banyak lagi skandal-skandal lain yang menggemparkan ketika itu.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim misalnya pernah menuduh Mahathir menggunakan RM1.8 bilion untuk tujuan ‘bail out’ syarikat anaknya dulu, bukan? Lim Kit Siang, mendiang Karpal, Ezam Mohd Noor, Azmin Ali dan ramai lagi mendendangkan ‘lagu’ yang sama.

Bukan sekadar tuduhan melibatkan wang ringgit sahaja. Malah tuduhan-tuduhan yang melibatkan buruk perangai seperti nepotisme, kronisme, kuku besi, diktator, kaki cantas, ‘conflict of interest’, ‘tangan ghaib’, ‘maha’ itu dan ini begitu popular dilempar terhadap Mahathir.

Mahathir juga tidak dibuktikan bersalah ketika itu. Ekoran tidak disahkan bersalah secara sah, maka tidak ramai yang terpengaruh dengan tuduhan-tuduhan yang dilempar terhadap Mahathir ketika itu, bukan?

Mungkin kerana itu juga wakil-wakil rakyat BN di zaman itu mempertahankan Mahathir. Kerana apa? Kerana tidak ada satu kesahihan yang mengatakan dia bersalah. Itu saja sudah memadai untuk mempertahankan seseorang secara adil, bukan?

Lebih ‘menarik’, siapa saja yang cuba ‘serang’ atau berani ‘menyanggah’ Mahathir ketika itu akan dapat ‘nasib sial’. Sebagai contoh, orang kata dulu wakil rakyat yang cuba serang Mahathir, akan ditahan di bawah ISA, benarkah?

Malah ada cerita yang mengatakan seorang Ketua Hakim Negara pernah menjadi mangsa Mahathir gara-gara memutuskan UMNO sebagai pertubuhan haram dan tidak sah. Khabarnya Ketua Hakim Negara itu dipecat, benarkah? Apa khabar agaknya bekas Ketua Hakim Negara yang bernama ‘Tun Salleh Abas’?

Jangan cepat menghina orang. Kerana orang yang dikatakan hina itu mungkin tidak seperti yang disangka. Malah silap-silap, yang menghina itu lebih hina dan buruk perangainya. Kembalilah ke pangkal jalan selagi masih ada nyawa dikandung badan…






3 Komen to Tak Payah Cakap Banyak, Dia Lebih Banyak Tuduhan Dulu…

  1. […] via Tak Payah Cakap Banyak, Dia Lebih Banyak Tuduhan Dulu… — MYKMU.NET […]

  2. Kamar says:

    Btl tu penulis, AI, LKS, TGNA,TGHH, semua tuduh madey mcm2 tuduhan tp rt ble buat apa2 sbb mereka yg buat tuduhan bkn ada kuasa, tp skrg najib ada kuasa, peguam negara pn dh lbh baik dr gani patail yg kononnya melindungi madey dr tindakan undang2, apa lg heret la madey ke muka pengadilan, kasi abis sama madey, ada brani ka

  3. sman says:

    Kamar,

    Batul kata kau tu,sekarang PM Najib berkuasa ,elok kalau dia mengambil tindakan menyaisat Mahathir,saya sangat bersetuju.Berdoalah kita supaya tindakan siasatan terhadap Mahahtir berkaitan tuduhan yg banyak di lemparkan kepada beliau di jalankan.Sebagai penyokong beliau lebih afdhal kalau sdr/i membuat lapuran ke SPRM ,utk membuktikan Mahathir bersih dari tuduhan berkenaan. SPRM sekarang pun tidak di kuasai oleh orang Mahahtir lagi,tentu siasatan akan lebih telus,jadi kalau Mahahtir tidak bersalah tentu nama beliau boleh di bersihkan dgn siasatan tersebut.

    Satu-satunya janji PM Najib berkaitan ‘rakyat di utamakan’ yg masih tidak di tunaikan yg sangat saya tidak berpuas hati, ialah tidak mengambil tindakan terhadap salah laku Mahathir dan para kroni nya semasa mereka berkuasa.Selemah-lemah Pak Lah pun ,Mahathir pernah di heret utk memberi keterangan dalam Suruhanjaya Diraja ,berkaitan dgn ‘lawyer korek-korek’,walau pun beliau menjawab ‘tak ingat’.Secara tersiratnya jawapan tersebut menunjukan Mahahtir memang terkait,sama lah juga dengan kes LLS berkaitan PKFZ,di mana Mahathir menfaikan beliau di tipu oleh LLS dalam soal penilaian tanah,jadi ianya bererti ,beliau tahu nilai berkenaan di tinggikan, secara tersirantnya beliau juga bersubahat.Kes mudah utk mengenakan Mahathir ialah proses bail out syarikat kapal anak beliau dan kerugian besar forex trading oleh BNM.Arahan beliau supaya TH membeli bangunan Maju Junctions dgn harga lebih tinggi dari harga pasaran,juga boleh di siasat dgn mudah.

    Semuga Mahahtir di siasat juga akhirnya,inilah harapan saya sebagai rakayat,yg pernah bersama ‘Gerakan Reformasi’.

Leave a Reply

Threesome