Menu Utama

SUBSIDI HOSPITAL KERAJAAN DIMANSUHKAN?

Oleh Dr Abdul Rahman Abdul Kadir
(**Penulis adalah Doktor Pakar di Hospital Kerajaan. Jawapan ini disiarkan dalam bentuk asal yang dikutip dari Facebook beliau. Kami memohon maaf atas ringkasan bahasa dan ejaan.)

subsidi-kesihatanSepanjang hari ini saya telah menerima banyak pertanyaan berkenaan dgn surat seperti di dalam gambar. Surat berkenaan adalah berkenaan perkhidmatan Full Paying Patient (FPP).

Ia menimbulkan panik kononnya selepas ini perkhidmatan hospital kerajaan akan mengenakan bayaran penuh kepada pesakit. Mcm biasa ramai yang mengambil kesempatan demi agenda politik dan tak kurang juga agen insurans yg menakut2kan masyarakat agar membeli insurans.

Sebenarnya perkhidmatan FPP ni sudah agak lama berjalan di sesetengah hospital kerajaan. Ia diperkenalkan agar pesakit yang mahu membayar sepenuhnya kos pembedahan di hospital kerajaan dapat melakukan sedemikan.

Mungkin agak pelik bagi ramai orang mengapa pesakit mahu membayar melalui konsep FPP ini sedangkan perkhidmatan yg disubsidi hampir 95% oleh kerajaan boleh dikecapi mereka.
Dan ramai juga akan berkata, dari bayar doc hospital kerajaan, lagi baik pergi ke hospital swasta. Jauh lebih selesa, berprestij dan cekap.

Jadi kenapa memilih FFP ini? Apa yang ramai tak tahu adalah, ada pakar2 bedah hospital kerajaan yang jauh lagi terer dari doktor pakar di hospital swasta. Malah doktor2 pakar hospital swasta yg ternama juga adalah bekas murid para sifu2 dan mahaguru2 doktor ini yg bermastautin di hospital kerajaan.

Jika anda mengambil pakej FFP ini, anda bebas untuk memilih sifu2/doktor2 tahap dewa ini utk rawat anda secara peribadi kerana anda membayar depa. So surgery mmg akan dilakukan sendiri secara personal oleh pakar yg anda pilih pilih.
Bagi pesakit yg tak mampu bayar, usah risau….pembedahan anda tetap akan dilakukan oleh doktor2 pakar tapi anda tak boleh memilih. Ikut nasib…kalau anda dibedah oleh doktor legend tu untunglah, kalau tak dapat, anda tetap dirawat oleh doktor2 pakar yg cemerlang dan cekap.

Giliran menunggu pembedahan tetap memgikut keutamaan berdasarkan urgency dan emergency sesuatu kes. So tidak ada isu pesakit FFP diberi keutamaan potong que dan mengabaikan pesakit yang tidak mampu.

Disebabkan depa bayar penuh, depa layak lah duduk di dalam wad kelas 1 (itupun jika stabil). Lalu adalah yang akan kata, kami bayar cukai, kenapa kami tak dapat duduk wad kelas 1 tapi yg FFP ni dapat? Jawapannya, hangpa ingat pesakit FFP ni tak bayar cukai ka? ?

Kenapa sistem perkhidmatan ini diadakan?
Ia adalah usaha kerajaan utk elakkan doktor2 legend ni blah pergi ke swasta. Bagi depa peluang buat duit sikit.
Depa ni kalau gi private gaji depa boleh jadi 5-6X ganda dari apa yang depa dapat sekarang. Tapi depa pilih utk stay kat government.
Tak banyak pun depa dapat dr FFP ni, tapi jadilah dari tak dapat langsung macam sebelum ni.

#Kesimpulan:

1. Sistem FFP ni adalah pilihan. Pilihlah kalau anda mampu. Kan hangpa bising doktor pelatih pasang jarum anda…kalau anda ambik FFP ni, doktor pakar tu sendiri patutnya mai pasang jarum utk anda. Tak mau ka? ?

2. Bagi pesakit yg tak mampu usah risau, rawatan berkualiti tinggi tetap akan dinikmati oleh anda dengan subsidi melampau (hampir 95%) oleh kerajaan Malaysia.

3. Kalau hangpa marah jugak dgn FFP ni, berkempenlah beramai2 menaikkan gaji doktor agar menjadi setara seperti yang dinikmati oleh rakan2 kami di swasta. Barulah tiada doktor yang lari ke swasta.

4. Kalau takmau tolong kempen naik gaji kami dan tak mau jugak ada FFP ni, belilah insurans dan pergi ke hospital swasta yang anda suka.






