Menu Utama

Skandal Rasuah Banglo Lim Guan Eng, Baju Hitam Desak Ketua Menteri Letak Jawatan

DESAKAN daripada rakyat Pulau Pinang yang mahukan Ketua Menteri mereka, Lim Guan Eng agar meletak jawatan atau mengambil cuti susulan dua tuduhan rasuah yang dikaitkan dengan pembelian banglonya di Jalan Pinhorn, yang didakwa di bawah nilai pasaran makin kuat.

Hari ini kira-kira 3500 anak muda berbaju hitam yang diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim berhimpun pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) sebagai bantahan terhadap Lim Guan Eng.

Sebelum ini Tony Pua pernah mendabik dada bahawa beliau sendiri akan menggesa Lim Guan Eng bercuti sekiranya beliau didakwa atas kes rasuah.  Namun setelah pendakwaan dibuat, tidak ada sebarang tanda-tanda yang Lim Guan Eng akan bercuti atau pun meletakan jawatan.

Pada 22 Mac 2016, Tony Pua (@TonyPua) mengeluarkan kenyataan bahawa Lim Guan Eng tidak perlu bercuti dari jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang KECUALI dia didakwa di mahkamah. Tony Pua menegaskan lagi, sekiranya Guan Eng didakwa, dia MESTI mengambil cuti.

Kenyataan Tony Pua ini telah direkodkan di dalam berita MalaysiaKini yang boleh dilihat sendiri di capaian https://www.malaysiakini.com/news/334753. Namun, setelah Lim Guan Eng didakwa di mahkamah, TIADA seorang pemimpin DAP yang tampil meminta dia bercuti dari jawatan Ketua Menteri untuk sementara waktu.

Oleh itu, tindakan Baju Hitam yang mendesak Lim Guan Eng tersebut memang kena pada masa dan tempatnya. Memandangkan pemimpin kanan DAP gagal melaksanakan “ikrar” mereka mungkin atas sebab terlalu takut pada Ketua Menteri tersebut  maka kumpulan Baju Hitam ini bertindak hanya sebagai pemudah cara mereka sahaja.

Walaupun Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu dan kes berkenaan akan disebut semula buat kali kedua pada 6 Disember di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang namun pendakwaan telah dibuat berdasarkan bukti-bukti yang sangat kukuh. Malahan terdapat beberapa kes terdahulu yang boleh digunakan sebagai rujukan.

Kumpulan yang memakai baju tertera perkataan ‘Pemuda Bangkit’ itu mula memenuhi kawasan sekitar bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri itu kira-kira jam 2 petang selepas berarak dari beberapa lokasi.

Kumpulan itu juga mengikrarkan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Disamping itu juga, kumpulan Baju Hitam tersebut akan meneruskan himpunan berkenaan selagi Lim Guan Eng enggan bercuti atau melepaskan jawatan. Kumpulan tersebut memakai t-shirt hitam bagi mewakili semua kecuali baju kuning yang sering mengadakan perhimpunan haram BERSIH.

 






5 Komen to Skandal Rasuah Banglo Lim Guan Eng, Baju Hitam Desak Ketua Menteri Letak Jawatan

  1. manjoi says:

    Ya! Lepas ‘baju merah’ sekarang ada pula ‘baju hitam’! Lepas ni kita buat pula warna lain, biru, putih, etc. Kita pijak ‘baju kuning’! Perangi rasuah, perangi LGE, perangi DAP!!!

  2. […] via Skandal Rasuah Banglo Lim Guan Eng, Baju Hitam Desak Ketua Menteri Letak Jawatan — MYKMU.NET […]

  3. Badrole Amin says:

    alo guan eng…
    Penang is not your father’s state, resign lah you stinky bastard pig!

  4. Memang Baik says:

    Selain dari baju merah dan hitam, seharusnya ada baju hijau dan cokelat. Baju hijau perlu berbaris depan rumah M. Desak M jawab apa terlalu penting untuk BN dirosakkan . Apa salah Najib sedangkan segala tohmahan merupakan peluru kosong semata2, tanpa substance.

    Baju cokelat perlu berhimpun di depan rumah Midin. Tanya Midin apa terbaru dengan Gee. Sudah kah dia nikahi Gee sedangkan dia kahwini perempuan isteri orang itu bukan sehari dua bahkan bertahun. Ingatkan dia , kes itu akan tiba juga dan nama dia bakal disebut. Bila nama disebut dimahkamah , akhbar akan siarkah. Lupa kah dia.

    Ingatkan Midin apa yang dia buat sebenar nya lebih terok dari apa yang dibuat Anwar, manusia yang dia sendiri panggil putar alam. Anwar pakai bini orang juga tapi dia buat terang2an. Anwar akan jumpa suami perempuan itu untuk katakan padanya ” May I fuck your wife tonight ? Since you had it last night, give her to me tonight ” Itu yang Anwar cakap… bersopan sungguh. Sedangkan Midin makan sembunyi2 dan nafi pulak bermatian bila tertangkap.

  5. TORATORA says:

    Suami kepada bini orang yang Anwar pakai tu sampai sekarang tak berani buast test DNA kat anak dia..apa punya dunia

Leave a Reply

Threesome