Menu Utama

Proton: RM 1.5 Billion Pinjaman Mudah, Tanda Najib Nak Lingkupkan Ke?

ptj08_1406__c1838188_16614_474

HUJUNG-HUJUNG ni nampaknya serangan Mahathir ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bukan lagi dalam konteks ‘Selamatkan Malaysia’, sebaliknya dilihat lebih kepada dalam konteks nak selamatkan diri sendiri.

Bercakap tentang itu, sememangnya tidak ada apa yang perlu diselamatkan negara ini, semuanya dalam keadaan baik-baik saja, rakyat bukan bodoh.

Tak hairanlah kenapa dari isu-isu yang besar-besar dan jumlah wang yang besar-besar juga, serangan Mahathir terhadap Najib sekarang masuk fasa yang kecil-kecil.  Pedulikanlah isu-isu remeh seperti konon Najib nak tukar tukang masak dia dan sebagainya, yang kita nak bincang hari ini dakwaan konon Najib nak lingkupkan (bankrap) Proton.

Mula-mula sekali, penulis tak faham kenapa Proton mesti dikaitkan dengan Mahathir?  Mungkinlah dia orang pertama yang cetus idea tu dulu tapi industri kereta dah wujud lebih 80 tahun sebelum Mahathir mula terfikir untuk buat satu yang berjenamakan Malaysia.  Lagipun, duit membangunkan Proton dan ‘menyara’nya dari mula ditubuhkan sampai sekarang, bukanlah duit poket Mahathir, tapi duit rakyat.

Justeru, kenapa nama Proton mesti nak dikaitkan dengan dia pulak?  Bukankah dulu Mahathir pernah berpesan agar namanya tidak diabadikan dimana-mana selepas mati, kenapa nama Mahathir mesti nak diabadikan kepada Proton pulak semasa masih hidup?

Dakwaan itu (Najib nak lingkupkan Proton) sebenarnya salah dan tidak lain semata-mata untuk mencemarkan imej Perdana Menteri saja sebab sebaik Mahathir dibuang sebagai Pengerusi, kerajaan menyalurkan dana dalam bentuk pinjaman mudah RM 1.5 billion kepada Proton.  Adakah penyaluran dana ini bukti Najib mahu melihat Proton lingkup?

Kalau nak biarkan lingkup, Najib boleh biarkan Proton tu mereput dengan hutangnya yang bertimbun sepanjang dipengerusikan Mahathir, tapi itu tak berlaku sebaliknya dibantu pulak lagi.

Anyway, apa pilihan yang Najib ada pun?  Ramai melihat dengan segala bantuan dan dana yang disalurkan Mahathir semasa jadi Perdana Menteri dulu kepada Proton, secara tak langsung ia memastikan Proton ni (sehingga dah jadi syarikat swasta sepenuhnya) akan jadi ‘masalah negara’ kepada kerajaan di masa depan, yang mana kalau tak dibantu (diteruskan bantuan lebih tepat lagi), kesannya akan kembali semula kepada kerajaan.

Jadi nak tak nak, kena bantu jugaklah.  Tapi yang pentingnya, mana logik kata Najib nak lingkupkan?






14 Komen to Proton: RM 1.5 Billion Pinjaman Mudah, Tanda Najib Nak Lingkupkan Ke?

  1. Inderasakti says:

    Selama proton wujud banyak hutang rakyat terkumpul berjumlah rm13 billion semata mata nak melanjutkan kelangsungan proton tetapi dgn masalah pembayaran ke atas vendor dan kawalan kualiti yang lemah macam mana nak menyelesaikan hutang rakyat kepada proton ketika itu? Sedangkan proton sendiri sudah tersasar dari matlamatnya untuk menjadi kan rakyat negara ini berpengetahuan tinggi dalam teknologi tinggi industri berat.
    Sekarang ada yang persoalkan ke mana hasil jualan proton sebanyak 2 juta unit sejak penubuhannya dulu? Tetapi dgn ketiadaan madey sekarang proton makin berani menampilkan model model yang kini lebih berkualiti sebanyak 3 model dalam setahun sesuatu yang jarang yg dilakukan oleh proton selama ni dan di tambah dengan pelancaran model perdana wagon tidak lama lagi Dengan bantuan mudah kerajaan sebanyak rm1.5b mudah dgn bersyarat proton perlu lebih agresif dalam penjenamaannya bukan hanya sebagai kereta nasional tetapi produk auto yang bertaraf dunia yg berkualiti

  2. manjoi says:

    Jika nak Proton berjaya, segala campurtangan politik perlu dihentikan. Bukan setakat dari kerajaan, malah lebih penting lagi, pengaruh Mahafiraun harus dicantas sepenuhnya. Mana2 pengurusan Proton yang dilihat ‘mesra’ dengan Mahafiraun juga harus dihincit. Proton milik MALAYsia! Bukan Mahafiraun yang punya!

