Menu Utama

BERSIH 5: Bekas PAS Samada “Gila Talak”, Atau “Meroyan”

amanah-n-pas-300x173Sesiapa pun tidak akan mampu menentang hujah, bahawa ketika bersama Pakatan Rakyat, PAS merupakan penyumbang utama sebagai jentera, termasuklah menyediakan jumlah khalayak yang ramai bagi membuktikan kekuatan himpunan-himpunan yang ditunjangi oleh pembangkang.

Senarionya berbeza, kerana kini PAS tidak lagi bersama dengan pakatan pembangkang, yang bakal menganjurkan satu lagi siri himpunan BERSIH.

BERSIH 4 sebelum ini diberi tamparan hebat apabila PAS mengambil pendekatan untuk tidak lagi bersama dengan pakatan. Hasilnya, jumlah kehadiran sangat berkurangan, berbanding dengan siri sebelumnya.

Bertitik tolak dari itu, kita melihat bagaimana serpihan PAS, atau golongan harum manis melancarkan serangan bertali arus ke atas bekas induknya, bertujuan untuk mengikis kepercayaan ahli PAS terhadap presiden parti, Hadi Awang. Bukan itu sahaja, kita juga dapat melihat, melalui media sosial khususnya, bagaimana usaha untuk menjatuhkan Hadi Awang tidak lagi dilihat sebagai satu pendapat peribadi, tetapi lebih kepada satu kempen.

Setelah keluar dari PAS, golongan-golongan tersebut ternyata tidak dapat menerima kenyataan bahawa selama ini mereka tidak mempunyai pengaruh yang cukup untuk mengajak ahli-ahli PAS yang lain turut serta meninggalkan parti kedua terbesar untuk orang Melayu itu.

Oleh yang demikian, kita tidak hairan jika ada usaha-usaha untuk menjual nama Almarhum Nik Aziz, bagi menjayakan kehadiran khalayak di kalangan ahli PAS pada BERSIH 5 nanti. “Aura” almarhum di kalangan ahli PAS dijadikan “senjata” untuk mengumpan ahli PAS agar turut serta November nanti. Sudah terdesak, apa lagi yang terbaik dari menjual nama orang yang sudah mati, kerana dengan cara itu sahajalah komunikasi akan bersifat satu hala. Mana mungkin mereka yang sudah tiada mampu memberi kenyataan politik semasa, bukan?

Mujur perkara sedemikian dibidas oleh anak almarhum sendiri iaitu Nik Abduh. “Jangan jadi penyembah kubur”, kata Nik Abduh kepada mereka-mereka yang sedang mempergunakan nama ayahnya untuk kepentingan politik.

Kasihan juga melihat telatah mereka-mereka yang telah keluar dari PAS. Siang malam mengutuk PAS segala bagai, tetapi pada masa yang sama masih mengharap kepada kekuatan parti yang mereka sendiri sudah hilang kepercayaan.

Tak tahulah hendak kata bagaimana, entahkan gila meroyan, atau gila talak.






7 Komen to BERSIH 5: Bekas PAS Samada “Gila Talak”, Atau “Meroyan”

  1. Mazlan says:

    …dedak dah sapu, kena la buat keje sikit…kubor pun kubor lah..

  2. anakbochek says:

    “Jangan jadi penyembah kubur”, kata Nik Abduh

    I like that. Nik Abduh dan arwah ayahnya nampak berbeza dari segi pendekatan. Nik Abduh tidak mengikut rentak tari pengikut2 totok arwah ayahnya. Sorry to say ramai di kalangan rakyat yang mengikut membuta tuli dan menjadikan seseorang pemimpin itu idolanya.

  3. semangat dato' haron says:

    Statement Nik Abduh mmg power

  4. Pemerhati says:

    ramai orang tahu musibat anak haram mahathir merupakan individu paling terdesak & berkehendakan BERSIH 5.0 diadakan untuk dijadikan platform mendesak Najib letak jawatan kerana Najib kononnya terlibat dengan rasuah & salah-guna kuasa(berhubung isu 1MDB & derma RM2.6 bilion) sedangkan Najib tidak didakwa(disebabkan tiada bukti kukuh) oleh mahkamah berbanding lim guan eng yang telah didakwa oleh mahkamah kerana kesalahan rasuah & salah-guna kuasa

    antara sebab PAS tidak mahu menyertai BERSIH 5.0 ialah kerana PAS tidak mahu terlibat dengan perkara syubahat(memfitnah Najib rasuah & salah-guna kuasa tanpa bukti kukuh)…PKR, hamba abdi DAP iaitu PAN & DAP sendiri harus berhenti berharap PAS akan menyertai BERSIH 5.0

    percayalah, PAS akan menyertai BERSIH 5.0 jika si laknatullah maria chin berani menyuruh BERSIH 5.0 membuat demonstrasi besar-besaran terlebih dahulu di P.Pinang mendesak lim guan eng letak jawatan…kepada PKR & PAN, nak tunggu apa lagi? masa sudah suntuk, desaklah cepat2 suruh maria chin & BERSIH 5.0 buat demo di P.Pinang desak lim guan eng letak jawatan

    hehehehehe

  5. […] via BERSIH 5: Bekas PAS Samada “Gila Talak”, Atau “Meroyan” — MYKMU.NET […]

  6. […] via BERSIH 5: Bekas PAS Samada “Gila Talak”, Atau “Meroyan” — MYKMU.NET […]

  7. anoi says:

    Pan tokonteng konteng jalankan agenda daPIG hanya lan kpperal, koperal, sarjan muda, sarjan, laftenan muda, leftenan, major dan general tompi takdo perajurit seko pun menjerit2 bogoseh bogoseh, apo yg nak di bogoseh tak tahu la kesudahan ea dbkl topaksa baya lobih obertaim pada pekerja2 bogosehkan jalan yang diberak merata tempat org2 tak somonggah ni.

Leave a Reply