Menu Utama

Oh Selangorku: From Free Water To Water-Free

img-20160928-wa0004Dalam sejarah peradaban dunia, mana-mana kisah bermulanya kerajaan yang agung mesti berkisar tentang satu-satu kawasan yang subur. Subur tidak hanya merujuk kepada sifat tanah semata, sedang pucuk pangkalnya haruslah keberadaan sumber air yang tidak putus sebagai salah satu elemen terpenting.

Itu cerita dahulu kala, bagaimana air memberi pengaruh yang besar dalam peradaban manusia. Semakin bertambah jumlah manusia, sudah tentu keperluan menggunakan air meningkat. Di dalam dunia yang pesat membangun, keupayaan sesebuah kerajaan menyediakan bekalan air bersih adalah salah satu elemen terpenting dalam menarik pelabur asing, di samping penggunaan domestik oleh rakyatnya.

Malangnya, krisis yang sangat kritikal ini seringkali berulang-ulang terjadi, tanpa pendekatan yang inklusif dan efektif dari kerajaan negeri dalam menangani permasalahan bekalan air. Pelbagai alasan diberikan kepada rakyat yang terjejas akibat dari ketidakupayaan kerajaan negeri untuk mentadbir urus bekalan air di Selangor.

Paling menyayat hati, rakyat Selangor dimomokkan dengan jawapan paling mudah, iaitu “bekalan air terjejas kerana disabotaj oleh UMNO”. Isu air bukanlah baharu, dari zaman Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar lagi, UMNO sudah melaungkan amaran akan berlaku krisis air di Selangor. Bukan hanya bersumberkan air liur seperti kerajaan negeri, tetapi ianya berdasarkan data-data dan hasil kajian yang sehingga kini tidak mampu dijawab kecuali dengan alasan-alasan yang menyalahkan orang lain.

Jika tidak mampu mentadbir, lebih baik parti-parti yang membentuk gabungan kerajaan negeri menyerahkan kembali Selangor untuk ditadbir oleh Barisan Nasional.

Pilu hati rakyat Selangor yang sering diperbodohkan, terutamanya makcik nasi lemak yang perniagaannya terjejas gara-gara sumber air bersih yang gagal disalurkan oleh kerajaan negeri. Itu baharu mikro ekonomi, belum pula kita hujahkan berapa banyak pelaburan asing yang masuk, dan keluar, serta tergendala gara-gara masalah air ini sejak penggal yang lalu.

They claim that Selangor is offering a free water, but now the state is becoming a water-free state. 

Katanya air percuma di Selangor, tetapi apa yang dilihat kini ialah percuma tanpa air. Pandai kerajaan negeri, dapat nama dengan keadaan yang tidak bermakna.

Siapa mangsa?






2 Komen to Oh Selangorku: From Free Water To Water-Free

  1. Inderasakti says:

    From free water to nasi lemak anak dara.. chia..chia..chiaa

  2. yon76er says:

    Yang MB Selangor ada hanya AIR’s KRIM PERCUMA@ Dia nya…..

Leave a Reply

Threesome