Menu Utama

Siapa Jual Tanah, Pemilik Hotel-Hotel Di Langkawi?

langkawi-eagle-670x503

Dalam usaha memburuk-burukkan Kerajaan BN di negeri Kedah, seorang lelaki yang bapanya pernah diangkat UMNO sebagai Perdana Menteri paling lama mentadbir negara menyerang projek pembangunan yang direncanakan di Pulau Langkawi.

Difahamkan terdapat cadangan untuk menambak laut di Langkawi bagi menghubungkan Dataran Lang dengan Taman Chogm di Langkawi. Lelaki itu mendakwa Menteri Besar Kedah sudah meluluskan projek berkenaan, tapi dia akui diluluskan secara ‘prinsip’.

Kemudian, lelaki tersebut menuduh pula kedua pusat lokasi pelancongan awam Langkawi itu akan dijual kepada pihak swasta? Dia kritik pula depa orang kampung kononnya Kerajaan BN Kedah itu menjual tanah negeri sewenang-wenangnya untuk menjana pendapatan negeri?

Penulis benar-benar hairan dengan lelaki yang pernah mentadbir Kedah selama hampir 3 tahun itu. Dia bagaikan tidak rasional dalam melakukan serangan politik. Tidak kisah jika beliau sudah jadi Naib Presiden parti baru pun, tapi jika mahu lakukan serangan politik, ikhlaslah sedikit…

Adalah tidak logik sama sekali sekiranya Kerajaan Negeri Kedah mahu menjual Dataran Lang dan Taman Chogm itu kepada pihak swasta. Setahu penulis, kedua lokasi tarikan pelancong itu akan kekal menjadi milik awam.

Yang akan ditawarkan kepada pihak swasta adalah kawasan laut yang bakal ditambak dalam cadangan projek menggabungkan dua lokasi ikonik itu. Jika mahu dibina kondominium atau hotel 10 bintang di situ, terserahlah pada pihak swasta berkenaan, asalkan tidak melanggar undang-undang.

Itu pun jika projek berkenaan diluluskan oleh semua pihak dan agensi yang membuat kajian secara terperinci. Belum tahu lagi lulus atau tidak. Jika EIA kata ia bakal mencemar ekosistem dan alam sekitar, maka mungkin ia tidak akan diluluskan, bukan?

Seperti yang kita maklum, Langkawi merupakan antara pulau yag diiktiraf tercantik di dunia dan menjadi pusat pelancongan yang terkenal di peringkat antarabangsa. Hasil pelancongan di pulau itu bukan saja memberi pulangan lumayan pada negeri miskin itu, malah turut memberi impak positif pada ekonomi rakyat setempat.

Terlintas di fikiran penulis, siapakah gerangan sebenarnya yang menjual banyak tanah-tanah di Langkawi itu kepada pihak swasta untuk dibangunkan sebagai pulau pelancongan. Kepada siapakah pula tanah-tanah anak Langkawi itu dijual? Tidak terlintaskah di fikiran lelaki itu?

Ketika Langkawi menjalani proses urbanisasi ke arah menjadi pusat pelancongan bertaraf dunia, siapakah Ahli Parlimennya? Siapakah yang menjadi Perdana Menteri dan siapakah yang dikatakan telah banyak banyak berjasa ‘mengubah’ landskap pulau tersebut?

Hasilnya hari ini hingga terpaksa ditambak pinggiran laut untuk meningkatkan potensi dan permintaan jutaan pelancong yang datang ke pulau berkenaan setiap tahun. Tanahnya sudah habis dijual, maka salahkah ditambak lautnya sedikit untuk tujuan pembangunan?

a012992

Sudah berhektar-hektar tanah itu dijual pada ‘kroni-kroni’ yang kini sudah kaya raya menikmati hasil kekayaan Langkawi, dan kini lelaki itu komplen tentang projek tambak laut untuk pembangunan yang belum tentu lulus atau tidak?

Kenapa tidak persoal tentang tanah-tanah yang sudah sah dijual bertahun-tahun sebelum ini? Hampir setiap inci persisir pantai, sama ada berpasir atau lumpur yang ada di Langkawi itu milik siapa? Hotel-hotel siapa? Kroni-kroni siapa? Khabarnya, cukai tanah-tanah itu yang bernilai jutaan ringgit pun tidak dibayar?

Jadi, penulis menyarankan supaya lelaki itu pulang saja ke rumah dan bertanya pada bapanya tentang tanah-tanah yang sudah dijual di Langkawi itu. Khabarnya, bapa lelaki itu berjawatan besar paling lama dulu. Tentu dia tahu dan boleh cerita hotel itu milik siapa dan hotel ini milik siapa, kan?






