Menu Utama

Royalti Minyak: Kalau Nak Bagi, Dulu Lagi Mahathir Bagi Dah, Kenapa Sekarang?

img-20161015-wa0027

BARU-BARU ini Pengerusi Pribumi, Mahathir bercakap tentang nak bagi royalti minyak kepada Kelantan. Orang mesti hairan kenapa masa Mahathir jadi Perdana Menteri 22 tahun dia tak bagi royalti tersebut kepada Kelantan, sekarang bila dah tiada kuasa itu, dia janji pulak atas platform pembangkang.

Bukan royalti saja, banyak projek pembangunan persekutuan disekat dari mencecah bumi Kelantan ketika Mahathir jadi Perdana Menteri.

Ironinya, ia adalah Mahathir yang nafi royalti minyak ketika PAS merampas Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999.  Yang ada pun dia tarik masa berkuasa, yang takda dia nak beri pula kalau pembangkang menang.  Kerjasama dia dengan parti=parti pembangkang pun masih tak nampak hala tujuan, dah buat janji bagi pihak mereka pulak.

Apa semua ni, tanya rakyat.  Ini semua sebenarnya syarat wajib nak jadi pemimpin pembangkang – mesti buat janji popular dan Mahathir sebagai orang yang baru nak jadi pembangkang, guna pendekatan ini untuk tarik sokongan rakyat.

Itulah dia, cakap manis untuk tarik sokongan rakyat semata-mata, buat ke tidak belum tahu.

Rakyat Kelantan janganlah terpedaya, tidak ada jauh bezanya semua pemimpin pembangkang (Mahathir tidak terkecuali), melainkan bagi janji manis unutk dapat sokongan rakyat.  PAS dah berjuang untuk royalti ni dah lama dah, Mahathir baru sekarang saja cakap. Dari satu segi, tidak ada bezanya dengan apa yang Mahathir dan PAS janji.

Tinggal lagi rakyat kena ingat, janji Mahathir ini tidak boleh dipakai kerana kalau dia nak buat, dulu lagi dia buat dah.  Mahathir nak sangat lihat BN kalah sampai dia guna modal popular pembangkang untuk tarik undi dari mereka, hipokrit besar ni.

Orang kalau dah terdesak, sanggup buat apa saja untuk pastikan agenda berjaya.  Takde bezanya pun dalam cerita yang ini.

Orang Kelantan patut persoal kenapa dulu Mahathir nafikan pembangunan di negeri tersebut hanya kerana rakyat memilih PAS sebagai kerajaan.  Segala projek infrastruktur penting di Kelantan hari ni seperti air dan lebuhraya, adalah dengan bantuan kerajaan persekutuan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib tidak sekat bantuan kerajaan persekutuan kepada Kelantan, tak macam zaman Mahathir dulu, sekarang dia nak tunjuk jaguh pulak.






6 Komen to Royalti Minyak: Kalau Nak Bagi, Dulu Lagi Mahathir Bagi Dah, Kenapa Sekarang?

  1. Muhammad Helme says:

    mahathir banyak lupa

  2. TORATORA says:

    Aku rasa penyokong2 tegar Tun M pun dah boleh nampak tahap kemerosotan pemikiran Tun M yang mungkin seiring dengan peningkatan usia beliau.

  3. Inderasakti says:

    Ye lah madey aku ingat masa hang kutuk pas dan tgna masa jadi pm dulu
    Sebab apa royaliti minyak tidak layak diberi kerana kerajaan pas kelantan
    salahguna sedangkan wang ihsan pun madey kata gitu sekarang jilat balik
    pulak? Dulu siapa yang sebenarnya menyeleweng masa jadi pm 22 tahun? Pege dahhh

  4. hantu gigi rapat says:

    Pigi dah,madey mabuk kuasa.itu tanda madey dah nyanyuk..

  5. anoi says:

    O’ang bodoh je pocayo Mahathir cakap berputaq putaq ni kan ppbm serupo budak me’ah baru tubit dari colah kelakang ibu nak jual koyok (handyplast) tapi Kelantan msh milik Pas selepas pru14 sbb Bn pun payah nak tembusi sojak duwo mejak Nik anak arwah makin disayangi sebab terkesima cara pendekatan politik dan kesederhanaanya. Bn kono ada imej berkopiah dan beristeri santun yang benar ikhlas bergaul rapat dgn grass root dan pendekatan Islam yang sama serupa Pas baru boleh bersaing kalu tak jgn harap la, “Buruk baik bia la o’nge kito perintah”

  6. TORATORA says:

    Boboi pun satu hal..walaupun kita tau Boboi memang takut kat apak dia, tapi kenalah slowtalk kat apak dia..sudah sampai masa apak rileks2 kat rumah, kesilapan bodoh dalam memberi kenyataan kepada media boleh mengharubirukan parti bunga..biar Boboi je yang buat kerja…apadaa si Boboi ni!!..bak kata P.Ramlee dlm cerita Madu 3…”dah tua pun bodoh”

Leave a Reply

Threesome