  3. dkds says:

    insya allah proton boleh berjaya, selama ini ada dikalangan vendor yang tidak berkualiti namun sebab ada hubungan dengan madey tua kutuk ini…proton terpaksa menanggung kerugian membayar mahal dengan kualiti hampeh…

    hari ini tanpa madey tua kutuk ini dalam proton, pihak pentadbiran mampu menjalankan tugas tanpa dipengaruhi oleh tua kutuk ini.

    kita pun tahu anak saudara madey tua kutuk ini meraih keuntungan berlipat kali ganda dengan proton sedangkan harga barangan yang ditawarkan adalah tinggi berbanding pesainnya dipasaran…hario ini pihak proton semakin berani memberi kata dua pada anak sedara madey tua kutuk ini.

  4. sman says:

    Rungutan Mahathir mengenai masalah yg di alami oleh kroninya berkaitan dgn Proton sekarang membuktikan ,selama ini Proton memang di kuasai oleh kroni beliau.Inilah salah satu punca Proton gagal selama ini.Harga parts yg di bekalkan mahal,qualiti rendah,kos pembangunannya pula tinggi,semuanya utk kepentigan kroni,sedangkan kereta gagal di jual.Model kereta pula terlalu banyak,tetapi bentuknya kurang menarik dan kualitinya rendah,walau apa pun kroni yg terlibat dalam proses pembangunan model bekaitan sudah menagaut untung yg besar.

  5. Hantu Gigi Jarang says:

    Nak lingkup, lingkupla..janji sapa curi duit 1MDB disumbat dalam jel..

  6. system baru says:

    Tun m bersikap seperti nazi di mana kereta Volkswagen harus dikiatkan dengan Hitler.
    Tun m sepatutnya bersikip seperti president Putin tak cakap roket proton m milik dia..

  7. semangat dato' haron says:

    Hapuakan kroni Tun Mahathir.

  8. irkiz says:

    TUAN PENULIS JANGAN LUPA MALAIKAT KANAN DAN KIRI MENCATAT APA YANG KITA CATAT KEBURUKAN ORANG, SATU HARI NANTI TUAN PENULIS AKAN MENYESAL, KITA SEBAGAI ORANG ISLAM MESTI PERCAYA YANG MALAIKAT KANAN DAN KIRI, KOMEN TUAN PENULIS TIDAK PERNAH MEMUJI DAN SENTIASA MENGUTUK, JANGAN TUAN PENULIS MENYESAL SATU HARI TUAN PENULIS AKAN MENDAPAT BALASAN DARIPADA ALLAH, TUAN PENULIS TIDAK MENULIS KEBAIKANNYA SENTIASA MENULIS KEBURUKANNYA. NABI BERPESAN TENGOK KEBAIKAN SESEORANG ITU SEBELUM TENGOK KEBURUKANNNYA. MAHATHIR LALUKANNYA ADALAH KERANA KEBURUKAN PEMEIMPIN DAN UNTUK MENYELAMAT RAKYAT 30 JUTA ORANG. PENULIS MESTI INGAT KEBAIKAN BUKAN KEBURUKAN. SELAMAT MENULIS KEBURUKAN DAN TUNGGU HARI BALASAN

    Hai Menteri UMNO Salleh Keruak, bukan KLCC saja legasi Tun Mahathir ye, yang lain jangan lupa ye kalau nak roboh, ugut macam tu barulah rakyat tambah hormat dan beri sokongan kan……..
    1. Putrajaya
    2. PLUS Highway
    3. Besraya Highway
    4. NKVE Highway
    5. KESAS Highway
    6. Besarkan Seremban KL Highway
    7. 2nd Link
    8. KLIA
    9. Jambatan PP
    10. Litar Sepang
    11. Kompleks Sukan Bukit Jalil
    12. Putra LRT
    13. Star LRT
    14. Komuter
    15. Monorel
    16. ERL
    17. Pembesaran Pasir Gudang Port
    18. West Port
    19. Tanjung Pelepas Port
    20. Smart Tunel
    21. KL Tower
    22. Daya Bumi
    23. Produa
    24. Modenas
    25. Proton
    26. Masjid Wilayah
    27. Masjid Putra
    28. UTP
    29. UIA
    30. UUM
    31. MMU
    32. Cyberjaya
    33. KLCC
    34. Langkawi
    35. Puluhan Masjid2 baru
    36. Ratusan Surau2 baru
    37. Hospital2 baru
    38. Puluhan Sekolah2 baru
    39. Puluhan Balai Polis baru
    40. Puluhan bangunan Kuaters Guru baru
    41. Puluhan bangunan Kuaters baru utk kakitangan kerajaan.
    42. PICC
    43. Ratusan lagi kejayaan….

