Menu Utama

Rakyat tidak yakin dengan pembangkang – Mukhriz

Rakyat masih ragui pakatan pembangkang – Mukhriz

Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

CHANGLUN: Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, mengakui pakatan pembangkang belum mampu meyakinkan rakyat bagi membentuk kerajaan.

Beliau berkata, pakatan pembangkang menghadapi kekangan dalam menarik sokongan rakyat untuk menerima pembangkang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) termasuk UMNO.

“Saya belum nampak lagi tapi bagi meyakinkan rakyat, kita perlu bersatu dan menonjolkan tokoh yang mampu menerajui kerajaan, bukannya hanya bercakap celupar seperti beberapa individu dalam kerajaan.

“Individu yang celupar dalam kerajaan tidak layak memegang jawatan kerana kenyataan tidak masuk akal,” katanya pada Konvensyen Pakatan Harapan Kedah 2016 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu; Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli dan Naib Presiden DAP Kebangsaan, Prof Dr Ariffin SM Omar.

Berita Harian






8 Komen to Rakyat tidak yakin dengan pembangkang – Mukhriz

  1. manjoi says:

    Baguslah kalau dah bermuhasabah & akui tahap kemampuan & kelemahan diri sendiri. Bab nak memilih kerajaan ni bukan perkara mudah. Banyak pertimbangan yang pengundi neracakan. UMNO & Najib menjadi pilihan sebab mereka paling layak di mata pengundi. Oleh itu lebih ‘afdhal’ kalau Mukhriz tegur ‘daddy’ sekali supaya bermuhasabah bersama. Berani ke?

  2. Memang Baik says:

    Selama ini yang kita tahu pakar celupar datangnya dari kalangan mereka, pembangkang. Mat Sabu tak pernah elok perkataan nya. Anak Nasution PKR tak ada lembut bahasanya, Azam Nat Aris hebat sungguh bohongnya.

    Walau pun mungkin ada yang begitu datang dari seorang menteri kerajaan , tentunya terbit dari tindak balas. Kalau orang baling bom tangan, kita nak balas dengan simbah air sebaldi saja, memang tak cukuplah. Bom dibalas dengan bom. Walau kita diseru bersangka baik, jelingan dibalas dengan senyuman…. tapi kita tak seharusnya pandang sepi pada satu firman bahawa jika diberi satu, boleh dibalas dengan satu jugak. Jangan melebihi kerana itu akan terbentuk sifat munafiqin dalam diri.

    Kesedaran Boboi merupakan kebenaran dan bagus sekali kerana dia sedar diri. Kakinya ternyata tidak lebih besar dari kasut yang dia ada. Sekurang2nya dalam bab yang dinyatakan itu.

  3. […] via Rakyat tidak yakin dengan pembangkang – Mukhriz — MYKMU.NET […]

  4. Mazlan says:

    …reverse psychology…belit kuat….

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Sepatutnya tajuk cerita ini “Najib yakin dengan BN”. Barulah nampak UMNO tak goyang..:-)

  6. Memang Baik says:

    M tahu kuasa raja. M faham kuasa Agong. M tahu raja & Agung tidak akan berbuat apa2 kerana mereka memang tak ada kuasa untuk berbuat apa2. M juga tahu party barunya tidak akan bawak mereka kemana2 kecuali ke kubur.

    Tapi M masih dilihat buat itu semua. Kenapa ? kerana hanya untuk apply pressure terhadap PM. Dia harap dengan serangan bertubi2, ikhtiar yang berbagai Najib akan give up.

    Itu fikiran dia. Kita tak nampak begitu.

  7. Inderasakti says:

    Malas nak cakap
    Tu la masalahnya kalau nak jatuhkan najib sgt jatuhkannya dengan secara ala hosni ala ghadafi tak pun kalau tak berhasil boleh pakatun mintak campurtangan kuasa asing seperti nasib yang menimpa saddam hussien nampaknya mukhriz ni bukannya apa pun hanya menumpang legasi kehebatan daddynya yang punyai sisi gelap. Lebih bertambah lagi la gelap bila dah berpakat dgn pakatan haprak yg diketuai dapig Lagi la takde harapan sekadar jadi tunggangan kafir harbi anti islam kerana dosa daddynya terhadap umno dulu rakyat malaysia dan seteru seteru politik termasuk yg pernah bersekutu dsbnya sejak 22 tahun yg silam

  8. dkds says:

    semua janji yang diberikan oleh Pakatan semuanya dah hancur sebenarnya, KM Penang yang korup ditambah pula kemasukan madey al kutty dalam barisan kepimpinan pembangkang membuatkan rakyat makin menyampah

Leave a Reply