10 Komen to Siapa Jual Tanah, Pemilik Hotel-Hotel Di Langkawi?

  1. Inderasakti says:

    Aku pun baru terkejut juga akan pendedahan ni saya ucapkan syabas kepada penulis mendedahkan kebobrokan madey and da keroni geng yang menodai pulau langkawi selama ni jika sekiranya benar

  2. Pemerhati says:

    dia marah le tu sebab kroni & adik-beradiknya yang telah pun dibuncitkan & dikenyangkan dengan kekayaan semasa bapanya menjadi PM dahulu tidak diberi peluang untuk membuat lagi kekayaan pada tanah yang ditambak itu

    kalau boleh sabotaj 1MDB sehingga IPO tidak dapat diwujudkan, harap projek yang hendak diusahakan kerajaan negeri Kedah untuk menjana pendapatan tidak disabotaj juga untuk memuaskan hati busuknya, hati busuk bapanya & hati busuk kroninya

  3. […] via Siapa Jual Tanah, Pemilik Hotel-Hotel Di Langkawi? — MYKMU.NET […]

  4. Memang Baik says:

    Banyak hal berlaku disekeliling kita yang kita kurang faham. Kita tak faham kerana kita tidak ambil berat untuk cuba memahaminya. Ini kerana kita tak perlu tahu semua hal dan faham semua hal dalam kehidupan sehari2.

    Kita akan merasa senang memahami hal yang mudah difaham. Kita ambik sebagai contoh mudah tentang dua orang yang pakai baju kuning dan baju merah. Sibaju kuning memang dari dulu kita tak faham kenapa baju dia kuning. Kita dengar banyak alasan dia pakai baju kuning dan kerana terlalu banyak kita jadi tak faham. Bila kita toleh pada kawan baju merah kita segera faham . Kita faham asal usul baju merah dan kita tahu kenapa baju nya merah. Kita faham baju merah wujud kerana baju kuning. Tak ada baju kuning tak ada lah baju mereka. Kita faham situasi ini tanpa sebarang keraguan.

    Jangan lupa kita ada satu hal yang dari dulu kita tak faham sampai sekarang. Kita cuba nak faham tapi tak faham2 sampai sekarang. Susahnya untuk memahami kerana hal ini tidak boleh dirujuk mana2 buku, kitab atau ensailopeida atau thausurus. memang tak ada. Itu sebab susah nak faham.

    Benda yang kita tak faham itu ialah hubungan antara PM dan adik beliau Nazir. Dalam satu masa kita tak nampak kaki Nazir berat seberat mana. kemudian kita nampak beratnya lalu kita buat tafsiran. Tapi sekarang kaki Nazir nampak jelas berat kesebelah kiri. Ini yang buat kita serabut dan tak faham. Adik beradik tak semestinya ngam dan saling sayang menyanyangi hingga ketahap merindui antara satu sama lain. Tapi jarang kita jumpa adik yang tak ngam dengan abang bersengkongkol dengan musuh untuik jatuhkan abang. Dan perkara ini berlaku semasa ibu mereka masih ada. Ini susah nak faham.

  5. Mazlan says:

    …memang baik dan memang lebih baik kalau komen tak melalut2 dan fokus kepada isu yg dibangkit oleh admin…

  6. yon76er says:

    Nama Memang Baik tapi kadang2 niat ajer yg Tak Baik….

  7. Babu says:

    Coba selidik betul-betul. Apa yang orang tempatan tahu, semua tanah di Langkawi sebelum pulau ini dimajukan adalah milik seorang taukeh Cina dari P.Pinang.

  8. irkiz says:

    TUAN PENULIS MESTI BERHATI-HATI BILA MENULIS PERKARA YANG SSEBENAR, JANGAN PULA MALAIKAT DI SEBELAH KIRA KITA PULA YANG MENCATAT, JANGAN BUAT DOSA KERING.

    Coba selidik betul-betul. Apa yang orang tempatan tahu, semua tanah di Langkawi sebelum pulau ini dimajukan adalah milik seorang taukeh Cina dari P.Pinang.

  9. semangat dato' haron says:

    Kayanya cina penang tu semua tanah di langkawi milik dia. X ingat pula Sultan Kedah ada wat perjanjian ala2 Francis Light dgn cina penang

  10. semangat dato' haron says:

    Btw pulangkan semula Penang ke tangan Sultan Kedah semula

Leave a Reply