Menu Utama

Sesi Khas MQT: Harap Tiada Jawapan Flip-Flop Dari Menteri

parlimenMinister’s Question Time (MQT), atau Waktu Bertanya Menteri adalah satu sesi khas di Parlimen, yang sebulat suara diluluskan oleh Penyata Jawatankuasa Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada 7 April yang lalu.

Dalam sesi khas ini, Menteri atau Timbalannya perlu menjawab soalan-soalan secara lisan, berdasarkan soalan-soalan yang diutarakan samada oleh wakil rakyat Barisan Nasional, mahupun dari pembangkang. Setiap pertanyaan dihadkan tidak lebih dari sepuluh minit, manakala menteri atau timbalan diberikan tiga minit untuk menjawab.

Sesi yang baru dilaksanakan ini adalah salah satu usaha kerajaan dalam program transformasi parlimen, selain dari sesi kamar khas yang telah dimulakan pada sidang parlimen sebelum ini.

Sungguh pun ianya adalah usaha yang sangat positif dari sudut demokrasi, wujud juga kebimbangan sekiranya menteri atau timbalan gagal menjawab dengan tepat. Lebih malang, jawapan tersebut adalah “bola tanggung” untuk dipukul kencang oleh pembangkang. Tentu ianya akan memberi impak yang negatif kepada kerajaan.

Maka, akan berbondong-bondong lah media pro pembangkang memainkan isu tersebut, selain memutarbelitkan apa yang boleh diputar. Itu belum diambil kira dari soalan-soalan provokasi yang bakal diutarakan oleh pembangkang kelak. Pasti, wakil rakyat pembangkang akan mengambil peluang ini untuk mencipta sensasi dan manipulasi. Sedang sesama mereka sendiri pun mereka saling memanipulasi dan menunggangi.

Dengan usaha transformasi parlimen ini, para menteri dan timbalan perlu mempersiapkan diri dengan fakta dan hujah, agar soalan-soalan spontan yang diutarakan kelak dapat dijawab dengan betul, dan berkesan.

Dengan tahap kesedaran politik dan isu-isu semasa semakin tinggi di kalangan rakyat Malaysia, menteri dan timbalannya perlu bijak untuk menjawab sebarang soalan, bukan sahaja pada sidang khas tersebut, malah bila-bila atau di mana-mana.






Leave a Reply