  9. manjoi says:

    Bukan berniat nak tabur pasir dalam periuk nasi sesiapa. Pihak mana pun yang mencari rezeki dengan Proton harus berdaya saing & mempunyai ‘good corporate governance’. Mana yang boleh menurut dengan budaya korporat baru Proton ini, cerah masa depannya. Walau pun ‘kerabat’ Mahafiraun, tetap tidak akan dianak tirikan. Tapi Mahafiraun itu sendiri, yang tetap perlu dihincit ke dalam ‘piramid’. Buang terus dari lipatan sejarah Proton!

  10. system baru says:

    irkiz
    Boleh dilakukan jika anda berkuasa selama 22tahun jika anda berkuasa.
    Tun m bijak milih orang bijik menbantu beliau buat masa Sekarang tun m gagal memilih orang bijik menbantu beliau menjatuhkan najib semuanya hanya mahu duit tun m itu .
    Sadam Husain pun mampu lakukan dengan dengan menyedarkan Arab bertapat penting pertahaan, lihat Sekarang negara2 berlumba2 buat senjata Dan mendapat senjata canggih.

  11. Inderasakti says:

    Memang ya senarai pembangunan semua yang dilakukan madey byk memberi manfaat dan kemajuan kepada rakyat marhaen tapi untung atas siapa? Contohnya klcc siapa sangka t ananda krishnan punya kepentingan dengan menjual tanah tapak klcc dulu dengan harga amat tinggi tapi bila klcc siap kenapa syarikat dia maxis punya lot bangunan yang amat byk? Aku tak nampak semua madey buat selama memberi faedah kepada rakyat secara adil dan keseluruhan terutama yang berpendapatan rendah dan berada dibawah paras kemiskinan sebab sendiri pernah merasai kehidupan ketika di bawah pentadbiran madey di mana umno dulu lebih pentingkan glamor dari berkhidmat utk rakyat tambah dgn berleluasanya nepotisme sebelum dibersihkan semasa pentadbiran pak lah ingat aku boleh lupa ini semua ke macai madey? Sedangkan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah dgn membina rumah kos rendah jarang di ambil berat di bandingkan dgn projek membina menara kl!

  12. kri says:

    Inderasakti, saya 100 peratus sokong tuan, zaman najib zaman yang terbaik di dalam dunia, sebab ada gst, kenaikan barang setiap hari (siapa kena orang tu tau), ringgit malaysia jatuh, masuk akaun peribadi 2.6 juta. Macam mana pun saya sokong tuan inderasakti kita dua dua orang sokong, sebab kita peduli apa kepada rakyat 30 juta orang mampuis pi, kita kira kita senang, rakyat mampuis piiii. betul tak.

  13. Inderasakti says:

    Ni hang perli ke hapa ni? Ada ke dalam dunia Gst menjadi punca kenaikan harga barang? kalau ya kenapa lebih 169 negara masih mengamalkannya? Kenaikan harga barang dan kejatuhan matawang bergantung pada asas ekonomi dan pasaran global sedangkan harga minyak dunia masih dibawah $50 dollar setong boleh ke harga barang boleh turun ke? Lagi naik ada lah Akai ada ke hang ni kri? Tengok je kadar pertumbuhan ekonomi US cuma 1.2% oleh imf kelembapan ekonomi china sedangkan singapore yang termaju didunia punya syarikat glc depa kerugian lebih 76 billion sgd Jadi kenapa nak salahkan gst? Sedangkan dato vida yang berkoyan koyan harta boleh buat amal kebajikan utk glamer taja mentor gegar vaganza itu semua tapi Gst tak bole bayaq sejak 2015 lagi apa kejadah hang kri? Sedangkan tuduhan rm2.6b masih jadi modal lapok puak puak pakatun cam hang ni lagi Pirrraahh!

  14. Paktua says:

    Padan muka hang KRI…hehehe..tuihhh!

    Cai² Madett nyanyok. Hang tau dak..Madett tu dah jadi barua Yahudi. Sebelum dia ‘bye²’ dia nak tinggaikan wasiat kpd “Boboy’.
    Pasal tue Madett nyanyok hampeh dok pulun 22 tahun tak sedaq diri dlm senarai IRKIZ.

Leave a Reply

Threesome