8 Komen to SUBSIDI HOSPITAL KERAJAAN DIMANSUHKAN?

  1. anoi says:

    Aaa … May …. mang ea . kes h swasta akan rujuk h kerajaan, sbb segala sejarah sesuatu penyakit disimpan sejak sebelum merdeka d h kerajaan .. dah tu diberi subsidi, kalu saba sikit dpt khidmat antara termurah di dunia dan h kerajaan beri ubat yg terbaik, saya sendiri alami ubat swasta mahal dan ubat yg sama d jual murah d farmasi luar dan ubat d h kerajaan lain jenama tapi utk rawatan yg sama kalu beli di luar mahal rega tapi diberi percuma (sudah la mahal di h swasta tetapi murah kalu beli di famasi luar tapi ubat d h kerajaan amat berkesan tidak rasa mengantuk saperti ubat yg jual d h swasta tapi kurang berkesan sbb ubat diberi/jual adalah ubat yg low quality dan murah tapi depa caj gila)
    For me y u need to pay more if u can pay less – 6 anak saya dilahirkan d h kerajaan .. alhamulillah hanya baya tak lebih 150 iggt seorang)
    Saya senyum je tengok gelagat org dlm susah pun nak berlagak jugak tapi terang2 boleh kurangkan belanja dan byk disediakan kerajaan saja2 nak tunjuk eksyen.malu konon berubat beranak di h kerajaan dan bila dah baya pulak menguntuk membebel plak h swasta caj gila bla bla bla pada yg pakai insuran tu ok jugak la dan kalu tak mahu bla bla bla merungut pergi je la h kerajaan tapi kena byk sabar menunggu sekejab je tak lama sbb skrg dah byk kaunter melayan.
    Di sekitar KL HKL dan H Sg Buluh ini sedaya upaya beri khidmat yg lancar – I perceived that.

  2. […] via SUBSIDI HOSPITAL KERAJAAN DIMANSUHKAN? — MYKMU.NET […]

  3. pesakit says:

    Janganlah membuat bidang perubatan ini sebagai perniagaan semata mata cari duit. Sekarang pun hospital swasta dah tak ada pelangan bab mahal.

  4. Hantu Gigi Jarang says:

    Akhirnya doktor dewa hanya untuk dewa-dewa!

  5. Inderasakti says:

    Ya Doktor dewa mmg untuk dewa dewa
    Yang ada emas permata demi memastikan dewa dewa boleh bertahkta
    Tak kira dewa penyokong dan dewa pembangkang
    Kepada hantu gigi jalang tak usah la jadi BANGANG

  6. Cencaluk says:

    Saya sokong dengan tindakan kerajaan ini akan. Saya baru enam bulan pulih dari denggi saya dimasukkan ke hospital swasta dan disebab kan keranaterrer sanggat doc di swasta ni saya dimasukkan ke ICU selama 5 hari di hos swasta kerana saya makin kritikal keluarga dan suami saya menghantar saya ke hos kerajaan.

    Tiba di hos kerajaan doc2 legend merawat saya kerana ada sikit campurtangan vip di sana. Syukur alhamdulillah dua hari di wad ICU hos kerajaan saya sihat dan kini semakin sembuh.

    Untuk pengetahuan semua saya hanya menghidap denggi tapi kera terlebih platlet tubuh saya mengalami overflow sehingga hati dan paru2 saya hampir rosak syukur buah pinggang saya berfungsi baik. Ketika di nos swasta saya berkeadaan 20:80 sahaja iaitu 20% peluang hidup.

    Begitu pakar doc2 di swasta walau bagaimanapun saya terpaksa menjelaskan bayaran hos sebanyak RM20 ribu. Sementara di hos kerajaan saya hanya membayar kos yang rendah sahaja

    Bezakan dan bersyukur lah wahai rakyat malaysia kerana masih di erikan segala kemudaha .

  7. Hantu Gigi Jarang says:

    Lebuhraya Karak-KL dibina oleh pihak swasta sebagai jalan alternatif bagi yang mampu bayar tol. Jalan utama masih wujud di bawah selengaraan JKR bagi orang yang kurang mampu. Namun lama kelamaan, orang yang kurang berada tidak ada pilihan selain dari menggunakan jalan tol dan membayar tol kerana jalan utama tidak diselenggara dengan baik oleh kerajaan. Bukan salah pihak swasta kerana pihak swasta terpaksa mengeluarkan wang sendiri untuk membina dan menyelangara jalan tetapi salah JKR kerana tidak menambahbaik jalan utama. Seperti juga jalan tol, lama kelamaan orang miskin juga terpaksa membayar harga perubatan sepertimana orang yang mampu kerana tidak ada pilihan. Doktor yang ada untuk orang miskin tinggal doktor yang tidak bagus. Doktor dewa hanya untuk dewa-dewa!

  8. zaiman basheer says:

    dewa-mewa, bidang perubatan bersikap keperluan asas kpd manusia, tak mcm jalanraya sbb yang tak berduit tak berjalan juga, makan analogi tu tak sesuailah, sbb kesakitan dtg tak kenal kaya atau miskin, tetapi bersiar-siar di highway tetap ada pilihan, klu tanya yg bawa mers pun kata dia susah, bab perubatan klu tak ‘diselenggara dgn baik akan datang komplen, dan komplen dari pesakit sgt laku berbanding komplen ‘jalan berlubang’jadi jgn risau sgt okey, cuba fikir positif, klu takde FFP, semua pakar tiada insentif,semua blah swasta, yg tinggal HO baru nak belajar dgn siapa, nanti mereka try and error kat pesakit lg naya beb

Leave a Reply

Threesome