Menu Utama

Sanggup PKR, PPBM ‘Putus Cinta’ Dengan DAP?

nasrudin-hassan1

Nampaknya PAS makin tegas. Terbaru, kenyataan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hasan Tantawi meninggalkan ‘bekas’ yang agak ‘dalam’ terhadap Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Azmin Ali. Jika dilihat pada gaya respon beliau, serba salah juga dibuatnya.

Azmin seperti yang kita tahu sebelum ini dilihat cenderung pada PAS. Maklumlah, dia terhutang budi pada PAS yang mencalonkan namanya menjadi Menteri Besar di negeri terkaya itu. DAP dan partinya sendiri, PKR, calonkan nama orang lain, bukan?

Timbalan Presiden PKR itu dalam responnya berkata beliau akan menerima ketetapan PKR berhubung kenyataan tegas PAS itu. PAS tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang bersekongkol dengan DAP. Maksudnya, PKR perlu buat keputusan sama ada mahu jadi ‘talam dua muka’ atau berpihak.

Pembangkang terdiri dari DAP, PKR, PAN dan PPBM. PAS sudah tegaskan tidak akan bekerjasama dengan DAP dan PAN. Selain itu, mana-mana parti mahu bekerjasama dengan PAS perlu putuskan kerjasama mereka dengan DAP.

azmin-tony-pua

Subjeknya ialah DAP. PKR, PAN dan PPBM sehingga kini masih bekerjasama rapat dengan DAP. Semuanya sepentas sekarang. Hinggakan Mahathir, anak Mahathir dan Muhyiddin yang dulu hentam DAP siang malam pun sudah ‘berpeluk cium’ dengan DAP. Konon baru sekarang DAP lebih baik dari MCA dan Gerakan?!

Penulis lihat, hanya PKR dan PPBM saja yang perlukan PAS. PAS sebaliknya tidak perlukan mereka pun. Kenapa mereka perlukan PAS? Pada pandangan penulis, mereka perlukan PAS sebab mereka tahu mereka lemah dan tidak ada pengaruh pun. Ahli pun tidak seramai PAS.

Mereka tahu bahawa jika mereka bekerjasama dengan PAS, maka mereka boleh perkudakan PAS. Jika PAS dulu sanggup diperkudakan DAP bertahun-tahun, tidak malu menjulang bendera DAP yang menjahanamkan parti mereka, mungkin PKR dan PPBM juga boleh berbuat begitu dengan alasan mereka beragama ‘Islam’, sama agama dengan PAS.

mm-kit-siang-muhy

Tapi, sanggupkah PKR dan PPBM tinggalkan DAP dan PAN yang khianat dan hampir menjahanamkan PAS? Apatah lagi DAP kini bermati-matian menolak Akta 355 yang diusul Presiden PAS, apakah mereka sanggup sokong akta yang membawa kepentingan Islam itu?

Jika mereka tolak PAS, mungkin dapat diterima. Tapi jika tolak kepentingan mengimarahkan syiar Islam di negara ini, maka jelaslah agenda sebenar mereka yang sering diperkatakan sebagai menolak kepentingan agama rasmi negara itu secara total.

Sekali lagi penulis ajukan, sudi PKR dan PPBM berpatah arang dengan DAP? Penulis lihat akrab benar PKR dan PPBM dengan DAP. Jika ada pemimpin PAS yang rapat dengan DAP, PKR, PAN dan PPBM pun hanyalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, kan?

Pernah dengar PKR, PPBM dan PAN sokong pindaan Akta 355 yang diusul Dato’ Seri Abdul Hadi Awang? Pernah dengar mereka kecam DAP sebab pemimpin mereka menghina Allahyarham Dato’ Dr. Haron Din? Sebaliknya mereka selalu hentam PAS, bukan?

Kita tunggu saja tindakan PKR dan PPBM. Jangan lupa, lihat juga pada sejauh mana ketegasan PAS. Jika PKR dan PPBM pandai main muslihat dan PAS pula ‘lembik leher’, maka nampaknya PAS akan jadi ‘kuda’ semula. Jika tidak, PKR melepas, PPBM pula terpaksa harapkan DAP…






5 Komen to Sanggup PKR, PPBM ‘Putus Cinta’ Dengan DAP?

  1. Memang Baik says:

    Soal Azmin perlu kenang budi tidak akan timbul dalam soal hubungan politik mereka sebenarnya kerana itu adalah politik. Politik adalah sesuatu yang terlalu unik yang banyak hal mengenainya keluar dari kebiasaan kehidupan manusia.Dalam politik hari ini kau panggil aku anjing, esok kau kata aku Imam Mahadi. Hari ini aku kata kau laknat, esok aku kata kau ulamak besar.

    Kita berpeluang menonton mainan politik negara dan bolehlah kita rumuskan tak ada yang haram didalamnya, semua halal, semua boleh. Politik adalah mainan diluar tabie.

  2. Inderasakti says:

    Politik pakatun di malaysia tak ubah seperti kata madey sendiri go to the dogs tapi bagi aku ia ibarat how bizzare & how wonder? Atau seperti kata raja petra sendiri iaitu running dogs

  3. sman says:

    PKR sudah tidak dapat lagi memutuskan cintanya dgn DAP,kerana mereka sudah melahirkan anak Sel dan PP.Anak ini tidak mungkin dapat di lahirkan kalau PKR berkahwin dgn PAS,kerana sperm Pas tidak sekuat sperm DAP utk melahirkan anak seperti Sel dan PP.

    PPBM pula belum di cintai oleh DAP,yg ada setakat ini,hanyalah PPBM cuba mengorat DAP,walaupun mula nya DAP agak teruja dgn senyuman PPBM,tapi sekarang kelihatan agak hambar.Cinta sejati tak mungkin PPBM akan perolehi dari DAP,tapi mungkin juga boleh menjadi ‘amoi simpanan’,mana tahu.

  4. anoi says:

    Baju merah dah mula naik menjulang semangat kemelayuan ditiup semula agar Melayu kelihatan GAH dan dengan senario ini Selangor yang kelihatan sudah tiada sepakatan dapat dikuasai semula Umno Bn dan lebih mudah jika berkerjasama dengan Pas.

    Sebabnya mudah Rakyat sudah bosan meluat dgn gelagat Pas Pkr Pan Dap byk main2 mentakbir.

    Pbbm tiada dlm fikiran rakyat sebab umpama engin sesangkut terpakai.

  5. yon76er says:

    Potong Anu lah..berani SiAzmin nak becerai dgn DAPigies..Dula masa nak dapat jadi MB saja dia perlukan PAS …Pasni nak xnak dia PKR kene ceraikan PAS…tegok lah..Bagi aku PAS xda masaalah pon kalau bergerak SOLO…or mayb berkawan dgn BN/UMNO..

Leave a Reply

Threesome